Aku dengar imam sebut pepatah Arab ni masa khutbah Jumaat semalam. Imam ingatkan pasal pengurusan masa. Ada yang terlalu sibuk hingga tiada masa atau tidak cukup masa. Maka, hendaklah kita sentiasa bersyukur kepada Allah dengan masa yang diberikan. Masa perlu diuruskan dengan baik. Antaranya sembahyang berjemaah di masjid dan bersedekah. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang tetapi boleh juga dalam bentuk masa (beri perhatian kepada masyarakat), tenaga, senyuman, pandangan (idea) dan lain-lain yang boleh memberi manfaat pada ummah.
p/s: Hari ni masuk la tahun 2011. Ada yang kata inilah masanya untuk buat azam. Tutup buku lama dan buka buku baru (tajuk semanis kurma minggu ni). Hmmmm... bukan ke buku amalan tahun lepas dah ditutup pada 29 Zulkaedah dan buku baru dibuka pada 1 Muharam? Apa pun.. azam aku adalah tak mau ngumpat-ngumpat.. tak mau makan daging saudara sendiri.. huhuhuhuhu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan