Selasa, 18 Januari 2011

EMEL NAK JADI KAYA

Korang try baca emel kat bawah ni. Panas lagi. Baru masuk dalam mailbox aku.

"Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia di ucapkan kepada semua

Pernah tak anda dengar tentang Akademi Taipan 181?

Akademi ini merupakan sebuah akademi perniagaan yang telah banyak melahirkan jutawan dan telah banyak mengubah kehidupan biasa seseorang itu kepada kehidupan yang luar biasa.

Cuba anda bayangkan anda pakai kereta mewah , anda memiliki rumah mewah tetapi kereta dan rumah tersebut pembayarannya di tanggung oleh company. Menarik kan?

Selain dari itu anda jugak di berikan gaji yang cukup lumayan, siapa tak suka duit? mesti semua suka duit dan semua inginkan kemewahan . Seumur hidup anda , anda akan merasai kehidupan yang luar biasa.

Anda hanya memerlukan KEPERCAYAAN & KERAJINAN untuk memperolehi semua itu.

Jikalau sesiapa yang hendak mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan Progam ini sila balas e-mail yang anda dapat, nyatakan tempat untuk berjumpa dan berbincang dengan lebih lanjut tentang program ini kerana Kami percaya FACE 2 FACE TALK lebih berkesan dan mudah difahami.

Peringatan: Ini bukan E-mail layang ini merupakan batu loncatan untuk anda menuju ke arah kekayaan .

Sekian Terima Kasih

(Warga Taipan 181)"

Amacam? Bestkan? Berangan pun bukannya kena bayar. Bayangkan kalau kita ada semua tu? Mesti seronok hidup ini dan bertambah riak la kita. Tapi aku tak rasa aku akan rasa setenang sekarang sebab takut je ada orang nak rompak samun aku bila nampak bergaya dengan kereta mewah dan rumah besar (fikir negatif - minda kelas ketiga ni.. hehehe). Bila aku bayangkan pulak aku dah dibungkus dengan kain kapan, terus hilang mood aku nak memiliki semua di atas. So, tak jadi la balas emel ni. Chauchinchau.


2 ulasan:

ahlia azharjaafar berkata...

macam2 org skrg nih nk kaya..Semoga Allah pelihara kita semua drp fitnah dunia ini..amin

Ahliacikgukhairul berkata...

ahlia azharjaafar: Betul.. mudahan Allah pelihara kita dari pesona dunia. Amin

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...