Selasa, 19 November 2013

The fact of life

"Life is full of tests and challenges. If you don't want them you haven't understood life" 
- Mufti Ismail Menk


Isnin, 18 November 2013

Zaman kanak-kanak aku

Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak aku bila cuti sekolah ni. Rindu juga dengan kanak-kanak di rumah tu. Plan nak balik kampung terpaksa ditangguh. Sabar ya ibu dan kanak-kanak.

Masa aku kecik-kecik dulu, bila tiba hari terakhir sekolah je, arwah datuk aku akan sampai kat rumah untuk bawak aku dan adik beradik aku balik kampung. Kitorang akan duduk di kampung sampai la hari terakhir cuti sekolah. Heavennya!!

Aktiviti kat kampung haruslah banyak yang outdoor. Bangun pagi lepas solat subuh, kanak-kanak perempuan akan menyapu dalam rumah dan kanak-kanak lelaki menyapu di luar rumah termasuk la memberus longkang. Siap menyapu, kami bersarapan. Tugas aku dan sepupu aku menyediakan 2 cerek kopi dan teh. Cerek ok bukan jag. Biasanya air teh boleh bertahan hingga ke petang tetapi air kopi terpaksa diulang bancuh sehingga 3kali sehari. Ada sudu khas untuk sukatan air kopi tu, 4sudu kopi dan 8 sudu gula. Kalau tak jumpa sudu tu maka kurang sedap la aku air kopi. Haha

Lepas sarapan, kena tolong bilas kain. Basuh dan spin guna mesin. Maklum la, semi auto. Yang semi lagi tu tenaga manusia. Dulu-dulu tak de softlan, so atuk aku guna daun nilam. Ramas-ramas dlm air bilasan tu dan baju boleh jadi wangi. Pastu kitorg dikerah menjemur kain. Kena ikut susunan ya. Tak boleh sebarangan. Kemas je. Kain batik dengan kain batik dan haruslah sama panjang masa menyidainya. T-shirt dengan t-shirt. Kena ikut jenisnya.

Siap jemur baju, kitorang mandi dan siap pergi mengaji Al-Quran. Biasa bila cuti sekolah aku akan ikut mengaji dekat-dekat rumah atuk aku. Balik mengaji baru boleh tengok tv. Biasanya mak-mak kami akan memasak. Lepas makan tengahari, kitorg kena basuh semua pinggan dan jemur di luar rumah. Sebelah petang plak, kena angkat kain dari ampaian then baru keluar bermain. Panjat pokok, main teng teng, galah panjang, batu seremban dan lain-lain. Mak-mak akan buat kuih. Sudah main, masuk rumah makan kuih kemudian mandi sebelum maghrib. Pastu makan malam. Pastu basuh pinggan. Pastu lipat kain. Pastu duduk gossip. Tido. Esok pun macam tu sampai la abis cuti. Aku pun tak perasan bila aku buat kerja sekolah sebab rasanya dulu macam tak banyak kerja sekolah. Ke aku yang dah lupa? Hehe

Cukup tempoh datuk aku akan hantar kami semula. Dulu-dulu arwah abah aku tak de kereta tapi Alhamdulillah sebab ramai sedara mara yang tolong.

Sekarang susah nak jumpa dah sepupu sepapat aku tu. Oh! Rindu kalian semua.


#Lintas langsung dari Rainbow Paradise Beach Resort..




Khamis, 14 November 2013

Tak boleh!

Lokasi : Dalam kereta
Situasi : Ibu sedang memandu kereta dan si anak sedang membelek sebuah bungkusan di tangannya.
Dialog :-

Anak : Ibu, boleh tak Tipah bukak kotak ni.
Ibu : Tak boleh, itu barang kawan ibu..
Anak : Ibu ni kalau Tipah semua tak boleh!
Ibu : Bukan macam tu, tapi kotak ni kawan ibu punya bukan ibu yang punya.
Anak : Cuma satu je yang boleh kan?
Ibu : Apa dia tu?
Anak : Yang boleh tu "jangan mintak apa-apa"..
Ibu : Errrrrrrrrrkkkkkkk..

Kesimpulan : Kata-kata ibu sedang diulang suara oleh si anak.

Moral : Si ibu perlu muhasabah diri.. huhuhuhuhuhu




Rabu, 13 November 2013

Petua Mengatasi Lupa


Jom kita cuba. Tahap kelupaan aku pun dah sangat tinggi nampaknya.. aku perlukan cuti rehat.. nak balik kampung! nak balik kampung! nak balik kampung!




2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...