Khamis, 2 November 2017

Cabaran

Assalamu'alaikum..

Dah masuk bulan November dah kita.
Maksudnya, dah nak habis pun tahun 2017.
Semakin dekat dah dengan tahun 2020.. apatah lagi dengan kematian 😓😓😓 

Dulu-dulu, rasa macam lama lagi je 2020 ni.. masa tu keluar soalan dalam subjek 'Public Sector Accounting' pasal Wawasan 2020.. aku kena hafal la kan 9 cabaran yang perlu dilaksanakan untuk mencapai wawasan tu.. kalau tak, tak lulus la aku subjek tu.. antara yang aku ingat adalah untuk menswastakan banyak syarikat milik kerajaan atas tujuan untuk mengurangkan tanggungan kerajaan.. lebih kurang begitulah maksudnya.. 

Namun sekarang usah ditanya lagi pasal cabaran-cabaran tu.. dan jangan sesekali mencabar aku untuk menghafalnya.. walaupun aku mungkin rasa tercabar namun aku biarkan sahaja cabaran itu berlalu begitu saja.. Semuanya atas faktor-faktor penuaan yang semakin ketara..  😎

Sebenarnya bukan apa.. sekarang ni aku sedang berhadapan dengan cabaran membesarkan anak-anak di zaman yang serba mencabar ini.. zaman pasak mungkar.. 
Cabaran ni bukan ada 9 saja.. banyak dan pelbagai.. disedari mahupun tidak.. juga berbeza mengikut anak..

Namun yang perlu kita ingat.. walaupun zaman kita dan anak kita sangat jauh berbeza cabarannya.. namun cara pendekatan dan penyelesaiannya tetap sama.. solat, Al-Quran & Sunnah. Kita kena banyakkan berdoa untuk keluarga & ummat. InsyaAllah. Doa itu juga akan berbalik pada kita. 

Mengaku sajalah kita adalah hamba Allah yang tiada daya upaya supaya kita dapat hindarkan diri dari sifat ujub, riak, takabbur, bongkak dan lain-lain sifat mazmumah. 

Peringatan untuk aku juga 😅





Selasa, 24 Oktober 2017

Grapefruit -Young Living Essential Oils


Aku dah terjebak!!!
Boleh dimakan, disapu di badan & dihidu (guna diffuser atau secara terus)!
Macam-macam ada!!
Ini salah satunya... Grapefruit!!
jom semak..

😊😊






macam best kan? memang best.. cuba la!




Selasa, 17 Oktober 2017

Peristiwa Hari Ini 171017


Assalamualaikum semua
Salam Selasa sempena esok kita bercuti
Rasa janggal juga nak menulis sebab lama terhenti
Janji nak sambung cerita hari raya AidilFitri namun janji dicapati
raya Aidil Adha sudah pun berlalu namun cerita masih belum basi.. hihi
Aku perlukan motivasi 
untuk terus berkongsi
dengan kamu apa yang boleh dikongsi

Oleh itu, kita cerita la peristiwa yang masih segar di hati
yang baru selesai saja petang tadi

Hari ini aku mendapat ilmu baru.. hohoho.. betul la.. bila kita belajar rupanya banyak benda yang kita tak tahu walaupun ianya di depan mata..
Aku dah kenal dengan Microsoft Word ni sejak tahun 1996 lagi.. namun rupanya aku masih di takuk 5% yang guna manual tuuuu... namun aku percaya ianya masih belum terlambat untuk aku terus meneroka Ms Word.. aku malu dengan diriku sendiri.. 

Secara ringkasnya, hari ni aku belajar 'Ms Word for Thesis Writing'.. teruja dan sangat bermanfaat.. InsyaAllah akan terus digunapakai supaya tidak lupa dan melekat di ingatan.. (sebelum ni menulis untuk buku teks aku masih gunakan cara yang 'old school' tu.. huhu)

Penceramah jemputan adalah dari UiTm Pulau Pinang, Encik Saifulnizam bin Abu Bakar.. sangat tinggi ilmunya.. Anda boleh undang beliau ke tempat anda sekiranya ingin belajar lebih mendalam lagi mengenai Ms Word.

Jangan jadi seperti aku, jadi katak di bawah tempurung.
Selepas kursus tadi, baru rasa yang sekarang ni duduk dalam tempurung kaca.. hehehe.. 'upgrade' sikit tempurung tu..



Boleh teka kot penceramah yang mana satu kan?

 



Khamis, 13 Julai 2017

Syawal 1438 Bahagian 1


Assalamualaikum semua
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin..
Moga Allah menerima amalan kita dan supaya pengakhiran kita dengan khusnul khotimah.. InsyaAllah

Apa cerita raya anda?
Alhamdulillah.. tahun ni giliran beraya di Johor dulu dan pada raya ketiga kami bergerak ke Kelantan pula. Syukur sebab berpeluang untuk berkhidmat dengan ibu bapa juga berjumpa dengan sanak saudara. Harga minyak pun turun banyak maka boleh la kita meronda lebih jauh. Hihi

Kita cerita raya la dulu.. lama tak sembang dalam ni.. rasa macam semacam la pulak.. hahaha.. sungguh pun lama tidak meluah rasa di sini.. blog ni tetap di hati aku.. banyak benda nak dikongsi tapi bila aku pegang keyboard, idea terus beku.. nampak sangat tak berbakat nak jadi 'keyboard warrior'.. hahaha

Persiapan raya aku dah buat awal iaitu sebelum puasa.. tempah baju anak-anak seawal bulan 2 lagi, baju raya aku pakai baju kerja yang boleh match kaler dengan baju anak-anak.. azam tak mo beli kuih tapi tak mo buat juga.. macam maner tu? Macam maner nak ada kuih raya kalau macam tu? Tetapi azam tak mo buat je yang dapat dicapai manakala azam tak mo beli kuih telah bertukar kepada kurangkan kuantiti belian namun tetap dibeli.. hahaha

Rumah pulak.. aku masih kekalkan konsep yang sama setiap hari.. tiada berbeza raya ataupun tidak.. bagi kemas dan lapang macam biasa.. tiada hiasan lampu lip lap di waktu malam.. senang cerita memang tak da beza la..

Pagi-pagi Khamis 22/6/2017 tu, ambil Atif kat madrasah.. basuh segala kain baju kotor Atif.. kita tunggu kering dulu.. kemas sikit-sikit.. lepas zohor kami pun bertolak balik ke Johor.. singgah buka puasa kat rumah adik CK.. then dalam pukul 10 malam teruskan perjalanan ke Johor.. alhamdulillah sampai rumah mak aku pukul 1 pagi.

Sambung nanti..


p/s: Hari ni cukup 9 tahun abah aku meninggal.. Al-Fatihah untuk abah.





Khamis, 5 Januari 2017

Atiqah di tahun 2017




Hari pertama ke sekolah.. Tahun ni dah masuk Darjah 1.. 
how time flies..
Dalam blog ni, gambar sewaktu berusia 4 bulan.. tahun ni dah 7 tahun..
Alhamdulillah
Moga Atiqah sentiasa di bawah redha Allah selalu, 
dilapangkan dada dalam menerima ilmu, 
dapat memberi manfaat pada semua,
dipelihara dari sebarang musibah,
cemerlang dan berbahagia dunia akhirat.
Ammiinn.


2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...