Isnin, 31 Januari 2011

Are we looks alike?

 atif masa 11 bulan

 atifah @ cik tipah masa 10 bulan

 
atiqah masa 5 bulan ++

persamaan ketara di antara kami mestilah.... pipi.. itulah trade mark kami..

Jumaat, 28 Januari 2011

Besday Cik Tipah

InsyaAllah Selasa depan besday Cik Tipah yang ke 4 tahun.. biasanya aku order kek dengan kawan seopis dan hantar ke nursery dia je.. tak de hadiah.. setakat tu.. jangan tak sambut langsung kata orang.. yang lain-lain tu aku bagi doa sepanjang masa.. dan lagi aku tak berapa suka tiup-tiup lilin ni sebab takut air liur jatuh atas kek tu.. hehehe..

Kek kat bawah ni ditempah untuk Atif share dengan kengkawan senursery dia tahun lepas.. aku antara pelanggan pertama yang mintak khidmat kawan seopis ni.. sekarang ni Alhamdulillah dah banyak tempahan yang beliau dapat dan decoration juga sudah sangat cantik dan pelbagai pilihan yang ditawarkan.. boleh la terjah blog kawan ni dan place your order to her.. dia cover area Bertam dan Permatang Pauh sekarang ni..


kek dan muffin kat bawah ni untuk my beloved CK tahun lepas gak.. surprise untuk beliau hari tu.. aku hantar kat opis CK untuk dishare bersama kawan opis.. CK kata nasib baik aku tak letak umur dia atas kek tu.. hahaha.. orang lelaki pun segan gak ke?


muffin ni ada dua perisa.. blueberry dan strawberry.. (nak bagi hadiah blackberry tak mampu.. kira berry berry gak la kan..)


Kita kena bagi sokongan padu pada kawan seopis aku tu.. hehehe.. ini adalah jawapan standard aku kalau korang tanya kenapa tak maw buat sendiri. Dah.. dah.. jangan buat ulasan sendiri.. aku nak tolong promote blog kawan aku.. hehe

Moral : Bertambah umur maknanya semakin mendekat waktu untuk kita mengadap Allah. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah!


Khamis, 27 Januari 2011

Kenang-kenangan dari Kota Singa

Tempoh hari aku dapat satu souvenier yang sangat bermanfaat dari Ketua Jabatan aku. Dengarnya beliau menziarahi Singapura dan yang bestnya adalah ingatan untuk aku kan... Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak Boss. Kiranya kalau bawak pergi masjid bagus untuk tengok ada tak rambut terkeluar dari telekung.


Taraaaaa.... inilah barangan tu.... cantik kan? 



Cermin muka.. sesuai dibawa ke mana-mana.. best sangat.. tapi yang tak bestnya.........

Cik Tipah dah declare ini cermin dia yang punya... uwaaaaaa!!!

Rabu, 26 Januari 2011

Adab Bangun Tidur

1.  Membaca doa bangun tidur.
    "Alhamdulillahillazi  ahyanaa ba'damaa amaatanaa wailaihinnusyur"
     Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan  kami (tidur) dan kepadanyalah tempat kembali.
2.  Mengemas tempat tidur.
3.  Membersihkan diri.




Selasa, 25 Januari 2011

Al-Fatihah

Semalam aku sempat menziarahi arwah ayah kawan sekerja aku. Asbab meninggal adalah sakit tua. Aku berpeluang melihat wajah arwah sebelum ditutup sepenuhnya. Tenang seperti sedang tidur. Tiada lagi hembusan dan helaan nafas. Tamat sudah kegiatan di dunia. Mayat dikapan dan dipakaikan serban. Wajah arwah kulihat seperti ulama-ulama terdahulu. Aman pemergiannya. Mudahan Allah pelihara beliau dari seksaan kubur dan api neraka. Amin.

Apa yang hendak aku kongsikan sebenarnya.. bila sampai masa kita meninggalkan dunia ini.. tinggal la semua yang ada di dunia. Anak, suami, isteri, harta dan segalanya. Kita dimandikan, dikapankan (pakaian kita hanyalah kain putih dan kapas saja.. tak de warna warni dah..), disembahyangkan dan dikebumikan. Kenderaan kita hanyalah keranda kayu. No more Porshe or BMW (hehehe.. dua-dua aku tak de). Hanya diharapkan doa sedekah anak-anak, jariah yang kita buat dan ilmu bermanfaat yang kita sebarkan.

Betullah.. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Isnin, 24 Januari 2011

Sejarah Kembali Berulang

CK tak de lagi minggu ni. So harus la ku pikirkan hendak ke mana kami empat beranak membawa diri. Hahahaha.. Tanya kat Atif dan Tipah jawapannya haruslah jasko. Aku pun orait je sebab dekat, senang parking, macam-macam ada dan yang paling penting senang nak handle kanak-kanak bertiga ni. Kami pun bersiap-siap sekadarnya dan bertolak ke jasko around kul 6 petang. Atiqah dok dalam bakul baby kat seat belakang dengan Atif. Tipah dok depan sebelah aku. Pada awalnya keadaaan terkawal tetapi bila sampai kat traffic light Masjid Perda, Atiqah mula menangis dengan kuatnya. Aku pun try control perasaan nervous sambil memandu.

Atif: Ibu, kita parking kat atas je la. Dekat sikit. Adik nangis ni.
Ibu: Ok. Atif cakap-cakap la dengan adik. Dah nak sampai ni.
Atif: Parking atas tau. Kalau parking bawah nanti takut sesat plak kita nak balik. (Bertuah ko! memperlekehkan ibu ya..)

Sampai la kami ke jasko. Aku pun terus la angkat Atiqah dan dia pun senyum-senyum gembira. Hmmm.. ko ni buat suspen ibu je. Rupanya dah tak mau baring lama-lama. Kitorang pegi round-round dalam jasko sambil cuci-cuci mata. Cam biasa keadaannya.. Tipah dok dalam troli, Atiqah dalam beg sangkut dan Atif tolong sorong troli. Setelah selesai semua urusan, kitorang pun nak balik ke kereta.

Atif: Ibu, dah gelap la. Dah maghrib ni. Kita belum sembahyang maghrib. (Hehehe.. ibu cuti..)
Ibu: Kita sembahyang kat rumah jom.
Atif: La.. kereta kita kat maner ni? Takkan parking kat atas pun sesat jugak.
Ibu: Nanti ibu tekan alarm ni. (Tot tot tot.. dekat dah tapi tak sure kat maner.. hehehe.. teruknya aku)
Atif: Alhamdulillah.. Allah bagi kita dengar bunyi kereta kita. Tapi kat maner kereta kita?
Ibu: Tu la.. ibu tak suka sangat parking kat atas ni. Dah la tak boleh bawak troli pas tu gelap je. Ni kita kena bawak barang lagi. Ok. Ibu try tekan alarm lagi. (tot tot tot). Haaaa!! Tu kereta kita.
Atif: Alhamdulillah. Lain kali kalau ayah tak de kita pegi KAFU je la. Tak payah pegi jasko. Asyik sesat je.
Ibu: (Cisssssssss!!!!!!)


Ahad, 23 Januari 2011

Adab Sebelum Tidur

1.  Menggosok gigi
2.  Membaca do'a sebelum tidur..
         "Bismikallah humma ahya wa amut" 
          (maknanya - Dengan nama Engkau Ya Allah aku hidup dan aku mati)
3.  Berwudhuk
4. Tidur di atas rusuk sebelah kanan.

Sabtu, 22 Januari 2011

Dialog Minggu Ini

Di satu pagi Thaipusam 2011 yang hening, seorang pakcik telah dijemput untuk install program ke dalam ipad yang baru dibeli oleh CK.. maka terjadilah dialog seperti di bawah:

Pakcik F: Adik... jangan main komputer tu.. tu bukannya permainan. Kalau rosak nanti macam mana mama adik nak buat kerja sekolah. Tak boleh dah nak taip-taip.

Tipah : Tipah tak da mama. Tipah ada ibu je.

Ibu : (sel-sel otak Tipah tengah berhubung atau bercantum? hahaha)


Jumaat, 21 Januari 2011

Persepsi

Sila perhatikan betul-betul. Rehatkan minda anda. Lapangkan dada. Apa persepsi anda?

Gambar 1 : Gadis muda atau perempuan tua?



Gambar 2 : Katak atau Kuda?



Gambar 3 : Kaki 4 atau 7?

Khamis, 20 Januari 2011

Cik Siti Wan Kembang Moden

Alhamdulillah.. Atiqah sudah semakin besar.. meh kita layan gambar-gambar yang dirakam oleh CK.. nak tergelak pun ada.. 


sila abaikan hanger yang anda nampak ya.. aku ada kat tepi tu sebenarnya sambil melipat kainku yang berbakul-bakul walaupun hanya 2 hari hasil pengumpulan.. sungguh lumayan.. 


di kaki pelamin anak buah CK baru-baru ni.. ada kesan gigitan nyamuk sebagai aksesori..


Cik Siti Wan Kembang Moden.. pinjam spek dan crown Kakak Tipah jap..  


alamak!! air liur meleleh la pulak.. tanda keterujaan tuh.. hahaha.. peringatan sekali lagi.. sila abaikan pemandangan di belakang saya ya.. sampai jumpa lagi!!

Rabu, 19 Januari 2011

Al-Fatihah buat Nor Ain

Akhirnya Nor Ain pergi mengadap Penciptanya pagi tadi. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua la kita kembali. Al-Fatihah buat Nor Ain. Mudahan Allah tempatkan beliau di samping roh orang-orang beriman, dipelihara dari azab kubur dan azab api neraka. Amin.

Tenaga, Masa dan Wang

Putaran hidup manusia di masa remaja, muda dan tua.

Remaja : Ada Tenaga, Ada Masa, Tiada Wang


Muda : Ada Tenaga, Ada Wang, Tiada Masa



Tua : Ada Masa, Ada Wang, Tiada Tenaga


Moral : Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Selasa, 18 Januari 2011

Moga Cepat Sembuh - Nor Ain

Tengahari tadi aku dan rakan-rakan seopis melawat student kami yang dimasukkan ke ICU, Hospital Seberang Jaya. Sedihnya! Mudahan Allah sembuhkan penyakitnya dan dapat bersama-sama rakan menghabiskan pengajiannya yang kini sudah di semester akhir. Beliau dimasukkan ke hospital sejak 4Januari lagi dan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau dikesan menghidap TIBI.

Waktu kami di sana tadi, doktor yang merawat memberitahu yang beliau sudah di tahap kritikal tetapi doktor masih berusaha sehabis daya. Susu yang diberi sudah diberhentikan dan dimasukkan 4 jenis ubat ke jantungnya bagi melawan virus. Organ badan sudah tidak berfungsi. Bantuan oksigen dibekalkan sebagai penyambung hayat. Ya Allah! Luluh hati aku mendengarnya. Apatah lagi si ibu yang mengandungkannya. Student tu mempunyai 8 beradik dan baru kehilangan ayah setahun yang lepas. Moga si ibu tabah dengan dugaan ini.

Buat semua readers.. marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat student aku ni.. NOR AIN BT ABDUL MANAN.. mudahan Allah sembuhkan penyakitnya. Doa kita sebagai mukmin adalah senjata yang sangat ampuh dan penawar yang tidak ada tolok bandingnya. Amin. Terima kasih atas doa korang ya!


EMEL NAK JADI KAYA

Korang try baca emel kat bawah ni. Panas lagi. Baru masuk dalam mailbox aku.

"Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia di ucapkan kepada semua

Pernah tak anda dengar tentang Akademi Taipan 181?

Akademi ini merupakan sebuah akademi perniagaan yang telah banyak melahirkan jutawan dan telah banyak mengubah kehidupan biasa seseorang itu kepada kehidupan yang luar biasa.

Cuba anda bayangkan anda pakai kereta mewah , anda memiliki rumah mewah tetapi kereta dan rumah tersebut pembayarannya di tanggung oleh company. Menarik kan?

Selain dari itu anda jugak di berikan gaji yang cukup lumayan, siapa tak suka duit? mesti semua suka duit dan semua inginkan kemewahan . Seumur hidup anda , anda akan merasai kehidupan yang luar biasa.

Anda hanya memerlukan KEPERCAYAAN & KERAJINAN untuk memperolehi semua itu.

Jikalau sesiapa yang hendak mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan Progam ini sila balas e-mail yang anda dapat, nyatakan tempat untuk berjumpa dan berbincang dengan lebih lanjut tentang program ini kerana Kami percaya FACE 2 FACE TALK lebih berkesan dan mudah difahami.

Peringatan: Ini bukan E-mail layang ini merupakan batu loncatan untuk anda menuju ke arah kekayaan .

Sekian Terima Kasih

(Warga Taipan 181)"

Amacam? Bestkan? Berangan pun bukannya kena bayar. Bayangkan kalau kita ada semua tu? Mesti seronok hidup ini dan bertambah riak la kita. Tapi aku tak rasa aku akan rasa setenang sekarang sebab takut je ada orang nak rompak samun aku bila nampak bergaya dengan kereta mewah dan rumah besar (fikir negatif - minda kelas ketiga ni.. hehehe). Bila aku bayangkan pulak aku dah dibungkus dengan kain kapan, terus hilang mood aku nak memiliki semua di atas. So, tak jadi la balas emel ni. Chauchinchau.


Isnin, 17 Januari 2011

Apa cerita ini hari?

Hmmmm.. banyak sebenarnya nak diceritakan sampai tak tercerita. Hehehehe.. kerja di opis dan di rumah sama banyak melambak. Tak abis-abis. Kerja kat opis jadi banyak tu apabila kena study subjek baru. Tu yang sangat frust biler student tak study sama-sama. Cam ner nak pandai kalau tak belajar kan? Nampaknya yang makin pandai adalah pensyarahnya.. hahaha.. boleh ke kata macam tu? Boleh.. sebab memang kenyataannya begitu.. hahaha..

Bila baca kat paper banyak memaparkan cerita-cerita yang ngeri kita nak dengar.. cucu bersekongkol dengan kawan bunuh datuk.. anak-anak gadis lari dari rumah sebab mengikut teman lelaki.. tetak menetak orang cam dah jadi perkara biasa.. kiranya ramai orang dah ada parang sendiri.. ngeri kan..

Ada pulak kontroversi yang dicetuskan oleh segelintir kaum 'itu' mengenai paria dalam buku 'Interlok' yang kononnya menghina mereka sedangkan karya tersebut dah dihasilkan 40 tahun dulu. Pada aku mereka cuba nak menghapuskan sejarah sedangkan si penulis menulis berdasarkan kisah sebenar. Sekarang si penulis tak dapat nak menghasilkan karya lagi kerana beliau sudah tidak berdaya akibat sakit tua. Menurut beliau, untuk berkarya kita perlu keluar bergaul dengan orang ramai dalam mendapatkan bahan.

Apabila kerajaan nak mewajibluluskan sejarah ramai la pulak pihak yang melatah. Sorry to say.. sejak-sejak peristiwa Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya dibunuh dengan kejam oleh kaum 'itu', aku jadi sangat meluat dan menyampah dengan mereka. Kadang-kadang bilangan mereka yang sedikit tetapi boleh menghuru-harakan keadaan yang aman. Daripada 10 yang diceritakan kiranya 11 kita tak boleh percaya. Hahahaha.. geram sungguh ni. (Astaghfirullahhal'azim.. moga Allah beri hidayat kepada kita dan mereka juga.)

Gosip sikit.. walaupun aku tak tengok pun anugerah juara lagu ke 25 kat tv hari tu tapi aku dapat tau dari pembacaan. Hahahaha.. rupanya ramai tak puas hati dengan keputusan yang memilih lagu Ana Rafali jadi juara kali ini. Kononnya lagu beliau tidak popular dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pihak juri memilih lagu tersebut berdasarkan kualiti lagu dan resapannya ke hati para juri terutama ketuanya, M.Nasir. Apa pun pada aku, kita dah mintak juri tu pilih pemenang maka kita kena la bersetuju dengan pilihannya dan alasan kenapa lagu tersebut dipilih. Oleh itu, marilah kita membaca Al-Quran beserta tafsirannya agar ianya meresap ke dalam hati kita so tak payah gaduh-gaduh nak pilih lagu sapa yang patut menang. Ok kan?

Ahad, 16 Januari 2011

Pepatah Lama vs Pepatah Baru

1. Buat Baik Buat Jahat
Pepatah Lama
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali


Pepatah Baru
Buat baik dah tak ada
Buat jahat berkali-kali


2. Berakit
Pepatah Lama
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian


Pepatah Baru
Apa itu rakit pun aku tak tahu
Berenang mesti la ke tepian 
Kalau berakit-rakit dahulu
Memang la sampai kemudian


3. Buah Cempedak
Pepatah Lama
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan


Pepatah Baru
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah jolok la sendiri
Kalau dah tau ko tu baru belajar
Jangan la pulak nak memandai sendiri


p/s: Sila perhatikan bahasa orang dahulu dan orang sekarang. 


Moral: Orang dahulu sangat berbahasa dan orang sekarang ramai yang tak tau bahasa. 

Sabtu, 15 Januari 2011

Persengketaan 2 beradik


Atif : Tipah! Kenapa kacau Atif? Tipah ingat Tipah tu baik ke?
Tipah : Memang lah.. Tipah baik. Ibu baik. Ayah baik. Baby pun baik. 
Ibu : (ibu ko memang baik.. hehehe..)

Jumaat, 14 Januari 2011

Macam-macam

Sejak Atif dah sekolah secara rasmi ni.. aku rajin la check beg sekolah dia dan selalu tanya apa yang berlaku di sekolah pada hari tu. Macam-macam peristiwa yang kita tak sangka yang kita rasa dia makin besar rupanya (bunyi peristiwa tu cam kes besar je.. haha).

Hari Ketiga persekolahan
Atif: Ibu, hari ni Atif nangis sikit je. Ha.. Atif suruh kawan Atif bayaq 2 kupang kat Atif sebab dia nak nama Atif (sticker nama).. ni duitnya.
Ibu: Ha? kan sticker tu nama Atif bukannya nama kawan tu!
Atif: Habis tu dia dah nak. Atif pun kata bayaq 2 kupang pas tu dia pun bagi.
Ibu: Esok pulangkan semula duit kawan tu. Lain la kalau Atif buatkan nama dia.
Atif: Ye la..

Hari Keempat Persekolahan
Atif: Ibu, ni kawan Atif bagi pinjam pen dia.
Ibu: Besok mesti pulangkan tau. Nanti kalau ibu dia tanya mana pen dia, macam maner? Kesian dia.
Atif: Tapi kawan Atif tu bagi pinjam..
Ibu: Besok mesti pulangkan.
Atif: Ok la.. Atif pinjam satu hari je..

Hari Kelima Persekolahan
Ibu: Berapa baki duit sekolah Atif?
Atif: Tak da baki
Ibu: Atif beli apa? Kan ibu bagi tiga ringgit tadi.
Atif: Atif beli aiskrim dua kali. Satu aiskrim seringgit. Yang seringgit lagi hilang.
Ibu: Atif letak mana?
Atif: Cuba ibu tengok poket baju dan sekolah Atif. Atif dah cari tadi tapi tak de jugak.
Ibu:  Jaga duit elok-elok. Lain kali duit lebih tu masuk dalam tabung.

Hmmmm... setiap hari ada je peristiwa yang berlaku yang mana aku rasa makin mematangkan Atif.

"Aku mohon padaMu Ya Allah. Peliharalah anak-anakku dan seluruh umat. Tenangkan hati dan fikiran mereka. Terangkan hati mereka. Fasihkanlah lidah mereka membaca Al-Quran. Amin."


Khamis, 13 Januari 2011

Kenangan Terindah

Alhamdulillah.. kawan-kawan juga adalah anugerah dan amanah Allah kepada kita.. kita akan lebih rapat dan faham mereka selepas kita bermusafir bersama. Moga dapat berkumpul lagi seperti ini:


Dari kiri: Hajjah Danizah (sangat pemurah dengan ilmu dan tengah sambung belajar ke peringkat PhD.. tunggu giliran aku pula ya..), aku si tuan tanah dan Hajjah Azizah @ Achique (selalu menghulurkan bantuan dan ilmu).


Rabu, 12 Januari 2011

Minda Kelas Pertama

Aku terpanggil nak menulis pasal minda kelas pertama ni apabila kebolehpasaran graduan menjadi agenda utama di tempat aku sekarang.  Hmmmm.. sikap seseorang adalah melambangkan mindanya.. jadinya kalau kita nak memasarkan graduan.. minda mereka perlulah di kelas pertama.

Minda kelas pertama ni adalah merujuk kepada elemen-elemen positif yang merangkumi sikap terhadap diri sendiri, tugas yang diamanahkan, masyarakat sekitar dan lain-lain. Jadinya.. sikap positif adalah perkara utama. Minda kelas ketiga pula merujuk kepada elemen-elemen negatif.

Bila aku surf pasal minda kelas pertama ni..  aku sangat sokong bila ada cadangan bahawa pembentukan minda ni perlulah merujuk kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. kerana ia mempunyai segala formula terbaik untuk ummah. Setiap perbuatan perlu dimulakan dengan niat yang betul dan ikhlas. Tidak perlu menunjuk-nunjuk kerana Allah lebih tahu isi di dalam hati kita. Oleh itu, dalam pembentukan minda kelas pertama ianya perlu mendapat perhatian semua pihak terutama ibu bapa kerana ibu bapa yang banyak mempengaruhi pembentukan peribadi anak-anak.

Malangnya, masyarakat kita diajar untuk tidak menghargai dan mensyukuri apa yang ada pada diri sendiri. Contohnya: Iklan pemutih wajah. Orang lelaki tidak memandang kepada perempuan berkulit gelap dan akan terpesona dengan perempuan yang berkulit putih tanpa menilai hati budi mereka. Maka, orang perempuan akan berlumba-lumba untuk memutihkan kulit mereka dengan harapan akan menarik minat kaum lelaki tanpa menghiraukan kesan dan akibat dari pemutihan tersebut walaupun sudah banyak kes yang dilaporkan. (Dulu-dulu aku rasa macam nak saman je penerbit iklan tu.. hehe).

Cerita tahyul dan seram turut ditayangkan secara berleluasa hingga rakyat lebih takutkan hantu berbanding Allah. Kebanyakan cerita tahyul dan seram tersebut banyak yang boleh memesongkan akidah dan sangat tidak sesuai untuk tontonan anak-anak pelapis muda. Dialog yang diperdengarkan banyak menidakkan kekuasaan Allah yang mana seolah-olah makhluk lebih berkuasa dan tiada tuhan yang mengatur alam ini. Contoh: "Dengan kuasa yang ada pada beta, .........". Para pengusaha filem dan drama pun berpuas hati dengan sambutan yang diberikan yang mana memberi suntikan semangat untuk mereka menghasilkan lebih banyak karya berbentuk tahyul dan seram. Itukah agenda pembentukan minda pertama?

Anak-anak permata hati diasuh dan diajar meningkatkan keyakinan diri dan keberanian dengan mengadakan konsert besar-besaran. Inilah anak-anak pewaris bangsa dan penyelamat negara. Betul ke? 

Banyak majlis penganugerahan berprestij (??) yang menampilkan pesertanya dengan pakaian yang menjolok dan mencucuk mata. Semuanya seperti sudah diterima sebagai kebiasaan dan tidak bersalahan. Kita tidak boleh bersuara untuk menentang kononnya kita kolot dan tidak moden. Adakah moden itu perlu walaupun masih tidak bertamadun (seperti di zaman batu)?

Kesimpulannya, kanak-kanak sekarang banyak didedahkan dengan sikap-sikap minda kelas ketiga tetapi diminta untuk berfikiran minda kelas pertama. Marilah sama-sama kita fikir risaukan dan berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin.   

Dunia sudah sangat hampir ke penghujungnya. Tauke facebook pun dah surrender. Sudah tak hirau kekayaan yang ada kerana jiwanya tidak tenang. Apa pula tindakan kita? Yakinlah bahawa rezeki kita adalah dari Allah dan bukan dari makhluk.


Nota: Macam mana pula dengan minda kelas kedua?

Selasa, 11 Januari 2011

Sebuah mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut

Rasulullah S.A.W, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha, iaitu puteri Rasulullah S.A.W, menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah S.A.W kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "Ttamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah S.A.W bersabda, "Seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, " SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurgaKu adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Isnin, 10 Januari 2011

Moga Makcik Ruqaiyah cepat sembuh..

Petang semalam aku dan CK sempat melawat Makcik Ruqaiyah yang telah dimasukkan ke ICU, Hospital Kepala Batas kerana tekanan darahnya yang tinggi. Alhamdulillah, masa aku pegi melawat makcik di ICU, beliau nampak segar dan boleh berbual ramah dengan kami cuma tekanan darahnya masih tinggi. Makcik Ruqaiyah adalah rakan sebilik aku semasa di Tanah Suci Mekah tahun lepas. Beliau ke tanah suci bersama anak lelakinya Syam dan kami dapat berjumpa lagi di hospital semalam selepas setahun lebih tidak bersua walaupun masih berhubung kerana Syam bertugas di Port Dickson. Sempat menjamah bihun goreng masakan Kak Sue yang mana kami berkumpul di rumah beliau sebelum bergerak ke hospital. Terima kasih Kak Sue dan Abang Fauzi. Nanti-nanti kita kumpul lagi ya. Kak Sal pula tak sempat bersama kerana beliau hendak segera pulang manakala Kak Ain dan suami berada jauh dari tempat kejadian.

Mudahan makcik cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah.

Ahad, 9 Januari 2011

Facebook akan tamat pada 15March2011?

Dengar-dengarnya pengurus Facebook, Mark Zuckerberg sudah tidak sanggup hendak menguruskan laman sosial tersebut kerana tekanan tinggi yang dihadapinya. Beliau menyarankan agar pengguna Facebook keluar bersosial secara realiti dan bukan di alam maya. Beliau juga merasakan yang kehidupan beliau menjadi huru-hara kerana menguruskan laman tersebut dan berhajat untuk menamatkannya. Oleh itu, bermula 15 Mac nanti, para pengguna laman Facebook tidak dapat menggunakannya lagi.

Sama-sama la kita tunggu kebenarannya dan bersedia dengan ketiadaannya. Tiada yang kekal di dunia yang sementara ini.


2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...