Ahad, 16 Januari 2011

Pepatah Lama vs Pepatah Baru

1. Buat Baik Buat Jahat
Pepatah Lama
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali


Pepatah Baru
Buat baik dah tak ada
Buat jahat berkali-kali


2. Berakit
Pepatah Lama
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian


Pepatah Baru
Apa itu rakit pun aku tak tahu
Berenang mesti la ke tepian 
Kalau berakit-rakit dahulu
Memang la sampai kemudian


3. Buah Cempedak
Pepatah Lama
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan


Pepatah Baru
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah jolok la sendiri
Kalau dah tau ko tu baru belajar
Jangan la pulak nak memandai sendiri


p/s: Sila perhatikan bahasa orang dahulu dan orang sekarang. 


Moral: Orang dahulu sangat berbahasa dan orang sekarang ramai yang tak tau bahasa. 

Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...