Memaparkan catatan dengan label atiqah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label atiqah. Papar semua catatan

Jumaat, 6 April 2018

Sembang Kencang - Teruk dan buruk

Tempat : Di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari sekolah ke rumah.

Tarikh : 5 April 2018

Masa : Lebih kurang 6.00 petang

Pelakon : Ibu, Tipah & Tiqah

*********************************************************************************

Ibu : Assalamualaikum kakak dan adikk...

Tipah & Tiqah : Waalaikumsalam ibu (hampir serentak)

Tiqah : Ibuu.. Tiqah sedih hari ni.. tadi Tiqah kena marah dengan cikgu sebab Tiqah tak tauuu...

Ibu : Tiqah tak tau apa? tak tau baca ke?

Tiqah : Tiqahkan dah reti baca.. tadi tu Tiqah tak faham makna yang Tiqah baca tu.. Bila cikgu tanya, Tiqah pun jawab la, "Saya tak tau".

Ibu : Ok, nanti ibu nak tengok apa dia yang Tiqah tak faham tu..

Tiqah : Pagi tadi pulak masa kat madrasah baru (transit), Tiqah sedih sebab kawan-kawan main cikgu-cikgu tapi tak bagi Tiqah main sekali.. Tiqah pun nangis senyap-senyap sampai keluar air mata.. Cikgu tanya kenapa Tiqah menangis? Tiqah pun lap air mata Tiqah sampai bersih.. Cikgu pun kata nanti nak kena orang yang buat Tiqah tu..

Ibu : Hmmm.. kesian Tiqah..

Tiqah : Tu la.. hari ni adalah hari yang teruk..

Ibu : Terukkk?

Tiqah : Ya la, pagi Tiqah menangis sebab kawan tak nak bagi main sekali, petang Tiqah sedih kena marah dengan cikgu. 😭😔

Ibu : InsyaAllah semua akan ok. Kena rajin belajar dan banyak baca supaya apa yang dibaca tu Tiqah boleh paham.

Tiqah : Ibu, kadang-kadang Tiqah mimpi buruk..

Ibu : Mimpi buruk? 😨

Tiqah : Tiqah jadi askar, pakai kasut, tudung, stokin, senapang.. pastu naik van nak tembak zombie..

Ibu : Macam maner rupa zombie tu?

Tiqah : Macam-macam, berdarah-darah tapi dah mati.

Ibu : Kalau dah mati, kenapa nak tembak lagi?

Tiqah : yang mati tu orang lain, belum jadi zombie.. kena tembak-tembak banyak kali.. yang mati Kakak Tipah dengan Hakim... tinggal Tiqah dengan Aqil je.. pastu naik kereta laju-laju sebab banyak zombie kejar.. zombie tu kecik je.. kanak-kanak.. pastu ada raksasa besar.. Tiqah tembak banyak kali sampai mati.. .. pastu bawak Kakak Tipah dan Hakim pergi hospital.. tapi Tiqah takut kalau doktor pun dah jadi zombie.. tapi tak jadi sebab doktor ada pistol.. Tiqah cakap terima kasih kat doktor sebab bagi ubat supaya Tiqah ok lepas kena gigit dengan zombie besar.. darah meleleh.. pastu Tiqah pun bukak mata.. Ibu suruh mandi..

Tipah : Seramnya kakak dengar 😱😰😰

Ibu : 😛



Nota :

1.Terhibur mak ko sambil terbayangkan rupa zombie.


2. Adaptasi cerita 'Train to Busan' gaknya.



3. Kalau diasah bakatnya, boleh jadi pelapis Harith Iskandar ni.

4. Terkedu Kakak Tipah kerana wataknya ditamatkan awal 😂





Khamis, 5 Januari 2017

Atiqah di tahun 2017




Hari pertama ke sekolah.. Tahun ni dah masuk Darjah 1.. 
how time flies..
Dalam blog ni, gambar sewaktu berusia 4 bulan.. tahun ni dah 7 tahun..
Alhamdulillah
Moga Atiqah sentiasa di bawah redha Allah selalu, 
dilapangkan dada dalam menerima ilmu, 
dapat memberi manfaat pada semua,
dipelihara dari sebarang musibah,
cemerlang dan berbahagia dunia akhirat.
Ammiinn.


Khamis, 17 September 2015

Kesan Jerebu?

Tiqah : Ibu, tadi kt sekolah cikgu pesan sebab sekarang ni jerebu. 1. Jangan keluar rumah. 2. Pakai topeng 3. Minum air masak sampai habis 4. Main ipad sampai habis bateri..

Ibu : Eh? Biar betul? Macam maner cikgu tau pasal ipad kat umah?

Tiqah : Tak la.. tiqah main-main je.. ye la.. dah tak boleh kuar rumah main la ipad..

Ibu : Allah! Terperanjat ibu tadi..




Jumaat, 7 Ogos 2015

Ku Putih!


Di suatu petang, di dalam kereta dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ibu : Assalamu'alaikum Tiqah! 

Tiqah : Wa'alaikumsalam ibu..

Ibu : Tiqah, ibu rindu la dengan Tiqah hari ni.. Ku Putih Ku Putih, barulah putih!

Tiqah : Tiqah pun rindu kat ibu. Ibu nyanyi salah la.

Ibu : Ha? Abis tu macam maner?

Tiqah : Ku putih, kau putih, sama-sama putih.. mana boleh ibu sorang je putih.. kena bagi orang lain jugak..

Ibu : Hehehe... betul tu.. 


Image result for bunga putih





Jumaat, 10 April 2015

Kucing


Penceritaan oleh si pencinta kucing :-

Tiqah : Ibu, tadi kan.. Tiqah nampak ada kucing tu pijak makanan pastu dia pun makan..

Ibu : Oh! Tiqah nampak kucing tu kenyang tak?

Tiqah : Tiqah tengok perut kucing tu buncit. Dalam perut kucing tu ada makanan, bukan ada baby.

Ibu : Macam mana Tiqah tau ada makanan dan bukan baby?

Tiqah : Sebabbbb... tadikan Tiqah nampak kucing tu makan..


Ibu : Hihihi... betul juga




Selasa, 7 April 2015

Usul dan Periksa


Di suatu petang yang damai..

Tipah : Ibu! Tengok la Tiqah ni... dia marah kat Tipah dengan tak tau asal usul..
Ibu : Apa tu? Dengan tak usul periksa kot...
Tipah : Ha ah.. betul... hari tu Tiqah periksa dapat nombor berapa ntah dalam kelas... macam banyak je..
Ibu : Hihihi... lawak la hampa ni..


Image result for peperiksaan




Selasa, 23 Disember 2014

Aktiviti di kala hujan renyai @ Bubblelab


Alhamdulillah.. cuaca kat Penang masih dalam keadaan yang tidak membahayakan. Moga hujan yang turun memberi manfaat kepada semua makhluk.. Sentiasa kita amalkan doa ini dan moga saudara kita di Kelantan, Terengganu dan Pahang dipelihara dari musibah banjir. yang berterusan.



Penang masih sentiasa disimbahi dengan hujan renyai yang tak berhenti.. oleh itu.. matahari pun cam segan nak keluar.. baju di ampaian sudah dua hari tak kering.. moh le kita pegi keringkan.. tiga hari berturut aku jadi pelanggan Bubblelab ni.. self-service laundry.. 24hours operation.. 

Inilah aktiviti dalaman kami di kala hujan :


mak budak ni dok terbongkok-bongkok lipat kain kat hujung sudut tu sementara tunggu satu batch kain dalam dryer.. yang si anak kecil berlari sana-sini atas arahan kakaknya.. dah macam playground la plak..

Soalan penutup.. apa cara anda dalam menangani masalah kain baju yang tak kering ni?
Jawapan penutup... kalau dah hari-hari pergi keringkan kain kat kedai dobi, cam dah boleh beli mesin pengering untuk kegunaan di rumah.. (sendiri tanya sendiri jawab)

p/s: rajin plak aku update blog time hujan-hujan ni.. pasni boleh citer pasal Bubblelab..




Khamis, 3 Julai 2014

Atiqah dah 4 tahun!

Alhamdulillah... Atiqah sudah 4 tahun.. rasa macam baru semalam je perut aku kena bedah.. rupanya dah 4 tahun.. Kek untuk Atiqah dan rakan-rakan di tadika.. siap tanya.. nanti nak kek 'Let it go' plak.. yang kakak dah booking kek bentuk Puteri Elsa.. semua ni penangan Frozen.. huhuhuhuhuhu



Cikgu boleh tumpang sama tau.. buat berbuka puasa..


rindu saat ini..






sekarang



p/s: Kek aku dari order dari http://is-dapurkecik.blogspot.com. Bolehlah terjah sambil cuci-cuci mata kat blog kawan aku tu.. 






Selasa, 12 Mac 2013

Atiqah dan Monyet


Inilah 5 ekor monyet Atiqah.. seekor yang di hujung ada anak di belakangnya.. boleh di dapati di mana-mana.. aku beli di Sabah, Perlis dan Kelantan. Macam-macam kaler ada.. Yang paling tua adalah monyet berwarna coklat tu..


Atiqah bersama monyet-monyetnya.. cepat je bila suruh bergambar dengan monyet.. siap tersenyum simpul.. hahaha


Monyet berwarna merah jambu terpilih untuk naik feri ke Pulau Pangkor... yang lain kena tinggal dalam kereta.. maklum la.. yang paling muda..


Mungkin monyet biru yang paling menyerlah warnanya maka terpilih untuk duduk bersama dengan ketua kampung, penghulu dan pihak pengurusan Kampung Semaliang..


Sekian..



Isnin, 16 Januari 2012

Percutian 3 hari 2 malam di Hospital Seberang Jaya

Baru-baru ni Atiqah diserang semut api di hadapan rumah kami. Bengkak satu badan dan merah menyala. Takutnya Allah je yang tahu dan sakitnya Atiqah yang rasa.


Lebih kurang macam ni la rupa semut tu. Korang nampak tak sepit depa tu? Sampai berbekas tau..

Ceritanya macam ni.. satu petang lepas balik dari kerja dan ambil anak-anak dari tempat penjagaan masing-masing, kitorang lepak-lepak menikmati minum petang di rumah jiran sebelah sambil memerhatikan anak-anak bermain. Ada yang berbasikal dan berjalan-jalan di bawah pokok. Mata aku sentiasa perhatikan Atiqah dan nampak Atiqah ambil sebatang ranting. Tiba-tiba Atiqah menangis dan aku pun terus menerkam ke arahnya. Rupanya badan Atiqah dah dinaiki semut api yang berada di ranting tu. Aku pun terus buang semut di badannya dan buka baju. Sapu minyak dan bagi minum susu. Sekejap je naik merah dan bengkak. Kami pun terus ke Bahagian Kecemasan di Hospital Seberang Jaya. Alhamdulillah, 3 orang doktor terus uruskan Atiqah. Air mata aku tak berhenti tengok Atiqah. Kemudian Atiqah di tahan di Wad 2.

Ni masa kat emergency.. doktor nak masukkan jarum dan terus bagi ubat anti bisa dan anti bengkak..


tengok kaki je aku dah sedih..


nampak tak bengkak dan merah di muka Atiqah.. air mata aku memang tak berenti la..


bibir bengkak sampai terjuih..


tangan bengkak sampai tak boleh menggenggam..


 dah tengah malam.. kurang sikit bengkaknya.. Alhamdulillah..



malam pertama bercuti di hospital.. Atiqah tidur lena macam biasa.. badan dah kurang bengkak..


malam kedua.. Alhamdulillah.. merah pun hilang..


Syukur Alhamdulillah.. rupanya Allah aku uji aku hanya sedikit. Apabila melihat jiran katil Atiqah di hospital, rasa terlalu ringan sakit Atiqah berbanding mereka. Moga Allah sembuhkan penyakit mereka.

Di hospital juga aku dapat merasakan dikelilingi orang-orang berhati mulia. Para doktor, jururawat, pesakit dan juga penjaga pesakit. Masing-masing saling mengambil berat dan bertukar-tukar pengalaman. Iqram muslimin diamalkan di sini. Syukur padaMu Ya Allah..


2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...