Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan

Isnin, 2 April 2012

Jalan-jalan Cari Makan

Kali ni kita jalan-jalan cari makan ye dan jangan cari pasal. He. Sesiapa yang teringin @ penggemar daging kambing dalam pelbagai persembahan, boleh cuba di sini. InsyaAllah tidak mengecewakan. Harga pun berpatutan dengan suasana, servis dan makanan yang dihidangkan. Daging kambing beku pun ada dijual. Ramai orang Penang sampai dah kat sini. Aku plak baru pertama kali walaupun dekat je dengan rumah aku. Tu yang nak share dengan anda sekalian. Boleh la dimasukkan sebagai tempat lawatan andai anda ke Pulau Pinang. Lokasi adalah di Kampung Pelet, Bukit Mertajam.

pintu masuk..

menu.. macam-macam ada.. nak seekor kambing panggang pun ada tau..


suami mithali a.k.a penggemar daging kambing.. sambil order sambil pangku anak..


air epal aku.. yang lain tak sempat amik gambar sebab sibuk menghayati pemandangan sekeliling dan apabila makanan sampai je kami terus makan.. time tu kelaparan adalah di tahap maharaja.. Alhamdulillah makanannya marvellous..


fakta mengenai daging kambing.. jangan lupa baca fakta mengenai haiwan yang di hujung kanan sekali.. apa komen anda?


Rabu, 28 Disember 2011

Murtabak Singapore

Alhamdulillah. Pulangnya aku ke Johor kali ni dapat menikmati murtabak singapore yang begitu aku rindui. Terimbau nostalgia zaman kanak-kanak makan bersama keluarga. Arwah abah aku gemar bawa kami makan murtabak singapore di kedai ini. Lokasi kedai masih sama dengan 30 tahun dulu (deretan kedai bersebelahan dengan Petronas dan Sekolah Menengah Sains Tanjung Agas, Muar - 30 tahun ko.. aku pun dah tua dah.. he). Cuma papan tanda dan penebarnya sahaja yang dah berubah. Dulu lelaki sekarang perempuan.

Inilah kedainya.. bolehlah singgah andai anda berada di Tanjung Agas


Rupa murtabak singapore special.. harga RM16.. untuk dimakan bersama 4-5orang.. dicecah dengan sos yang diletakkan timun cincang.. marvellous!


Antara pelanggan yang datang ke kedai murtabak singapore tempoh hari.. he.. Atiqah dan kakak aku..




Kita boleh pilih jenis murtabak yang hendak dimakan:
1. Special - untuk 4-5 orang - RM16
2. Super - untuk 2-3 orang - RM10
3. Kecil - untuk seorang - RM6

Jom.. jalan-jalan cari makan di Tanjung Agas pula!



Isnin, 31 Oktober 2011

Jalan-jalan Singgah Makan

Baru-baru ini aku sekeluarga pergi ke Tanjung Dawai dan singgah makan tengahari di Sungai Petani. Buat warga Johor yang menetap di utara tanah air dan sekiranya anda rindu akan Nasi Beriyani Gam Johor, boleh la terjah kedai ini.


Alamat surat menyurat aku tak pasti. Lokasi bangunan adalah berdekatan dengan Euromoda dan Gullati's di bandar Sungai Petani, Kedah.

 Menu yang ada.. nasi beriyani ayam, daging, kambing, ayam kampung dan banyak lagi.

Nasi beriyani kambing. Harga satu set RM8.90.

Ok.. jom baca doa makan. Makan sewaktu lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kunyahan perlu 40 kali.
Alhamdulillah.

Ahad, 13 Februari 2011

Ke Pendang kita..

Saat dan ketika ini aku bersiaran dari Perlis.

First time dalam hidup aku pegi makan kenduri di tepi bendang (ye la.. Johor maner ada bendang.. tu yang cam jakun). Kejadian ni bulan Disember lepas. Jemputan dari kawan sepemergian haji. Hujan lebat. Sawah terbentang luas saujana mata memandang. Seronok + ngeri. Seronok sebab pengalaman pertama. Ngeri sebab laluan kenderan cuma muat satu kereta je.. tak boleh berselisih. Tuan rumah buat arahan jalan sehala. Alhamdulillah.. hidangannya simple tapi superb. Makan di waktu hujan lebat dan lauk semua masih panas.







Ahad, 22 Ogos 2010

Menu Sempoi Berbuka Puasa

Alhamdulillah.. hari ni dah hari ke 12 berpuasa.. sekejap je masa berjalan dan kalau kita tahu fadhilat bulan Ramadhan kita akan mintak ianya berlaku sepanjang tahun.. MasyaAllah..

Di kesempatan ini, aku nak mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran sama ada perkataan, tulisan maupun perbuatan yang disengajakan (ha? sengaja?) atau tidak. Mudahan amal ibadat kita Allah terima sepenuhnya.

Sebelum kita bercerita pasal kelebihan Ramadhan (InsyaAllah next entry).. nak share menu berbuka puasa tempoh hari (sesekali je masak.. hehehe.. kadang-kadang beli kat PARAM [pasar ramadhan].. senang dan santai..)..

Jom tengok apa yg ada.. semuanya masih di atas dapur ya..


sup tulang on da way.. ni adalah salah satu cara bagi menggantikan 'pressure cooker'.. kalau tudung periuk tu rata.. boleh la letak lesung batu kt atasnya.. lagi power tekanannya.. (sesuai utk mereka yg tidak memiliki periuk tekanan ya.. jgn jadikan alasan lagi.. hahaha)

rupa paras sup tulang sebelum dihias dengan bawang goreng (sedap kalau goreng sendiri berbanding yang segera) dan daun sup.. pastikan daging sudah empuk baru boleh hidang..

ikan pari dan ikan selar yang jadi mangsa kebakaran pada hari kejadian


air asam buat peneman kepada ikan-ikan bakar di atas



Khamis, 1 Oktober 2009

Celup-celup kt Padang Broom P.Pinang

Assalamualaikum.. saja nak stori citer lama yg aku n kengkawan makan celup2 kt Pdg Broom, Penang.. kejadian berlaku bulan Oktober lepas.. time tu ada meeting kt Sandy Paradise Beach.. then ptg2 weol amik kesempatan bawak kawan dr Kota Bharu makan kt situ.. n sebenarnya aku yg dah bertaun dok Penang br 1st time sampai.. hahaha.. layan...

aku, Danizah, Oya n Juli (PKB).. tukang amik gambonya K.Nori.. hehehe


kena celup dulu sebelum makan.. kiranya mcm steamboat la kan.. kena celup/rebus sendiri..


sos yg disediakan utk dimkn bersama2 dgn bahan celupan td..


siap makan dah.. so nak bayar kena ikut jumlah batang lidi.. tu sbg bukti yg kitorg makan brp banyak.. kiranya sebatang = RM1..

best n sedap.. next time boley p lg..

tq to Oya n Danizah.. diorg yg belanja kali nih..

Ahad, 27 September 2009

Jalan-jalan Cari Makan

Alhamdulillah.. akhirnya 'ngidaman' weol dpt direalisasikan... Allah Maha Pemurah.. hehehe.. sebenarnya weol dah lama mengidam nak makan roti bakar + telur setengah masak + air kopi kt Stesen Keretapi Kluang.. jgn gelak ya.. wpun benda2 tu semua kiter boleh buat sendiri tp kalu org lain buatkan bertambah2 sedapnya... ahaks..

Pasal menu kt Stesen Keretapi Kluang tu weol terbaca dalam paper lama dah.. tp tak berkesempatan nak sampai ke sana setiap kali weol balik ke Johor.. sebabnya.. rasa masa sangat singkat dan amat merugikan kalu nak berjalan2 kuar rumah tu.. hahaha.. punyer la.. so.. kali ni terkebetulan ada sepupu aku buat walimatul urus kt Kluang.. maka agenda lawatan ke Stesen Keretapi Kluang merupakan salah satu agenda yg tak boleh dipandang ringan.. haha.. Alhamdulillah..

Apa yg membuatkan weol teruja adalah tang kaya yg dibuat sendiri oleh keluarga tokehnya setiap hari.. jgn tak tau.. weol siap beli serbuk kopi dan kaya tu.. plan nak buat sendiri pas2 ni.. (roti bakar n air kopi ya.. bukan nak buat sendiri serbuk kopi n kaya tu...). Kalau korang nak rasa jemput la dtg umah weol ya.. dan satu lagi.. tokey kedai tu merupakan saudara 'lama' (sebab dah lama masuk Islam).. tu yg menambahkan keterujaan weol.. huhu.. dahsyat tul penangannya kan?

Meh kita layan gambar2 menu dan suasana stesen keretapi tu..

ni nama kedai tu dan waktu perniagaannya.. lama dah diorg bertahan nih.. bagus la..

antara menu yg ada dijual kt kedai nih.. harga masih boleh tahan murahkan?

ni nasi lemak yg berharga RM0.70.. 4 kali sudu dah abis.. so.. aku terpaksa mkn 2 bungkus utk cukupkan 8 sudu.. huhu

ni plak set roti bakar.. satu set = 2 keping roti yg dipotong 2.. kira kalau rupa mcm kt atas ni kira 2 set la.. (hehe.. angka bertuah = 2)

ni telur separuh masak ya... hmmmm... yummy!! kul 4 ptg pun aku masih lalu lg makan telur setengah masak... haha..


2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...