Singgah Jap

Ahad, 16 Disember 2012

Sup Siam Segera

Assalamualaikum semua..

Apa aktiviti korang hari ni? Aku membuat kegiatan mendobi secara besar-besaran sejak semalam. Oleh itu, kita perlukan menu yang ringkas tetapi mengenyangkan sebabnya tenaga telah banyak digunakan untuk mendobi.

Sarapan pagi
Nasi putih
Lauk sardin
Telur dadar

Minum petang
Puding roti
Air masak

Makan malam
Nasi putih
Sup siam daging

Alhamdulillah.. cuaca yang sejuk dan dingin menyebabkan lauk-laukku habis dimakan oleh anak-anak sekalian.Sila jangan kagum dengan lauk sup siam daging tu sebabnya aku masak secara segera.. taraaaa...


Korang cuma perlu rebus daging yang telah dihiris sampai empuk. Kemudian masukkan bawang hiris, tomato, perencah sup siam seperti di atas dan sedikit sayur. Siap.

Sila ambil pinggan dan beratur ya.

Selamat berhujung minggu.




Jumaat, 14 Disember 2012

Doa Agar Dikasihi Masyarakat @ Bertemu Jodoh


p/s : Amalkan juga membaca Surah Yassin setiap malam agar Allah memudahkan urusan jodoh kita.

Moga ada manfaatnya.



Khamis, 13 Disember 2012

Kelebihan Asmaul Husna

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi S.A.W bersabda:
”Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.”
dari Sahih Bukhari.







Jumaat, 23 November 2012

Adab Usul

Barrakallahufikum..

Untuk peringatan kita bersama.. InsyaaAllah..
Empat perkara diperbanyakkan:
1-Dakwah
2-Taklim wa taklum
3-Ibadat
4-Khidmat

Empat perkara dikurangkan:
1-Masa makan dan minum
2-Masa tidur dan rehat
3-Masa di luar masjid
4-Cakap sia-sia

Empat perkara ditinggalkan:
1-Jangan harap pada makhluk
2-Jangan minta pada makhluk
3-Jangan membazir
4-Jangan guna barang tanpa izin

Empat perkara jangan disentuh:
1-Isu semasa dan politik
2-Mazhab dan masalah khilafiah
3-Pangkat dan keturunan.
4-Minta Derma.


Alhamdulillah.. sekarang ni CK sedang khuruj 40hari di Surabaya, Indonesia (hari ini sudah hari ke13). Moga Allah terus beri kami dan seluruh umat kefahaman agama. Perasaan aku berbeza di kala CK keluar khuruj berbanding pergi kursus jauh. Hati lebih tenang dan berusaha menetapkan keyakinan pada Allah. Makhluk tiada kuasa dan hanya Allah tempat kami mohon segala pertolongan. Mohon agar hati aku tidak pecah dan goyah dengan persekitaran.

"Ya Allah, hanya Engkau yang kami sembah dan hanya pada Engkau kami mohon segala pertolongan". Amin

p/s: esok kerja tau.. kena siap fizikal mental.. set your mind, please..


Khamis, 22 November 2012

Doa untuk demam panas


Kalau sebelum ni kita cerita pasal pemanggang ajaib, (kat Langkawi pun ada banyak jugak pemanggang ajaib ni.. macam-macam kaler, saiz dan harga) kali ni nak cerita pasal demam panas pulak. Kiranya ada kepanasan yang kita hendak dan ada juga kepanasan yang kita nak hindarkan. InsyaAllah.

Sekarang ni di Pulau Pinang cuaca agak panas tetapi masih sangat selesa kalau nak dibandingkan dengan keadaan saudara kita di Gaza. "Ya Allah, kau peliharalah mereka dan bantulah kami memerangi orang-orang kafir".

Rasanya kebanyakan dari kita pernah mengalami demam panas. Suhu badan normal manusia adalah 36.7Celcius. Lebih dari tu dah dikira demam panas. Apa yang kita bimbangkan bila anak-anak kita diserang demam panas yang mana boleh membawa kepada sawan dan apa-apa juga komplikasi lain. Jadinya, bila korang rasa badan anak-anak atau badan sendiri rasa panas, cubalah baca doa ini agar ianya dapat meredakan demam.. InsyaAllah..




Yang bermaksud :

"Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah Yang Maha Agong daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka."

Korang boleh bacakan di air dan diberi minum atau sapu seluruh badan terutama kepala. Ataupun baca sambil usap-usap kepala, dada, seluruh badan anak. Ini adalah doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ketika menghadapi demam panas.  InsyaAllah.

Yakinlah bahawa setiap sakit itu ada penawarnya kecuali mati dan semua usaha kita adalah dengan izin Allah jua.




Isnin, 19 November 2012

Sujud Tilawah

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka."

Huraian Hadith:

1. Tilawah ertinya bacaan. Maka sujud tilawah ertinya adalah sujud bacaan. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat iaitu apabila dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud. Ayat inilah disebut ayat sajdah dan sujudnya disebut sujud tilawah.

2. Sujud tilawah disunatkan tidak hanya pada waktu solat tetapi juga di luar solat. Namun dalam solat berjamaah, sekiranya imam tidak melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud kerana makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam.

3. Sujud tilawah juga boleh ditangguhkan. Misalnya ketika sedang di jalanan tiba-tiba kedengaran seseorang membaca ayat sajdah. Maka tidak diharuskan sujud seketika itu juga kerana untuk melakukannya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di tempat yang suci, sama seperti mahu mengerjakan solat.

4. Ayat-ayat sajdah itu ialah di surah:
    a.  as-Sajdah:15,

    b.  al-A'raaf: 206,

    c.  ar-Ra'd: 15,

    d.  an-Nahl:50,

    e.  al-Israa': 107,

    f.   Maryam: 58,

    g.  al-Haj: 18,

    h.  al-Furqaan: 60,

    i.   an-Naml: 26,

    j.   Fussilat: 38,

    k.  al-'Alaq:19,


    l.   an-Najm: 62,


    m. Insyiqaaq: 21,

    n.  Shaad: 24.



5. Cara melakukan sujud sajdah di luar solat menurut mazhab Syafi'e ialah dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan membaca sepotong ayat ketika sujud


Kemudian kembali duduk dan memberi salam.

6. Manakala ketika di dalam solat pula cara melakukan sujud sajdah ialah sebaik sahaja membaca ayat sajdah, hendaklah terus bersujud dan membaca bacaan seperti di atas (di dalam sujud). Setelah itu berdiri semula meneruskan bacaan seterusnya.

Moga ada manfaatnya. InsyaAllah.




Ahad, 4 November 2012

Pemanggang Ajaib



Nama komersial adalah Ikan Pemanggang Ajaib. Walaupun ajaib, tapi korang kena masak juga tau. Bukannya korang sebut "Ayam Panggang Madu"!, terus jadi dalam pemanggang tu. Oh! Bukan macam tu ya. Aku rasa la.. setiap rumah sudah ada sekurang-kurangnya satu sebab apa.. masa aku balik raya haji ke kampung CK di Kelantan, mak mertua aku, adik ipar aku, mak mertua adik ipar aku, sepupu CK yang duduk kat rumah depan tu pun semua dah ada. (He.. termasuk la aku..)



Nak kongsi dengan korang tentang keajaiban pemanggang ni. Sebenarnya ia banyak memudahkan kerja kita dalam penyediaan memasak. Contoh macam nak buat Ayam Panggang Madu tadi tu kan.. kita dah tak payah bakar arang.. then curah minyak.. kipas-kipas plak bagi api sentiasa marak... berejam gak la kalau nak makan ayam panggang tu.. tapi.. bila guna pemanggang ni kita dah boleh pintas beberapa proses kerja. Lepas ayam diperap, boleh la kita masukkan terus ke dalam pemanggang tu.. tak yah dah kipas-kipas.. boleh pergi jemur kain plak. Resepi korang boleh cari kat abang google ke, kakak yahoo ke dan lain-lain. Macam-macam ada.

Setakat ni, aku dah guna untuk memanggang ikan (freshly keras dari freezer terus basuh-basuh, sapu sikit dengan sambal tumis kemudian balut dengan daun kunyit.. guna api perlahan). Alhamdulillah, sedap dimakan dan cepat dimasak. Yang bestnya tak perlu guna minyak dan bekasnya mudah dibasuh. Guna span lembut je. Jangan guna berus kawat tau..

Aku dah cuba juga panaskan roti canai segera.. tak payah bubuh minyak.. hehe.. kalau lama sikit dia jadi 'crispy'. Sedap dimakan bersama gula. Panaskan lauk-lauk kering pun sangat ok. Contoh:
1. Ayam goreng yang digoreng pada waktu pagi tetapi ingin dimakan pada waktu petang.
2. Sate yang kita beli semalam tak habis dimakan. Boleh panaskan untuk sarapan pagi pulak.(Lepas ni dah boleh buat sate sendiri je.. InsyaAllah)
3. Apa-apa lauk yang korang tak abis makan dan telah dimasukkan dalam freezer.


Baiklah. Sebenarnya ia tidak terhad kepada makanan kering sahaja, makanan berkuah pun boleh, Carilah resepi. Aku nak kongsi pun tak tau sangat sebab tak buat lagi. Haha.. Yang bestnya jugak.. pemanggang ni boleh berfungsi sebagai ketuhar (oven). Nak buat kek atau puding roti pun sangat ok. Jimat masa dan tenaga serta perasaan jadi riang. Kurang stress maka makanan pun dimasak dengan kasih sayang. Sedap untuk dinikmati semua.

Ok. Aku cuma nak berkongsi maklumat dengan korang. Aku tak jual pun malah aku pun beli dari kawan yang tolong membeli. Moga informasi aku kali ini dapat menceriakan hidup kalian.

Tata titi tutu..

p/s: entri kali ni guna bahasa santai saja, atif pun tanya, ibu bercakap dengan sapa tu? aisshhhh.. kena guna bahasa buku jugak la nampaknya..




Rabu, 17 Oktober 2012

Blog baru untuk dibaca


Tempoh hari, (berapa haribulan dah tak ingat.. tanda-tanda penuaan tu).. aku dan kawan-kawan menghadiri satu bengkel penulisan artikel atau lebih maklum lagi adalah penulisan ilmiah. Penceramah dijemput dari USM iaitu Dr. Fadzila Azni di mana beliau pernah memenangi Thesis Terbaik sewaktu menuntut di peringkat sarjana dulu. Aku suka dengan cara penyampaian beliau yang lembut dan penuh berilmu. Antara cadangan beliau, untuk mula menulis, kita boleh mulakan dengan menulis di blog. (Wah! Langkah pertama aku sudah ada.He.. langkah seterusnya?). Aku setuju tu.. hmmmmmm.. imbas kembali sambil bermuhasabah diri.. aku mula berblog dari tahun 2009 lagi.. hampir 3 tahun dah... nampaknya kena tajamkan lagi kemahiran menulis. Kena banyak membaca supaya lebih ada banyak ilmu untuk diketahui, dikongsi dan diamalkan. Apa yang penting di sini, kena ada 'product knowledge' supaya kita boleh banyak idea untuk mengamalkannya, menulis, mengulas dan mememememememe lagi.

Alhamdulillah, beberapa kawan aku telah menyahut cabaran untuk menulis di blog. Moga ia menjadi perangsang untuk kami terus menulis. Jom kita belek blog mereka. Antaranya:

http://ikhlasoya.blogspot.com

Comel pulak bila tengok blog yang polos.. tak serabut mata..

ada satu lagi..

http://ajourneyofsue.blogspot.com

Berbakat rupanya kawan-kawan aku ni. Teruskan usaha murni kalian.

Akhir nota, sebab tu la kita kena rajin pergi ke majlis ilmu (contoh: taklim masturat) supaya kita dapat ilmu (contoh: kelebihan menghadiri majlis ilmu itu sendiri - Allah ampunkan dosa para peserta dan ibu bapanya di mana malaikat turut mendoakan mereka) dan kita akan rasa ghairah untuk beramal.

Wallahu'alam.






Jumaat, 12 Oktober 2012

Hantu

Masa : Pukul 11 malam
Lokasi : Di atas tilam

Tipah : Ibu, esok hari apa?
Ibu : Jumaat
Tipah : Oooo... Tipah kena pakai baju sukan kan?
Ibu : Ya.. dah la kakak.. tidur la.. kan dah baca doa tidur tadi..
Tipah : Tipah tak mengantuk la ibu..
Ibu : Ibu letak kakak kat luar nak?
Tipah : Tak nak la.. Tipah takut hantu..
Ibu : La.. mana ada hantu. Kan kita kena takut pada Allah je..
Tipah : Ada hantu la.. hantu bonceng, hantu kak limah balik rumah..
Ibu : Grrrrrrr....




Jumaat, 5 Oktober 2012

Mempermudah Urusan Haji


Dalam Bajet 2013 baru-baru ini, pihak kerajaan ada memaklumkan tentang kemudahan dalam urusan menampung kekurangan kos tambang bagi jemaah muassasah (ekonomi). Pada hemat aku, ianya menyeluruh kepada penjawat di sektor swasta mahupun awam. (He.. aku dulupun guna duit KWSP juga untuk mendaftar dan seterusnya untuk tambang serta kos sewaktu di tanah suci). Bagus kalian semua ambil peluang ini. Bagi yang telah memilih opsyen pencen tu, duit KWSP yang boleh dikeluarkan boleh digunakan untuk mendaftar dan menampung semua kos yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji. Maksudnya, terus penuhkan akaun Tabung Haji anda. InsyaAllah. Moga Allah mempermudahkan lagi urusan kalian menunaikan fardhu haji.

Berikut adalah sedutan intipati dari Bajet 2013 yang telah dibentangkan tempoh hari.


"Sekali lagi kita memasuki musim panggilan Haji menuju Baitullah. Dalam Bajet 2012, saya telah mengumumkan pencarum KWSP boleh membuat pendaftaran awal menunaikan rukun ke 5 ini melalui penghadangan Akaun 2 sebanyak 1,300 ringgit. Alhamdulillah, setakat ini, seramai 51,528 pencarum telah menggunakan inisiatif ini. Sebagai langkah tambahan untuk membantu bakal-bakal haji, saya ingin mengumumkan bahawa bakal-bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga 3 ribu ringgit."


Moga Allah terima amal dan usaha kita semua. InsyaAllah.



Tips Mendidik Anak





Khamis, 20 September 2012

Dahsyatnya Doa Ibu



Aku sedang menghampiri ayat-ayat terakhir dalam buku ni. Buku ni bagus untuk panduan para ibu dan juga anak. Semua orang adalah anak kepada ibu bapa kecuali Nabi Adam, Hawa dan juga Nabi Isa yang tidak mempunyai ayah.

Kata-kata yang keluar dari ibu adalah doa. Oleh itu, para ibu perlu berkata yang baik-baik kepada anak-anaknya. Ibu juga perlu mendoakan semua anaknya tanpa membezakan mereka. InsyaAllah, doa dan kasih ibu membawa ke syurga dan juga mengiringi anak sepanjang masa.

Anak juga wajib berbuat baik kepada ibu bapanya. Redha Allah adalah terletak kepada redha ibu bapa.

Oleh itu, apa tunggu lagi!




Rabu, 19 September 2012

Homestay di Pasir Gudang, Johor

Anda ingin menghadiri konvokesyen yang tersayang di Politeknik Ibrahim Sultan? Atau ingin melancong ke dalam negara sendiri seperti di Johor? Ingin penginapan yang berbaloi sebanding dengan ahli rombongan yang ramai? Boleh cuba di sini.. budget homestay.




Selasa, 18 September 2012

Haji mabrur

Doa buat semua jemaah haji 1433,

"Moga dipermudahkan Allah segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur. InsyaAllah."

 


Moga ada rezeki kita pula untuk ke sana. InsyaAllah.


Related Posts with Thumbnails