Memaparkan catatan dengan label homestay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label homestay. Papar semua catatan

Khamis, 7 Mac 2013

Homestay di Batu Pahat, Johor

Boleh sewa kat sini kalau korang berhajat untuk

a. berjalan-jalan di Parit Raja yang terkenal dengan UTHMnya dan segala macam kerepek (best pegi pasar tani tiap pagi Isnin dan Khamis di Parit Raja.. ada nasi ambeng dan macam-macam lagi)

b. makan Putu Bambu Air Hitam, Nasi Beriyani Gam, Soto

c. membeli-belah di Pekan Air Hitam

d. berjalan-jalan di Kluang



e. melihat-lihat bandar Batu Pahat



f. menyaksikan kesan sejarah di Minyak Beku, Batu Pahat

g. jengah mak aku di Yong Peng (eh?)

Alamatnya :
JMJ Homestay
No.1, Jalan Kemat
Taman Tasik merdeka
83000 Batu Pahat, Johor

sila hubungi kawan aku di nombor talian 019-7592150 atau 013-7301616

harga satu hari satu malam (2 petang hingga 12 tengah hari) adalah RM120 termasuk sarapan pagi.. Wow! Sangat murah tu.. nanti korang tanya la sarapan apa.. he

depan rumah ni ada Wet World Batu Pahat.. boleh berjimba-jimba dengan air di situ.. (dulu masa aku kecik-kecik, arwah abah aku selalu gak bawak kami adik beradik berkelah kat Tasik Merdeka tu.. sekarang dah ditransform jadi Wet World).. yuran masuk sangat murah berbanding Sunway Lagoon..

oleh itu.. apa lagi!
Kita tengok apa yang disediakan di homestay tu..









Amacam?



Isnin, 4 Mac 2013

Program hujung minggu di Kuala Nerang, Kedah

Hujung minggu baru ni, aku dan anak-anak ikut CK ke Kampung Semaliang di Kuala Nerang, Kedah. CK ada program komuniti dengan anak-anak muridnya untuk kursus Softskill. Sesekali bergotong-royong bersama orang kampung seronok jugak. Satu kepuasan bila kita dapat membantu orang. Tentatif program pada hari pertama adalah membaik-pulih surau dan dewan orang ramai di kampung tersebut dan mengadakan tahlil pada malamnya.

Kelihatan dalam gambar ialah CK bersama barisan pengurusan atasan Kampung Semaliang dan juga Ketua Program Siswa.. dan diinterframe oleh Atiqah bersama monyet birunya yang diletakkan di atas meja..   Antara ucapan yang aku tidak lupa dan melekat di ingatan.. "Program ini adalah atas daya usaha siswa semata-mata dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak." Maklum la.. sekarang ni bahang pilihanraya kan sangat terasa maka kata-kata haruslah dijaga agar tidak dipolitikkan. (Moga Allah pelihara warga Lahad Datu dan juga anggota keselamatan yang membantu.. Amin)

Acara gotong-royong pun bermula.. bumbung di bangunan dewan akan dibaiki..


Mengecat surau


Bilik Gerakan yang terletak di bawah surau


Pembantu-pembantu cilik.. cuma dibenarkan membantu dengan memegang plastik hitam saja..


Mengecat bahagian luar surau sambil dipantau oleh Atiqah


Acara gotong-royong siap pada pukul 6.30 petang. Makan minum disediakan oleh penduduk kampung. Memang sedap dan sangat-sangat diingati. Terima kasih daun keladi.

Cuba korang bayangkan menu yang telah disajikan kepada kami:

Sarapan pagi - Air kopi, pulut, kelapa, ikan masin
Makan tengahari - Nasi tomato, jelatah, ayam masak merah, dalca, air oren
Minum petang - Mee goreng, air teh, air mineral
Makan malam - Nasi putih, ikan goreng, kari ikan talang masin, sambal belacan, timun, air oren

Kiranya, tidak serik la untuk datang malah berhajat untuk datang lagi... he
(Gambar selepas program tak sempat nak ambil sebab aku balik ke homestay melayan pemegang plastik hitam tidur..)

Kat bawah ni homestay yang aku, Atifah dan Atiqah berserta 8 orang siswi tidur pada malam tu. Lokasi homestay adalah di tengah pekan Kuala Nerang. Bayaran RM200 semalam. CK, Atif dan siswa-siswa tidur di homestay lain yang berdekatan dengan Kampung Semaliang (rumah banglo 3 bilik, ruang tamu yang luas, ruang solat, 2 bilik air, ada mesin basuh, dapur, peti sejuk dan lain-lain. Harga satu hari penginapan ialah RM200 dan jika tetamu lebih dari 10 orang akan dicaj RM5 sekepala. Aku tak sempat nak ambil gambar tapi senang nak cari. In shaa Allah).


 Aktiviti hari kedua adalah menemubual pelancung asing di Padang Besar, Perlis. Maka, bergerak la kita dari Kuala Nerang, Kedah Darul Aman ke Negeri Perlis Indera Kayangan.

Perang bendera di mana-mana (bendera pun pandai berperang)
Lokasi : Bulatan di Ladang Tebu di Chuping, Perlis

 
Pelancung asing yang bakal ditemubual.. kalau korang faham bahasa beliau.. korang memang hebat.. nak kata German tak German.. Jawa tak Jawa.. hahahahaha..
"Cermin mata lebih besar dari muka saya.. jadi tak boleh nak letak atas hidung saya.. rambut pula saya gunting sendiri dengan bantuan kakak saya." ujar si pelancung cilik di bawah.


Padang Besar, Perlis.. kami lepak-lepas di wakaf luar.. hahaha.. tak de misi nak membeli kerana barang agak mahal..

Misi diteruskan ke Wang Kelian, Perlis (sempadan Perlis-Thailand)

Perlis map

Kat bawah ni adalah belacan. Bukan kek coklat tau! Boleh beli secara timbang.. 


Misi utama di Wang Kelian adalah membeli sotong gulung.. sedap..


Aiskrim Thailand


Pelancung asing kedua yang boleh ditemubual. Spek mata berharga RM5 sahaja. Malangnya hilang di dalam tandas awam. Tak de rezeki nak bergaya lagi.


Minum petang di Jitra.. capati, nasi pattaya, kuih muih dan lain-lain.




Alhamdulillah akhirnya kami pulang ke Pulau Pinang dengan selamat.




Rabu, 19 September 2012

Homestay di Pasir Gudang, Johor

Anda ingin menghadiri konvokesyen yang tersayang di Politeknik Ibrahim Sultan? Atau ingin melancong ke dalam negara sendiri seperti di Johor? Ingin penginapan yang berbaloi sebanding dengan ahli rombongan yang ramai? Boleh cuba di sini.. budget homestay.




Selasa, 21 Disember 2010

Homestay di Kangar, Perlis

Baru-baru ni weol berkesempatan bercuti ke Kangar, Perlis sambil nak berkenal-kenalan dengan bakal besan mak aku. Sepanjang di Kangar, weol menginap di sebuah rumah yang telah dijadikan 'homestay' Sangat selesa. Ada tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur (boleh masak-masak). Setiap bilik disediakan katil. Pendek kata, memang selesa. Kalau 3 keluarga yang ada anak kecik-kecik macam aku memang muat dan selesa dan berbaloi berbanding tidur di hotel. Pihak tuan punya homestay turut menyediakan tv, peti ais, meja makan dan dapur. Atas meja makan siap ada biskut, kacang dan air mineral. Kat dapur ada disediakan peralatan memasak (kuali, sudip, periuk, pinggan mangkuk, sudu, cawan, teko) beserta kopi, teh, gula, garam dan minyak. Harga sehari semalam lebih kurang RM150. Kiranya weol siap beli beras, telur, sardin, ikan bilis, kentang dan lain-lain untuk dimasak dan dimakan sendiri. Sangat menjimatkan. Tak pening nak cari makanan kat luar. Dan yang paling best adalah dekat dengan Wang Kelian (buka hari Ahad je) dan Padang Besar (lebih kurang 40km).

ruang tamu.. mak aku jadi model tetamu..
 

ruang makan.. kelihatan biskut dan kacang ada disediakan di atas meja
 

bilik tidur utama


nombor yang boleh dihubungi andai kengkawan sekalian nak duduk kat sini sambil-sambil mencuci mata di Wang Kelian, Padang Besar, Gua Kelam, Muzium Kota Kayang dan lain-lain tempat peranginan yang terletak di Negeri Perlis (boleh zoom in kat gambar ah kalau tak nampak nombor tu)




2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...