Ahad, 22 Ogos 2010

Menu Sempoi Berbuka Puasa

Alhamdulillah.. hari ni dah hari ke 12 berpuasa.. sekejap je masa berjalan dan kalau kita tahu fadhilat bulan Ramadhan kita akan mintak ianya berlaku sepanjang tahun.. MasyaAllah..

Di kesempatan ini, aku nak mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran sama ada perkataan, tulisan maupun perbuatan yang disengajakan (ha? sengaja?) atau tidak. Mudahan amal ibadat kita Allah terima sepenuhnya.

Sebelum kita bercerita pasal kelebihan Ramadhan (InsyaAllah next entry).. nak share menu berbuka puasa tempoh hari (sesekali je masak.. hehehe.. kadang-kadang beli kat PARAM [pasar ramadhan].. senang dan santai..)..

Jom tengok apa yg ada.. semuanya masih di atas dapur ya..


sup tulang on da way.. ni adalah salah satu cara bagi menggantikan 'pressure cooker'.. kalau tudung periuk tu rata.. boleh la letak lesung batu kt atasnya.. lagi power tekanannya.. (sesuai utk mereka yg tidak memiliki periuk tekanan ya.. jgn jadikan alasan lagi.. hahaha)

rupa paras sup tulang sebelum dihias dengan bawang goreng (sedap kalau goreng sendiri berbanding yang segera) dan daun sup.. pastikan daging sudah empuk baru boleh hidang..

ikan pari dan ikan selar yang jadi mangsa kebakaran pada hari kejadian


air asam buat peneman kepada ikan-ikan bakar di atas



Selasa, 3 Ogos 2010

Hadiah Untuk Insan Yang Mulia

"Jadikanlah kitab ini sebagai cenderahati buat insan yang mulia di majlis perkahwinan, pertunangan, kesyukuran, hari guru, hari ibu, di pejabat-pejabat dan sebagainya."

Disusun oleh:

Al-Fadhil Ustaz Mansoor bin Ismail Al-Hafiz
Miftahul Umum Sri Petaling


Nota:

1. Kata-kata di atas dipetik dari muka belakang buku tersebut. Walau bagaimanapun, buku tersebut boleh dibeli pada bila-bila hari walaupun tak de 'occasion'. Kalau tak beli untuk jadikan cenderahati pun tak pe.. beli untuk bacaan dan rujukan sendiri.. kerana buku ni sangat bagus dijadikan rujukan mengenai permasalahan wanita. Al-Fadhil ustaz ambil masa 5 tahun untuk menyusun buku ni sebelum diterbitkan.

2. Buku ni juga sesuai untuk orang lelaki sebab mereka pun perlu tahu tentang permasalahan wanita terutama kaum suami, bapa, datuk, bapa saudara, bapa tiri, bapa saudara tiri, abang, adik lelaki, anak saudara lelaki dan sesiapa saja la.. kot mereka boleh jadi 'kitab bergerak' kan dan jadi tempat rujukan kaum isteri, ibu, nenek, ibu tiri, mak saudara tiri, kakak, adik perempuan, anak saudara perempuan dan sesiapa saja yang tak sempat nak baca boleh la rujuk kepada 'kitab bergerak' tadi.. (maksud di sini.. lelaki yang masih bujang pun perlu ada buku ni..)

3. Bakal jemaah haji sangat sesuai memiliki buku ni sebab kena tahu sama ada wanita tu benar-benar bersih dan suci (bebas dari uzur syar'ie) supaya ibadat hajinya sah dan diterima Allah. InsyaAllah.

4. Buku ni juga bagus dibaca ketika bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba supaya kaum wanita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan tanpa ragu.

5. Buku ni dijilid dengan 'hard cover'.. mengandungi 220 muka surat.. ada 5 bab (antaranya haidh, istihadah, nifas, mandi wajib) beserta soalan-soalan umum dan huraian yang lengkap.. boleh tengok gambar yang kat bawah ni..

muka depan buku


susunan oleh..
antara bab yang ada dalam buku ni..







persembahan dalam buku ni.. ada ringkasan jadual dan peta minda yang mudah difahami..




Pada sesiapa yang berminat.. bolehlah membeli buku ni dan berhubung terus dengan:
Saudara Meor 013 4382664
Saudara Ridzuan 019 2071363
Bayaran boleh dibuat melalui:
Bank Islam 07 016 02 034925 6
atas nama MEOR ABDUL RANI BIN MD YUSOP atau
Maybank 1570 9122 8397
atas nama MEOR MUHAMAD REDZUAN BIN MD YUSOP
Harga Buku : RM60 (tidak termasuk belanja pos.. so kena kontek dengan saudara berdua di atas nak kena bayar berapa kalau termasuk pos)

Maklumat dikemaskini pada 20/1/2015 




2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...