Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua. Papar semua catatan

Khamis, 29 November 2018

Phewww!!! (Tips Persediaan Belajar)


Alhamdulillah... masih boleh dibuka lagi blog ni... masih boleh ingat lagi 'password'nya.. sebelum ni lama tak update tapi masih gak aku datang bertandang bertanya khabar.. ni dah lama tak bertandang, nyaris lupa alamat rumah sendiri... hahaha

Bila mana aku tiada idea nak menulis itu bermakna aku kurang membaca sebabnya tak ada intipati nak disembangkan.. istilah sekarang 'nak dibawangkan'.. aku pun tak pasti bawang apa.. bawang putih ke, bawang merah ke, bawang holland ke? kalau CK dia guna semua bawang tu,, ikut jenis masakan la.. kalau nak masak daging goreng sedap guna bawang holland + capsicum.. tapi boleh je bawang yang lain, ikut apa yang ada la.. tak de bawang pun ok.. cepat sikit siap masak sebab tak de aktiviti membawang.. 😁

Hari ni hingga Isnin depan aku cuti.. selain untuk berehat di rumah bersama anak-anak, nak mengemas rumah extra sikit.. kemudian nak ber'get away' dalam Malaysia.. macam-macam rancangannya.. mudahan menjadi dan menjadi-jadi la hendaknya 😀😀

Alhamdulillah, markah pelajar pun dah siap diproses.. depa boleh tengok atas talian nanti.. 1/12/2018 keputusan rasmi akan dipaparkan.. hampa berdebaq, kami lega sebab dah settle kerja.. maksudnya situasi yang sama tetapi perasaan berbeza... gituuuu.. 

Minggu depan semester baru akan bermula.. oh! Perasaanku bercampur baur.. rasa letih tak hilang lagi.. bila ingatkan balik.. dulu aku yang tergedik-gedik nak kerja ni, terus terubat keletihanku.. 😍

Oleh kerana semester baru dah nak mula, hampa kena ready peralatan belajar termasuk la buku teks.. antaranya buku 'Business Mathematics'.. ni yang terkini.. Edisi ke3



Apa? Macam mana nak dapatkan? Kalau anda di Politeknik Seberang Perai, boleh order direct dengan aku.. tak pun boleh dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran dengan anda.. InsyaAllah ada

Apa lagi, dah tau tips dari aku, cepat la bertindak.. 😆
Errrr... calculator pun kena ada juga ya 😉

Senang cerita, meh aku senaraikan apa yang perlu ada kalau anda nak masuk kelas Business Mathematics aku :

1. Tunjukkan kesediaan anda untuk belajar - senyum, relax, sediakan telinga, tutup mulut, pandang ke arah pensyarah
2. Letakkan alat tulis di atas meja - calculator, buku tulis @ beberapa helai kertas kajang, pen
3. Letakkan buku teks seperti gambar di atas tuuuu di atas meja anda
4. Course outline - yang ni boleh dicetak dari CIDOS ya 
5. Dengar dengan tawajuh & sila respons sekiranya diminta berbuat demikian 😃

Cuba apply tips di atas di semua kelas (tapi buku tu yang berubah ikut subjek 😊)..  insyaAllah akan mendapat berkat belajar kerana dapat redha dari guru.. Cubalah!










Jumaat, 1 Mei 2015

Mari belajar melukis

 Belek-belek fb, ada pulak cara asas untuk melukis.. best gak ni.. meh kita tengok sambil cuba.. kadang-kadang anak kita request nak lukis katak la, kucing la.. dah la tangan maknya cam keras kejung.. hehe.. boleh la kita lukis supaya lukisan tu betul menyerupai yang diingini.. bukannya bila lukis katak jadi kucing... kiki


 

singa a.k.a lion


anak ayam a.k.a chick


anak harimau



tikus



monyet a.k.a monkey



anak anjing a.k.a puppy


unta a.k.a camel



kambing biri-biri @ sheep


lembu @ cow



gajah a.k.a elephant



ikan lumba-lumba a.k.a dolphin
burung antu a.k.a owl dari pandangan sisi kanan


anak rusa nani.. hihi

burung antu dari pandangan sisi kiri



sekian, selamat mencuba!





Selasa, 23 Disember 2014

Aktiviti di kala hujan renyai @ Bubblelab


Alhamdulillah.. cuaca kat Penang masih dalam keadaan yang tidak membahayakan. Moga hujan yang turun memberi manfaat kepada semua makhluk.. Sentiasa kita amalkan doa ini dan moga saudara kita di Kelantan, Terengganu dan Pahang dipelihara dari musibah banjir. yang berterusan.



Penang masih sentiasa disimbahi dengan hujan renyai yang tak berhenti.. oleh itu.. matahari pun cam segan nak keluar.. baju di ampaian sudah dua hari tak kering.. moh le kita pegi keringkan.. tiga hari berturut aku jadi pelanggan Bubblelab ni.. self-service laundry.. 24hours operation.. 

Inilah aktiviti dalaman kami di kala hujan :


mak budak ni dok terbongkok-bongkok lipat kain kat hujung sudut tu sementara tunggu satu batch kain dalam dryer.. yang si anak kecil berlari sana-sini atas arahan kakaknya.. dah macam playground la plak..

Soalan penutup.. apa cara anda dalam menangani masalah kain baju yang tak kering ni?
Jawapan penutup... kalau dah hari-hari pergi keringkan kain kat kedai dobi, cam dah boleh beli mesin pengering untuk kegunaan di rumah.. (sendiri tanya sendiri jawab)

p/s: rajin plak aku update blog time hujan-hujan ni.. pasni boleh citer pasal Bubblelab..




Isnin, 1 Disember 2014

Pengurusan Asma 2

Salam Safar 1435 semua.. Moga anda semua di bawah rahmat Allah sentiasa.. In shaa Allah..

Lama tak bersiaran kan.. sebelum mula menulis rasa banyak idea.. tengok semua benda cam ada idea nak tulis.. tapi bila dah di depan komputer.. idea terbeku la pulak.. huhu

Sebenarnya aku nak sambung sikit pasal pengurusan asma sebelum ni.. sekarang aku amalkan juga minum susu kambing.. bancuh yang serbuk.. beli terus dari kilang.. sekilogram RM60.. kalau korang berhajat nak membelinya.. aku boleh tolong belikan dan pos pada korang.. harga kat atas tu belum masuk harga pos.. biasanya untuk sekg dalam RM9 la.. jumlah RM69 je..
hantar emel ke noorulmdsalih@yahoo.com

Yang bagusnya.. ianya boleh diminum oleh semua peringkat.. bayi aku tak pasti la.. tapi aku seisi keluarga minum susu ni.. Atiqah yang dah umur 4 tahun pun minum juga.. Ianya mengenyangkan.

Cuba bancuh dengan air suam sebelum tidur. In shaa Allah dapat tidur yang berkualiti dan mudah bangun. Korang tidur dalam pukul 11 malam, in shaa Allah boleh bangun pukul 5 pagi.. Selepas beberapa hari diamalkan, rasa nak makan tu kurang sebab kenyang. Maknanya kita akan makan dalam kuantiti yang sedikit. Bila dah makan sikit, makanya berat badan pun boleh turun. Itu faedah yang kedua. Hehehe.

Ada banyak faedah lagi sebenarnya.. Susu kambing juga susu kedua terbaik selepas susu ibu. Pengidap asma macam aku ni alah pada laktos namun aku perlukan kalsium dalam badan.. Alternatifnya ada pada susu kambing.

Kesimpulan di sini, aku sekeluarga adalah penggemar susu kambing dan dagingnya juga. Nanti aku kongsi satu resepi untuk daging kambing dengan anda semua yang menjadi kegemaran kami sekeluarga dan rakan sekerja. Hehe





Ahad, 9 November 2014

Pengurusan Asma @ Lelah

Salam Muharam semua.. dah masuk tahun hijrah yang baru.. maknanya umur kita semakin bertambah dan masa hidup kita semakin pendek.. tanda semakin hampir kita dengan akhirat.. Oh! Apa persiapan kita untuk diaudit nanti? Sebelum akhirat, tempat persinggahan adalah alam kubur.. Bila bayangkan kita bakal keseorangan dalam kubur, tinggalkan semua yang ada kecuali amalan kita, takutnya.. Moga Allah beri kita kekuatan untuk terus beramal dan menyebarkan ilmu yang ada.. Amin

Tajuk aku kali ni agak serius sikit. Nak berkongsi ilmu dengan kawan-kawan melalui blog picisan aku ni. Aku pun sebenarnya penghidap asma tegar (sebelum ini). Alhamdulillah, dengan izin Allah, asma aku dapat diuruskan dengan baik.

Asma ni penyakit yang mengganggu pernafasan. Kira guna bahasa orang kebanyakan la eh. Kat utara, asma ni diorang panggil 'penat'. Kalau orang Johor, penat tu bermaksud letih dan asma kami panggil 'semput'. Hahaha.. moralnya.. asma = semput = lelah = penat.

Ok.. bila asma menyerang, kita rasa dada kita ketat, nafas jadi pendek. Sebelum tu mungkin kita batuk atau selsema atau alah dengan habuk atau alah dengan cuaca panas atau sejuk. Sebenarnya saluran pernafasan bengkak dan jadi sempit. Kita susah bernafas, nak baring pun tak boleh. Oh! Orang yang mengalaminya je yang tau. Biasa kalau pegi klinik, doktor terus bagi cuti sakit dua hari. 

Alhamdulillah, asma aku tak diwariskan kepada anak-anak. Kira bukan harta pusaka la.. Aku kena asma sejak kecil, bila masuk sekolah asma aku hilang. Datang semula lepas aku bersalin anak pertama. Konon-konon nak makan jamu lepas bersalin tapi air masak kurang diminum, maka batuk mula menyerang kerana badan terasa panas dan berpeluh. Seterusnya, asma pun datang menjengah.

Sejak tu, kerap gak asma aku datang ziarah. Cuaca sejuk dia datang, cuaca panas pun dia datang. Ais dah tak boleh minum. Hilang nikmat makan masa tu. Masa tu kalau asma datang, aku bawak pegi klinik supaya dia balik. Hehehe.. Kira asyik makan steroid je la.

Serangan asma aku agak kronik masa aku mengandung anak kedua, asma yang datang tak mau balik-balik. Nak makan ubat steroid tak boleh sebab mengandung. Doktor bagi serpihan kristal. Masukkan dalam air panas, kemudiannya wapnya disedut untuk membuka rongga pernafasan. Namun masih tiada keizinan dari Allah. Aku cuba berurut. Alhamdulillah. Makcik urut jumpa urat bersimpul aku dan dileraikannya. Asma pun tak jengah untuk tempoh yang lama.

Namun asma masih tak lupakan aku. Datang lagi dan aku cuba gunakan alat penyembur pelega (reliever inhaler). Setiap kali kena serang, aku sedut dua kali. Sampai satu tahap, tak lega pun. Seram dah. Doktor bagi pulak aku guna alat penyembur pencegah (preventer inhaler). Guna setiap pagi dan petang. Alhamdulillah. Sepanjang aku gunakannya, asma tak datang.


alat sembur pelega.. guna bila perlu (bila diserang asma)

yang ni pulak alat sembur pencegah.. guna setiap pagi dan petang

Walaubagaimanapun, aku hanyalah manusia biasa. Culas juga dengan disiplin. Hehehe.. Bila mengandung anak ketiga, asma datang kembali, Pastu, nak bersalin secara pembedahan pulak. Cuak berganda di situ. Doktor bius datang terangkan risiko yang mungkin dihadapi oleh pesakit asma macam aku semasa pembedahan sedang dijalankan. Sudah semestinya, mati la kan. Masa tengah operasi tu, doktor bagi aku bantuan pernafasan sebab takut aku kalah dengan ubat bius. Alhamdulillah. Selamat dan mudah semuanya.

Lepas bersalin, aku cuba makan habbatussauda hingga kini. Alhamdulillah,. Asma aku tak datang jengah dah hingga kini. Habbatussauda tu ada dalam dua jenis. Dalam bentuk perahan minyak dan serbuk. Dua-dua pun ok. Cuba korang amalkan. InsyaAllah. Banyak penyakit hilang. 



aku makan yang ni.. ada 24kapsul. Makan sebiji nak tidur dan sebiji lepas bangun tidur. Dos 450mg. Dalam bentuk perahan minyak. Ada cap pharmaniaga. Harga lebih kurang RM12. (yang ni gambar dari google)




kadang-kadang aku makan yang ni.. dari syarikat yang sama cuma tak da cap parmaniaga. Murah sikit. RM10. Sama dan serupa dari segi jumlah kapsul dan dos (450mg). Sesuai untuk umur 12 tahun ke atas.


aku mula makan habbatussauda yang diproses oleh Syarikat Jaafar Rawas, Kelantan. Yang ni serbuk dalam kapsul. Murah sikit. Isi 60 kapsul. Harga RM25.


 

yang ni boleh titik dalam mulut baby. RM20 sebotol.  Mudahan untuk hilangkan lendir dan kahak. Bagus untuk hilangkan radang kulit (ekzema). Aku beli kat Syarikat Jaafar Rawas di Kelantan. Bagus amalkan pada anak-anak. Sistem imun jadi kuat. InsyaAllah.


 aku sekeluarga amalkan gak makan madu setiap pagi. RM10 je sebotol kecil.


antara madu pilihan kami sekeluarga. RM75 untuk botol besar. 


aku amalkan juga minyak zaitun 2 biji setiap pagi. Isinya 20 kapsul = RM10. Alhamdulillah, bagus untuk lutut, kawal kolesterol jahat dan darah tinggi.



yang ni losyen minyak zaiton. RM18. Aku spray kat rambut aku sekeluarga. Boleh jadi ubat pencegah kutu. Hehehe.. sebab kutu tak boleh bergayut kat rambut yang licin. Sapu juga di muka dan
 tangan untuk cegah radang kulit. InsyaAllah.


minyak zaitun dalam botol besar pulak (RM25)  aku guna untuk tumis-tumis sayur dan  renjis kat daging burger. Katanya boleh hilangkan lemak tepu dalam burger tu.

Korang cuba la. Niatkan pemakanan sunnah. InsyaAllah. Di zaman kerosakan umat ni, kalau kita amalkan sunnah (dari sekecil-kecil ke sebesar-besar sunnah), Allah beri ganjaran 100 pahala mati syahid. Jom kita!

Wallahu'alam.



Ahad, 31 Ogos 2014

Tips berhenti merokok

Salam Merdeka yang ke 57 semua.. Di sini lahirnya sebuah cinta..

Meh bersihkan sikit sawang kat sini.. guna penyapu pendek sudah.. hehe.. selalu rindu dengan blog sendiri.. banyak idea nak tulis tapi cam tak berapa nak keluar.. dok diam depan komputer.. pastu terus berjalan dari blog ke blog.. sudahnya blog sendiri terabai.. itu lumrah kehidupan aku..
Oleh itu, kali ni aku nak kongsi beberapa tips bagaimana untuk menggalakkan diri korang berhenti merokok.. sekali lagi.. menggalakkan berhenti merokok.. bukan menggalakkan merokok..

Yang pertama sekali... berdoa dan jangan berhenti berdoa.. InsyaAllah lambat atau cepat Allah akan makbulkan.. tanam azam dalam diri korang yang korang hendak berhenti merokok.. 99% adalah dari diri korang sendiri.. bukan pasangan korang maupun ibu bapa.. DIRI SENDIRI.. macam tu jugak kita semua.. sebenarnya musuh utama kita adalah diri kita sendiri.. nafsu dalam diri kita yang perlu kita perangi.. bukannya pergi berperang menghunus senjata ya.. 

doa dan tanam azam tak nak merokok (ada kawan aku kata, rupa rokok dah kena penyek macam ni memang semua orang tak nak.. hehehe..)
Yang kedua.. kalau korang seorang perokok tegar.. selalu hisap Dunhill ka, Malboro ke, 555 ke, dan semua jenis rokok yang aku percaya kerajaan dah bagi amaran kat kotak tu.. Merokok adalah merbahaya untuk kesihatan.. dan ada gak gambar kesan dari merokok tu cam leher berlubang, kanser mulut, anak mati dalam perut dan semua gambar yang mengerikan.. aku ngeri la tengok tapi bila aku tanya dengan perokok.. diorang kata tengok isi dalam kotak, jangan tengok luar kotak... nampak tak? ada je jawapan diorang.. aishhh.. ok.. tips kedua.. korang beralih dulu kepada rokok daun yang mana setiap kali korang nak merokok korang perlu menggulungnya sendiri.. lama-lama letih sendiri dan buat korang terfikir betapa sia-sianya kerja korang selama ini..

tengok isi dalam kotak.. 
marlboro marlboro 100 s marlboro red marlboro red soft pack marlboro ...

jangan tengok gambar kat luar kotak yang mengerikan..

Imej Kotak Rokok Bakal Lebih Ngeri Untuk Mengingatkan Perokok?

beralih ke rokok daun ..

rokok daun

Tips ketiga.. korang pergi la menyerah diri ke Klinik Berhenti Merokok kat Klinik-klinik Kesihatan Kerajaan.. percuma je..nanti mereka bagi kaunseling kepada  korang dan juga ubat untuk mengurangkan ketagihan korang merokok.. ubat tu tak de jual kat farmasi tau.. InsyaAllah kalau korang memang betul nak berhenti merokok.. 2 bulan biasanya korang dah boleh berhenti merokok.. InsyaAllah

... yang menyediakan perkhidmatan klinik berhenti merokok... klik SINI

Tak nak dengar atau tak nak terima tips yang aku bagi? Tak pe la.. korang tunggu la bila korang tiba-tiba perlu menjalani pembedahan yang mana korang perlu dibius penuh. Pakar bius akan bagitau kat korang antara risiko yang akan dialami oleh perokok ialah paru-paru korang tak boleh mengembang dengan baik bila guna alat pernafasan tu sebab ada gelembung di paru-paru. Pastu bila dah tak boleh mengembang, maka paru-paru korang akan meletop! Poommmm!! Rasanya korang pun tau la kesudahan ceritanya kan.. hehe.. tak tipu ya.. ini kisah benar..

ini contoh gelembung dalam paru-paru yang dah tak berapa sihat

... sendiri adalah gelembung gelembung yang terdapat dalam paru paru

Sebenarnya kan.. aku tak nampak satu pun kebaikan maupun kelebihan menghisap rokok ni.. mungkin satu la kelebihannya iaitu mengayakan si pengusaha/pengilang rokok tu.. tapi tu pun bukannya kebaikan pada aku.. sebab bila diorang dah kaya diorang akan mengeluarkan lebih banyak rokok dengan pelbagai rasa dan jenama.. dan akan lebih ramai orang yang merokok maka semakin tercemar la udara kita.. 

Dari pemerhatian aku yang daif ni, perokok biasanya sangat mementingkan diri sendiri. Biasanya mereka merokok di tempat awam dan asapnya akan dihidu oleh semua yang ada di sekitar mereka. Pulak tu, biasanya mereka akan membuang puntung rokok merata.. tenyeh dengan kasut pastu jalan dengan selamba.. oh! aku memang rasa cam nak belasah je diorang.. ok.. jangan ikut apa yang aku rasa..

Biasanya perokok ni terdiri dari orang lelaki sebab mereka memang orang kaya dan pemurah. Membazir duit tanpa belas kasihan.. hehehe.. tapi ada jugak orang perempuan yang hisap rokok..

Orang lelaki hairan kenapa orang perempuan degil tak nak tutup aurat dengan sempurna.. pakai tudung tapi berlengan pendek.. bertudung dengan kain yang jarang dan lain-lain.. yang orang perempuan pulak hairan kenapa orang lelaki degil tak mau berhenti merokok.. masing-masing dengan degil masing-masing.. masing-masing heran dengan masing-masing.. cam tu la manusia.. tak de yang sempurna.. 

Oleh itu.. doa la hidayah untuk semua yang mana termasuk diri kita dan keluarga.. 

Sempena hari merdeka ni..
mari la kita merdekakan diri kita dan negara dari asap rokok.. Jom!!

Wallahu'alam




Rabu, 21 Mei 2014

'S'

Assalamu'alaikum!!
Moga semua sihat sejahtera dan ditingkatkan iman serta diberi kefahaman agama.. InsyaAllah..

Rasa cam lama tak jengah blog sendiri.. macam-macam aktiviti sekarang ni.. aku rasa macam aku sangat sibuk.. jadi lebih kepada perasan sibuk.. he.. CK tengah khuruj 40 hari.. makanya memang la sibuk.. tak sempat nak fikirkan rindu dendam sebab sibuk dengan kanak-kanak riang aku, kerja rumah, kerja ofis, kerja berwhatssap, kerja berwechat, kerja berline, kerja, kerja, kerja, kerja. Oh! Kata kunci kali ini adalah 'kerja'.

Sekarang ni, seawal pukul 5 pagi aku dah bangun dan tidur semula pukul 10.30 malam.. jadual penuh.. 
Dekat rumah dah rangka apa yang nak setelkan kat ofis dan kat ofis rangka pulak apa nak buat kat rumah. Aku cabar diri sendiri nampaknya. Doa dan doa mohon kekuatan dari Allah. Alhamdulillah, kurang komplen di mulut maupun dalam hati (errrrr... tapi nak gak cerita dengan korang.. CK tinggal 8 hari je lagi sebenarnya.. tu yang aku rasa semakin bersemangat... hahaha)

Ok.. tadikan cam perasan sibuk.. bila balik rumah je kena selesaikan keperluan kanak-kanak sekalian.. selalunya memang aku masak satu lauk je.. all in one.. sayur, buah dan ayam/daging/ikan dijodohkan dalam satu kuali.. hahaha..

Aku nak kongsi dengan korang satu resipi mudah.. sedap, senang dan segera (3S). Sesuai untuk minum petang ataupun bekal sarapan pagi anak-anak ke sekolah. Terima kasih kepada yang berkongsi idea ni.

Tengok gambar bawah. Biarlah gambar yang berbicara ya. Isi/intinya korang boleh ikut macam karipap atau sandwich atau ikut suka hati la.





Amacam? Nampak mudah je kan? Boleh terus beli roti ni.. hahaha.. intinya korang boleh guna telur hancur.. siap!

Akhir kata, S yang terakhir ialah 'Santap'.





2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...