Sabtu, 31 Mac 2018

Happy anniversary to us!


Alhamdulillah.. Allah beri kekuatan untuk menulis kali ni.. lamanya ko dibiarkan tergantung sepi wahai blogku! Sebelum mula menulis tadi, aku baca entri yang lama.. rasa terharu 😅 sangat sebab blog ni dah nak masuk Darjah Empat tapi masih dok tang tuuuuu jugak.. Namun, biar terlambat jangan terus berkubur..

Dahsyat intro.. tak masuk dengan tajuk.. sebabnya nak pikir tajuk pun naik migrain.. kena asah balik bakat menulis.. mungkin kena tukar batu asah yang lebih moden dan memudahkan.. apa pun syukur.. tak terhitung nikmat Allah pada kita semua.. dan aku pun terkejut kerana tahun yang ke 15 ulang tahun perkahwinan kami, CK yang ingatkan aku dulu! Perghhhhh... mungkin kejadian seperti ini berlaku setiap 15 tahun.. hahaha.. apa pun syukur..😊

Selalunya kami sambut dengan makan malam di luar.. tak yah hias-hias atau surprise bagai.. seronok juga.. so kurang sakit jantung sebab tak da insiden 'tanjat gegirl'.. hahaha.. bila CK ingat tu yang aku agak terperanjat.. awal-awal kahwin macam nak merajuk sebab birthday aku pun CK tak ingat.. lama-lama aku ok dah.. tak kecik hati dah.. jaga je saiz hati seperti sedia kala.. alhamdulillah 💗

Perkahwinan ni pada aku macam satu subjek yang mana kita kena belajar untuk bertoleransi dengan perbezaan pendapat dan budaya, menghargai persamaan minat maupun ideologi, berkongsi rasa, rahsia, tanggungjawab, suka, duka, masam, masin, manis dan macam-macam lagi 😎.. mudahan kami diizinkan Allah untuk dapat mengharungi hari tua bersama (sekarang pun dah tua juga sebenarnya cuma belum pencen lagi kira belum tua sangat la kannn?). Anak-anak semakin membesar, begitu juga dengan saiz badan kami yang mana menunjukkan bahawa 'we are enjoying each other very much'! Korang kena faham sendiri la ya apa yang tersurat dan tersirat.. sekarang budak Darjah 1 pun dah belajar apa maksud yang tersurat atau tersirat dalam pantun 4 kerat.. kalau korang tak tau.. kerat je kuku bila tiba hari Isnin, Khamis atau Jumaat.

Atif dah 14 tahun dah tahun ni, Atifah pulak 11 tahun dan Atiqah nak masuk 8 tahun.. korang kira la ya.. masa aku stat blog ni.. Atiqah tu tak da dalam senarai lagi.. itu bermakna blog aku dah lebih 8 tahun.. ok, ni subjek Matematik plak.. contoh soalan KBAT 😍

Esok dah stat musim peperiksaan untuk Sesi Disember 2017..jadi anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Ada nampak mummy happy? Apapun didoakan semua yang terlibat akan berjaya dan berjalan lancar.. InsyaAllah 💪

Nanti kita sembang lagi ya! Idea oh idea.. sila berbuat baik dengan saya ya.. 

Tara ting ke ting!






2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...