Memaparkan catatan dengan label atifah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label atifah. Papar semua catatan

Jumaat, 6 April 2018

Sembang Kencang - Teruk dan buruk

Tempat : Di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari sekolah ke rumah.

Tarikh : 5 April 2018

Masa : Lebih kurang 6.00 petang

Pelakon : Ibu, Tipah & Tiqah

*********************************************************************************

Ibu : Assalamualaikum kakak dan adikk...

Tipah & Tiqah : Waalaikumsalam ibu (hampir serentak)

Tiqah : Ibuu.. Tiqah sedih hari ni.. tadi Tiqah kena marah dengan cikgu sebab Tiqah tak tauuu...

Ibu : Tiqah tak tau apa? tak tau baca ke?

Tiqah : Tiqahkan dah reti baca.. tadi tu Tiqah tak faham makna yang Tiqah baca tu.. Bila cikgu tanya, Tiqah pun jawab la, "Saya tak tau".

Ibu : Ok, nanti ibu nak tengok apa dia yang Tiqah tak faham tu..

Tiqah : Pagi tadi pulak masa kat madrasah baru (transit), Tiqah sedih sebab kawan-kawan main cikgu-cikgu tapi tak bagi Tiqah main sekali.. Tiqah pun nangis senyap-senyap sampai keluar air mata.. Cikgu tanya kenapa Tiqah menangis? Tiqah pun lap air mata Tiqah sampai bersih.. Cikgu pun kata nanti nak kena orang yang buat Tiqah tu..

Ibu : Hmmm.. kesian Tiqah..

Tiqah : Tu la.. hari ni adalah hari yang teruk..

Ibu : Terukkk?

Tiqah : Ya la, pagi Tiqah menangis sebab kawan tak nak bagi main sekali, petang Tiqah sedih kena marah dengan cikgu. 😭😔

Ibu : InsyaAllah semua akan ok. Kena rajin belajar dan banyak baca supaya apa yang dibaca tu Tiqah boleh paham.

Tiqah : Ibu, kadang-kadang Tiqah mimpi buruk..

Ibu : Mimpi buruk? 😨

Tiqah : Tiqah jadi askar, pakai kasut, tudung, stokin, senapang.. pastu naik van nak tembak zombie..

Ibu : Macam maner rupa zombie tu?

Tiqah : Macam-macam, berdarah-darah tapi dah mati.

Ibu : Kalau dah mati, kenapa nak tembak lagi?

Tiqah : yang mati tu orang lain, belum jadi zombie.. kena tembak-tembak banyak kali.. yang mati Kakak Tipah dengan Hakim... tinggal Tiqah dengan Aqil je.. pastu naik kereta laju-laju sebab banyak zombie kejar.. zombie tu kecik je.. kanak-kanak.. pastu ada raksasa besar.. Tiqah tembak banyak kali sampai mati.. .. pastu bawak Kakak Tipah dan Hakim pergi hospital.. tapi Tiqah takut kalau doktor pun dah jadi zombie.. tapi tak jadi sebab doktor ada pistol.. Tiqah cakap terima kasih kat doktor sebab bagi ubat supaya Tiqah ok lepas kena gigit dengan zombie besar.. darah meleleh.. pastu Tiqah pun bukak mata.. Ibu suruh mandi..

Tipah : Seramnya kakak dengar 😱😰😰

Ibu : 😛



Nota :

1.Terhibur mak ko sambil terbayangkan rupa zombie.


2. Adaptasi cerita 'Train to Busan' gaknya.



3. Kalau diasah bakatnya, boleh jadi pelapis Harith Iskandar ni.

4. Terkedu Kakak Tipah kerana wataknya ditamatkan awal 😂





Selasa, 7 April 2015

Usul dan Periksa


Di suatu petang yang damai..

Tipah : Ibu! Tengok la Tiqah ni... dia marah kat Tipah dengan tak tau asal usul..
Ibu : Apa tu? Dengan tak usul periksa kot...
Tipah : Ha ah.. betul... hari tu Tiqah periksa dapat nombor berapa ntah dalam kelas... macam banyak je..
Ibu : Hihihi... lawak la hampa ni..


Image result for peperiksaan




Selasa, 23 Disember 2014

Aktiviti di kala hujan renyai @ Bubblelab


Alhamdulillah.. cuaca kat Penang masih dalam keadaan yang tidak membahayakan. Moga hujan yang turun memberi manfaat kepada semua makhluk.. Sentiasa kita amalkan doa ini dan moga saudara kita di Kelantan, Terengganu dan Pahang dipelihara dari musibah banjir. yang berterusan.



Penang masih sentiasa disimbahi dengan hujan renyai yang tak berhenti.. oleh itu.. matahari pun cam segan nak keluar.. baju di ampaian sudah dua hari tak kering.. moh le kita pegi keringkan.. tiga hari berturut aku jadi pelanggan Bubblelab ni.. self-service laundry.. 24hours operation.. 

Inilah aktiviti dalaman kami di kala hujan :


mak budak ni dok terbongkok-bongkok lipat kain kat hujung sudut tu sementara tunggu satu batch kain dalam dryer.. yang si anak kecil berlari sana-sini atas arahan kakaknya.. dah macam playground la plak..

Soalan penutup.. apa cara anda dalam menangani masalah kain baju yang tak kering ni?
Jawapan penutup... kalau dah hari-hari pergi keringkan kain kat kedai dobi, cam dah boleh beli mesin pengering untuk kegunaan di rumah.. (sendiri tanya sendiri jawab)

p/s: rajin plak aku update blog time hujan-hujan ni.. pasni boleh citer pasal Bubblelab..




Khamis, 16 Oktober 2014

Baik vs Jahat

Tipah : Ibu, betulkan kalau kita buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat?
Ibu : Betulll...
Tipah : Maknanya, kalau orang buat baik kat kita, kita kena buat baik dengan orangkan?
Ibu : Ya..
Tipah : Jadi, orang buat jahat kat kita, kita pun balas jahat jugak ke?
Ibu : Yang tu tak betul..
Tipah : Kenapa? Tadi ibu kata betul!
Ibu : Ya la.. yang tadi tu peringatan untuk semua.. kalau kita buat baik, kita akan dibalas dengan yang baik-baik jugak.. tapi kalau kita buat jahat.. kita akan dibalas dengan yang jahat-jahat jugak.. Kan ibu dah pesan, kalau kita tak suka orang buat sesuatu pada kita, contoh macam ejek-ejek orang.. makanya kita janganlah ejek-ejek orang. Faham kan?
Tipah : Paham.. hehehe





Rabu, 26 Februari 2014

Gigi dan Masak

Di suatu hari yang hening..

Tipah : Ibu, betullah macam ayah cakap kat ibu hari tu. Kalau kita baling gigi kita yang dah tercabut kat atas bumbung rumah, nanti kita pandai masak. Tipahkan pandai masak, ibu pun pandai masak, ayah lagi pandai masak, atuk, nenek, atif, adik sampai sepupu-sepupu Tipah pun pandai masak.

Ibu : Errrr.... kakak pandai masak apa? Ibu macam tak pernah tengok kakak masak.

Tipah : Ha ah la.. Tipah pandai masak apa eh? Hari tu ayah baling gigi Tipah atas bumbung ke ayah tanam kat tanah?

Ibu : Ibu rasa cam ayah tanam la gigi kakak tu..

Tipah : (Terdiam sambil fikir apa ntah.. hahaha)

Ibu : (Gelak sakan dalam hati dan tak sabar nak cerita kat CK... hahahahahahahahha... macam-macam la)




Khamis, 14 November 2013

Tak boleh!

Lokasi : Dalam kereta
Situasi : Ibu sedang memandu kereta dan si anak sedang membelek sebuah bungkusan di tangannya.
Dialog :-

Anak : Ibu, boleh tak Tipah bukak kotak ni.
Ibu : Tak boleh, itu barang kawan ibu..
Anak : Ibu ni kalau Tipah semua tak boleh!
Ibu : Bukan macam tu, tapi kotak ni kawan ibu punya bukan ibu yang punya.
Anak : Cuma satu je yang boleh kan?
Ibu : Apa dia tu?
Anak : Yang boleh tu "jangan mintak apa-apa"..
Ibu : Errrrrrrrrrkkkkkkk..

Kesimpulan : Kata-kata ibu sedang diulang suara oleh si anak.

Moral : Si ibu perlu muhasabah diri.. huhuhuhuhuhu




Sabtu, 12 Januari 2013

Dinosaur

Tipah : Ibu, ingat tak masa kita pegi tengok dinosaur kat jasko hari tu? Jom kita pegi lagi..
Ibu : Dah tak de la.. dinosaur dah balik..
Tipah : Dah balik? Balik kampung ke? Kampung dinosaur kat Kelantan ke Johor?
Ibu : Dia balik Kuala Lumpur..
Tipah : Ooooo.. hari tu kan ada anak dinosaur, ibu dinosaur dengan ayah dinosaur. Mesti anak dinosaur tu dah besar kan, ibu?
Ibu : Ya la kot..
Tipah : Kalau kita jumpa dinosaur tu lagi mesti anak dinosaur tu dah ada adik kan..
Ibu : Tinggi imiginasi kakak.. hmmmm

Jumaat, 12 Oktober 2012

Hantu

Masa : Pukul 11 malam
Lokasi : Di atas tilam

Tipah : Ibu, esok hari apa?
Ibu : Jumaat
Tipah : Oooo... Tipah kena pakai baju sukan kan?
Ibu : Ya.. dah la kakak.. tidur la.. kan dah baca doa tidur tadi..
Tipah : Tipah tak mengantuk la ibu..
Ibu : Ibu letak kakak kat luar nak?
Tipah : Tak nak la.. Tipah takut hantu..
Ibu : La.. mana ada hantu. Kan kita kena takut pada Allah je..
Tipah : Ada hantu la.. hantu bonceng, hantu kak limah balik rumah..
Ibu : Grrrrrrr....




Jumaat, 22 Jun 2012

Masalah

Lokasi - Ruang tamu sebuah rumah di pinggir kampung
Situasi - 2 orang kanak-kanak sedang melukis bersama sambil meniarap.

Tipah : Hangpa tau dak masalah tu apa?
Munif : Masalah tu.. bila ada yang tak kena kan?
Tipah : Masalah tu.. tak dengar cakap..

(Dialog diulang siaran oleh Tipah yang sering didengar dari Ayah.. "Tipah tau tak apa masalah Tipah? Tipah tak dengar cakap" - dialog asal.. he)




Isnin, 23 April 2012

Sama je..

Situasi 1
Lokasi : Di meja makan

Tipah : Ibu, tengok la adik Atiqah ni. Dia naik atas meja. Kacau kakak nak makan.
Ibu : Kakak, dulu akak masa kecik macam adik pun kakak naik atas meja masa ibu nak makan.
Tipah : Ya ke? Atif pulak, masa dia kecik macam adik, dia naik atas meja tak?
Ibu : Semua sama je masa kecik.
Tipah : Ohhh... ibu pun naik atas meja kacau atuk makan ke?
Ibu : Ya la..
Tipah : Atuk dulu pun naik atas meja gak ke kacau nenek?
Ibu : Dah la kak.. makan je la..

Situasi 2

Tipah : Ibu, kenapa atuk panggil Ayah Su tu Akbar?
Ibu : Ayah Su tu kan anak atuk.
Tipah : Kalau kakak dah tua macam atuk, kakak boleh panggil Ayah Su tu Akbar tak?
Ibu : Mana boleh.. Ayah Su tu kan ayah sedara kakak? Kakak tak paham konsep lagi ni. Aishhh..




Khamis, 21 Julai 2011

Duit

Di suatu malam yang hening, ketika si ibu dan si anak daranya menonton televisyen sambil melipat kain. 


Tipah : Ibu.. ibu.. ibu nak tak jajan tu?


Ibu : Nak la.. nak 3.. boleh ke?


Tipah : Boleh.. nanti Tipah belikan.. tapi Tipah tak da duit..


Ibu : La.. kalau Tipah tak ada duit macam mana Tipah nak belikan ibu jajan tu?


Tipah : Nanti Tipah belikan pakai duit ibu tau!


Ibu : Pulakkkk... 

Jumaat, 6 Mei 2011

Kak Limah @ 999

 Situasi - Sedang menonton rancangan 999 di TV3

Tipah : Ibu, kenapa polis tangkap kakak-kakak tu?
Ibu : Sebab kakak-kakak tu pakai seluar pendek dan baju tak de lengan.
Tipah : Ooooo.. Baju kakak tu seksikan. Orang pompuan pakai seluar pendek tu jahat la eh sebab tu polis tangkap. Orang pompuan baik  pakai seluar panjangkan?
Ibu : Bukan jahat.. kan tak elok.. orang Islam mana boleh pakai macam tu.. Allah tak suka.
Tipah : Ibu.. rambut kakak tu macam Kak Limah la.. dia tak sikat rambut..
Ibu : (Hmmmmm.... Ibu bako gak Kak Limah ni..)


Khamis, 21 April 2011

Lagi-lagi Kak Limah!

Di satu petang yang hening, ketika seorang ibu sedang berbual dengan anak daranya, si ibu turut bernyanyi kecil.


Ibu : "How ever you want me, how ever you need me, how.."
Anak Dara : Cikgu ibu ajar ibu nyanyi macam gitu ke?
Ibu : Tak lah..
Anak Dara : Abis tu sapa ibu? Cakaplah..
Ibu : Kak Limah yang ajar.
Anak Dara : Tak la. Kak Limah tak nyanyi lagu tu. Kak Limah nyanyi lagu "enjet-enjet semut".
Ibu : (Hmmmm.. besar betul impak Kak Limah.)

Rabu, 13 April 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Tipah : Ibu.. ibu pandai tak nyanyi lagu "enjet enjet semut"?
Ibu : Mestilah.. dulu atuk selalu nyanyi kat ibu..
Tipah : Ibu nyanyi la.. Tipah tak reti.
Ibu : "Enjet enjet semut, sapa sakit naik atas" (sambil cubit belakang pergelangan tangan)
Tipah : Bukan macam tu la ibu. Kak Limah tak buat pun macam tu!
Ibu : (bertuah ko Kak Limah.. hehehe)

Sabtu, 26 Februari 2011

Selepas 4 tahun...

gambar dirakam selepas 4 jam dilahirkan..

yang ni pulak selepas 4 tahun.. kiranya selimut tu dah diturunkan ke adik tapi si kakak masih suka nak pakai.. usia selimut adalah 7 tahun.. yang paling untung adalah Atif sebab dia yang dapat rasmikan.. hehehe.. aku ni jimat @ kedekut?

Sabtu, 22 Januari 2011

Dialog Minggu Ini

Di satu pagi Thaipusam 2011 yang hening, seorang pakcik telah dijemput untuk install program ke dalam ipad yang baru dibeli oleh CK.. maka terjadilah dialog seperti di bawah:

Pakcik F: Adik... jangan main komputer tu.. tu bukannya permainan. Kalau rosak nanti macam mana mama adik nak buat kerja sekolah. Tak boleh dah nak taip-taip.

Tipah : Tipah tak da mama. Tipah ada ibu je.

Ibu : (sel-sel otak Tipah tengah berhubung atau bercantum? hahaha)


Isnin, 22 November 2010

Cuba Teka

Hahaha.. meh uol try teka bilakah hari kejadian yang sebenar?

Dialog 1
Cik Tipah : Ibu, nak pakai baju tido ke baju jalan?

Ibu: Baju tido la.. kan dah nak malam ni..

Cik Tipah : Pakai baju jalan la ibu... ayah kata nak pegi jasko besok semalam tuu..

Dialog 2

Cik Tipah : Ibu!! Tengok Atif tu!

Ibu : Kenapa?

Cik Tipah : Dia cubit Tipah tadi semalam..

Dialog 3

Cik Tipah : Ibu sembahyang apa?

Ibu : Sembahyang Isyak.

Cik Tipah : Tipah pun nak sembahyang jugak nanti semalam.

Moral : Waktu semalam boleh digandingkan dengan banyak waktu.



Jumaat, 24 September 2010

"Baju Kulung vs Baju Mayu"

"Ibu, teacher kata.. besok budak pompuan kena pakai baju kulung. Budak laki pakai baju mayu"..

kulung = kurung
mayu = melayu

Dialog di atas adalah peringatan sempena sambutan hari raya di taska cik tipah.

Ahad, 19 September 2010

Sketsa Di Cameron Highland

Bulan Jun yang lepas aku joint family gathering kat Cameron Highland.. weol spend 4hari 3malam kat situ.. sewa sebuah apartment 3bilik yg fully furnished.. yg bestnya tu.. hari2 beli sayur n terus masak tanpa membuang masa lagi.. cukup puas hati la.. mana taknya.. dpt makan sayur mahal yg fresh cam brocoli, asparagus, bunga kobis dll tapi harganya murah biler beli kt CH tu...
Sangat seronok biler dpt berkumpul dgn adik-beradik n ipar duai n anak buah n bonda tercinta.. dan yang penting dapat menggembirakan hati bonda yang lara.. next plan mungkin weol nak terjah Kelantan plak.. InsyaAllah
Dan... antara yang paling gembira biler bercuti kat CH adalah cik tipah a.k.a atifah sebab dapat beli payung kecik kaler pepel (feberet kaler dia) n nyanyi ala-ala Kak Ros dalam citer Geng: Pengembaraan Bermula..
"oyang berbudi.. kiter belaca"..

lirik yg betul.. orang berbudi kita berbahasa..

haha.. lebih kurang la kan.. hai anak.. anak..

kelihatan cik tipah sedang goyang2 payung sambil mengulang lirik seperti di atas berkali2.. tengah bayangkan diri macam Kak Ros gaknya..

Rabu, 17 Februari 2010

Iklan - Pelembab Bibir

Meh kita relek jap.. sekarang ni kat Pulau Pinang cuaca boleh dikatakan panas siang dan malam.. dinasihatkan banyak minum air masak bagi mengelakkan kekeringan badan dan demam.. dan lagi.. kalau bibir kering.. boleh la guna produk kat bawah ni.. ni antara barangan yang aku bawak ke tanah suci sebab cuaca kat sana kan panas kering..

Pelembab bibir ni kena pakai time nak tido.. supaya lebih berkesan..

model cilik tengah memakai pelembab bibir sementara bersiap-siap nak tido..

taaaraaaaa.... hasilnya.. dan boleh la kita tido dalam senyuman.. hehe..




2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...