Situasi 1
Lokasi : Di meja makan
Tipah : Ibu, tengok la adik Atiqah ni. Dia naik atas meja. Kacau kakak nak makan.
Ibu : Kakak, dulu akak masa kecik macam adik pun kakak naik atas meja masa ibu nak makan.
Tipah : Ya ke? Atif pulak, masa dia kecik macam adik, dia naik atas meja tak?
Ibu : Semua sama je masa kecik.
Tipah : Ohhh... ibu pun naik atas meja kacau atuk makan ke?
Ibu : Ya la..
Tipah : Atuk dulu pun naik atas meja gak ke kacau nenek?
Ibu : Dah la kak.. makan je la..
Situasi 2
Tipah : Ibu, kenapa atuk panggil Ayah Su tu Akbar?
Ibu : Ayah Su tu kan anak atuk.
Tipah : Kalau kakak dah tua macam atuk, kakak boleh panggil Ayah Su tu Akbar tak?
Ibu : Mana boleh.. Ayah Su tu kan ayah sedara kakak? Kakak tak paham konsep lagi ni. Aishhh..
Isnin, 23 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
-
Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah) haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah dite...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan