Memaparkan catatan dengan label citer pasal opis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label citer pasal opis. Papar semua catatan

Khamis, 29 November 2018

Phewww!!! (Tips Persediaan Belajar)


Alhamdulillah... masih boleh dibuka lagi blog ni... masih boleh ingat lagi 'password'nya.. sebelum ni lama tak update tapi masih gak aku datang bertandang bertanya khabar.. ni dah lama tak bertandang, nyaris lupa alamat rumah sendiri... hahaha

Bila mana aku tiada idea nak menulis itu bermakna aku kurang membaca sebabnya tak ada intipati nak disembangkan.. istilah sekarang 'nak dibawangkan'.. aku pun tak pasti bawang apa.. bawang putih ke, bawang merah ke, bawang holland ke? kalau CK dia guna semua bawang tu,, ikut jenis masakan la.. kalau nak masak daging goreng sedap guna bawang holland + capsicum.. tapi boleh je bawang yang lain, ikut apa yang ada la.. tak de bawang pun ok.. cepat sikit siap masak sebab tak de aktiviti membawang.. 😁

Hari ni hingga Isnin depan aku cuti.. selain untuk berehat di rumah bersama anak-anak, nak mengemas rumah extra sikit.. kemudian nak ber'get away' dalam Malaysia.. macam-macam rancangannya.. mudahan menjadi dan menjadi-jadi la hendaknya 😀😀

Alhamdulillah, markah pelajar pun dah siap diproses.. depa boleh tengok atas talian nanti.. 1/12/2018 keputusan rasmi akan dipaparkan.. hampa berdebaq, kami lega sebab dah settle kerja.. maksudnya situasi yang sama tetapi perasaan berbeza... gituuuu.. 

Minggu depan semester baru akan bermula.. oh! Perasaanku bercampur baur.. rasa letih tak hilang lagi.. bila ingatkan balik.. dulu aku yang tergedik-gedik nak kerja ni, terus terubat keletihanku.. 😍

Oleh kerana semester baru dah nak mula, hampa kena ready peralatan belajar termasuk la buku teks.. antaranya buku 'Business Mathematics'.. ni yang terkini.. Edisi ke3



Apa? Macam mana nak dapatkan? Kalau anda di Politeknik Seberang Perai, boleh order direct dengan aku.. tak pun boleh dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran dengan anda.. InsyaAllah ada

Apa lagi, dah tau tips dari aku, cepat la bertindak.. 😆
Errrr... calculator pun kena ada juga ya 😉

Senang cerita, meh aku senaraikan apa yang perlu ada kalau anda nak masuk kelas Business Mathematics aku :

1. Tunjukkan kesediaan anda untuk belajar - senyum, relax, sediakan telinga, tutup mulut, pandang ke arah pensyarah
2. Letakkan alat tulis di atas meja - calculator, buku tulis @ beberapa helai kertas kajang, pen
3. Letakkan buku teks seperti gambar di atas tuuuu di atas meja anda
4. Course outline - yang ni boleh dicetak dari CIDOS ya 
5. Dengar dengan tawajuh & sila respons sekiranya diminta berbuat demikian 😃

Cuba apply tips di atas di semua kelas (tapi buku tu yang berubah ikut subjek 😊)..  insyaAllah akan mendapat berkat belajar kerana dapat redha dari guru.. Cubalah!










Selasa, 17 Oktober 2017

Peristiwa Hari Ini 171017


Assalamualaikum semua
Salam Selasa sempena esok kita bercuti
Rasa janggal juga nak menulis sebab lama terhenti
Janji nak sambung cerita hari raya AidilFitri namun janji dicapati
raya Aidil Adha sudah pun berlalu namun cerita masih belum basi.. hihi
Aku perlukan motivasi 
untuk terus berkongsi
dengan kamu apa yang boleh dikongsi

Oleh itu, kita cerita la peristiwa yang masih segar di hati
yang baru selesai saja petang tadi

Hari ini aku mendapat ilmu baru.. hohoho.. betul la.. bila kita belajar rupanya banyak benda yang kita tak tahu walaupun ianya di depan mata..
Aku dah kenal dengan Microsoft Word ni sejak tahun 1996 lagi.. namun rupanya aku masih di takuk 5% yang guna manual tuuuu... namun aku percaya ianya masih belum terlambat untuk aku terus meneroka Ms Word.. aku malu dengan diriku sendiri.. 

Secara ringkasnya, hari ni aku belajar 'Ms Word for Thesis Writing'.. teruja dan sangat bermanfaat.. InsyaAllah akan terus digunapakai supaya tidak lupa dan melekat di ingatan.. (sebelum ni menulis untuk buku teks aku masih gunakan cara yang 'old school' tu.. huhu)

Penceramah jemputan adalah dari UiTm Pulau Pinang, Encik Saifulnizam bin Abu Bakar.. sangat tinggi ilmunya.. Anda boleh undang beliau ke tempat anda sekiranya ingin belajar lebih mendalam lagi mengenai Ms Word.

Jangan jadi seperti aku, jadi katak di bawah tempurung.
Selepas kursus tadi, baru rasa yang sekarang ni duduk dalam tempurung kaca.. hehehe.. 'upgrade' sikit tempurung tu..



Boleh teka kot penceramah yang mana satu kan?

 



Khamis, 1 Disember 2016

Contoh amal tanpa ilmu!


Assalamualaikum..

Hari ni tergodek-godek blog aku yang terbiar sepi.
Kemaskan sikit sawang yang ada.
Edit settings.
Baru ku tahu kenapa signature tak keluar hari tu.. hahahahaha.. itulah kesan bila ingin berblog tetapi kurang ilmu dalam teknologi.. dah tak bertanya.. maka sesat la ko di dalam hutan belantara. 

Ok.. sekarang sudah kembali ke pangkal jalan.. 
Hasil godekan berjaya.
Moralnya, bacalah apa yang telah dipaparkan di depan mata.
Bukan asyik klik 'ignore' je.
hahahahaha... padan muka aku.

Minggu ni dah bermula semester baru... 
Baru je habis semester, dah mula semester baru.
Mari kita berlapang dada.
Curahkan ilmu.
Sebabnya, dulu aku juga yang sibuk cari kerja.
Syukur banyak, Allah akan tambah lagi nikmat. InsyaAllah.


Calculator dah habis bateri. 
Hmmmm... nak beli bateri saja ke atau kita beli calculator yang baru?
 Ini contoh soalan kemahiran berfikir aras sederhana.
Sila buat pilihan anda beserta alasan.

Jumpa lagi!







Sabtu, 10 Oktober 2015

Selamat Menghadapi Peperiksaan bagi Sesi Jun 2015

Alhamdulillah.. atas banyak perkara.. sangat banyak kalau nak disenaraikan.. memang betul.. apa lagi nikmat Tuhanmu yang hendak engkau dustakan? Sudah Oktober rupanya.. terjaga setelah September berlalu pergi.. maksudnya.. musim peperiksaan akhir semester datang lagi! Selamat maju jaya semua!

Image result for peperiksaan



Image result for peperiksaan


Image result for peperiksaan

Image result for peperiksaan

Image result for peperiksaan



Rabu, 23 Januari 2013

Rabu, 17 Oktober 2012

Blog baru untuk dibaca


Tempoh hari, (berapa haribulan dah tak ingat.. tanda-tanda penuaan tu).. aku dan kawan-kawan menghadiri satu bengkel penulisan artikel atau lebih maklum lagi adalah penulisan ilmiah. Penceramah dijemput dari USM iaitu Dr. Fadzila Azni di mana beliau pernah memenangi Thesis Terbaik sewaktu menuntut di peringkat sarjana dulu. Aku suka dengan cara penyampaian beliau yang lembut dan penuh berilmu. Antara cadangan beliau, untuk mula menulis, kita boleh mulakan dengan menulis di blog. (Wah! Langkah pertama aku sudah ada.He.. langkah seterusnya?). Aku setuju tu.. hmmmmmm.. imbas kembali sambil bermuhasabah diri.. aku mula berblog dari tahun 2009 lagi.. hampir 3 tahun dah... nampaknya kena tajamkan lagi kemahiran menulis. Kena banyak membaca supaya lebih ada banyak ilmu untuk diketahui, dikongsi dan diamalkan. Apa yang penting di sini, kena ada 'product knowledge' supaya kita boleh banyak idea untuk mengamalkannya, menulis, mengulas dan mememememememe lagi.

Alhamdulillah, beberapa kawan aku telah menyahut cabaran untuk menulis di blog. Moga ia menjadi perangsang untuk kami terus menulis. Jom kita belek blog mereka. Antaranya:

http://ikhlasoya.blogspot.com

Comel pulak bila tengok blog yang polos.. tak serabut mata..

ada satu lagi..

http://ajourneyofsue.blogspot.com

Berbakat rupanya kawan-kawan aku ni. Teruskan usaha murni kalian.

Akhir nota, sebab tu la kita kena rajin pergi ke majlis ilmu (contoh: taklim masturat) supaya kita dapat ilmu (contoh: kelebihan menghadiri majlis ilmu itu sendiri - Allah ampunkan dosa para peserta dan ibu bapanya di mana malaikat turut mendoakan mereka) dan kita akan rasa ghairah untuk beramal.

Wallahu'alam.






Isnin, 11 Jun 2012

Tensi

Lama aku tak menulis. Sebenarnya banyak yang nak dikongsi, tapi kadang-kadang rasa macam tak sesuai untuk dimasukkan dalam blog, kadang-kadang rasa takut jadi isu sensitif, kadang-kadang rasa diri macam tak cukup ilmu nak berhujah dan macam-macam rasa lagi. Bila sudah banyak sangat kadang-kadang rasa, terus aku tak tau nak tulis apa. He.

Kali ni aku nak berkongsi satu sketsa yang berlaku kepada aku baru-baru ni. Sama-sama kita hayati.

Soalan:
"Kak, kenapa saya kena ajar lagi subjek Company Law tu? Saya rasa sangat tensi la sebab saya kurang mahir subjek tu dan tak tau nak pelbagaikan pedagogi. Bukan ke saya dah bagitau pihak jadual waktu supaya jangan beri saya subjek tu..keee.. diorang memang saja nak pedajal saya? Yang saya pelik tu.. diorang kata.. pensyarah lebih berbanding dengan subjek yang ditawarkan.. Bila saya kata lagi mintak tukar dengan subjek lain.. diorang kata.. Awak cari la pensyarah ganti untuk Company Law tu.. Pulakkkk.. siapa saya yang nak cari ganti? Tak boleh ke buat 'team-teaching'? Kurang-kurang boleh la berkongsi tensi tu.. Apa pandangan akak?"

Cadangan Penyelesaian:
"Adik, tak bagus bersangka buruk. Berdosa kita tau. Diorang tu menjalankan tugas diorang. Cuba kalau kita yang berada di tempat diorang tu, tak tau macam mana pulak yang kita buat. Cuba berfikiran positif dan jangan berfikiran negatif. Kita anggap orang nak pedajal kita tetapi sebenarnya musuh kita adalah diri kita sendiri. Adik lapangkan dada. Terima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah. Mengadu pada Allah. Allah akan bagi ilham. Kadang-kadang apa yang kita tak suka itulah yang baik bagi kita. Mana tau lepas ni adik nak bukak syarikat, adik dah tau undang-undangnya. Anggap je tu semua sebagai ilmu baru untuk kita dan moga dapat dimanfaatkan oleh kita dan juga pelajar kita."

Itulah soalan dan jawapan yang berlegar-legar dalam diri aku sendiri. Moga Allah mengampuni dosa-dosaku dan mereka juga. Amin.

Oleh itu, mari kita baca Surah Alam Nasyrah. Moga Allah beri kemudahan kepada kita. InsyaAllah.


bismillah calligraphy 1

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ 
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ       
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu?

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
dan kami tinggikan sebutan namamu

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
 
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَب 
maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu uruusan),
kerjakanlah dengan sunguh-sungguh urusan yang lain

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


Khamis, 16 Februari 2012

Mabruk!!

Syukur Alhamdulillah, buat rakan-rakan penyandang baru DH44 di seluruh Malaysia,




p/s: Jangan lupa sujud syukur ya.. he.. bagi yang tidak berjaya untuk kali ini, yakinlah akan rezeki Allah itu ada dalam pelbagai bentuk, cara, jalan dan sebagainya. Ada hikmah di sebalik ketentuan Allah. Jangan putus asa. Cuba lagi di masa hadapan. InsyaAllah.

Selasa, 29 November 2011

Apa Jawapan Anda?

Matapelajaran : Malaysian Taxation 1

Soalan :
Explain responsibilities of individual taxpayers. (4 marks)

Jawapan mengikut skima:
1. Give full information regarding their income.
2. Submit their returns to the Inland Revenue Board (IRB) within 30 days after receiving the return forms.
3. Inform the Inland Revenue Board (IRB) new address if the taxpayer has moved or transferred to a new place. This must be done within three months of the change address.
4. Pay the income tax within the time given.

Jawapan yang ditulis di buku skrip jawapan:
Semua orang mesti kena bayar responsibilities of individual taxpayers. Kalau pendapatan tinggi, wajib kena potong cukai dalam seseorang pekerja. Semasa mempakai kereta juga wajib kena bayar cukai dekat tol. Mereka akan kutip duit ini dekat pemandu. Ini adalah undang-undang cukai.

Jawapan pemeriksa skrip jawapan :
Sedihnya. Aku tidak pandai mengajar agaknya sebab itu yang mereka faham.

Jawapan anda pula?


Rabu, 16 November 2011

Tugas hari ini

Tengah jaga peksa kat jabatan kejiranan. Ada bagusnya bila merentas jabatan. Luas pemandangan banyak pengalaman bertambah kenalan. Ngantuk? Sudah semestinya. He.


Isnin, 22 Ogos 2011

TIDAK!



Kadang-kadang kita perlu mengatakan "TIDAK" andai tidak mampu untuk melunasi tugasan yang di luar bidang kemahiran kita.

Sebagai contoh, aku diminta untuk menggubal soalan sebanyak 2 set (1 set = 25 soalan objektif + 3 soalan esei) bagi kursus yang tidak pernah aku ajari. Sebelum mengatakan "TIDAK", aku mohon sungguh-sungguh petunjuk Allah agar diberi kekuatan dan kelapangan fikiran serta curahan idea bagi menghasilkan soalan-soalan yang menepati sukatan pelajaran. Setelah berhempas pulas, hanya satu set sahaja berjaya disiapkan dan aku memohon maaf kerana tidak mampu untuk menyiapkan satu set lagi.

Maaf ya Puan KP dan Puan Penyelaras Peperiksaan..



Selasa, 19 April 2011

Tahniah Buatmu Sahabat!

Jumaat ini (22April2011), ada beberapa rakan di PSP yang akan meninggalkan kami demi tuntutan tugas di tempat baru. Moga Allah merahmati kalian walau di mana kalian berada. We're gonna miss u!! 

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang  mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati



Rabu, 6 April 2011

TAHNIAH!


TAHNIAH KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN DI SELURUH MALAYSIA YANG BERJAYA MENDAPAT TAWARAN KE DH44.. MOGA KITA MENJADI HAMBA ALLAH YANG SENTIASA BERSYUKUR DI ATAS KURNIAANNYA DAN SENTIASA MEMBERI MANFAAT KEPADA INSAN LAIN. INSYAALLAH  & ALHAMDULILLAH..


KEPADA RAKAN YANG MENDAPAT PENEMPATAN BARU, SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU. JANGAN SUSAH HATI YA. YAKINLAH.. KADANG-KADANG APA YANG TIDAK KAMU SUKAI ITU ADALAH YANG TERBAIK BUAT KAMU. ITU JANJI ALLAH. 


KEPADA YANG TIDAK BERJAYA, CUBA LAGI. INSYAALLAH AKAN SAMPAI JUA MASA UNTUK ANDA.

WELCOME TO DH44 WORLD!

Jumaat, 25 Februari 2011

Suatu Masa Dulu


Ye.. Tuan Jalaluddin Hassan dan isteri datang ke jamuan pra-graduan kami tahun lepas. Tarikh sebenar aku dah tak ingat. Beliau datang untuk sama-sama meraikan anaknya yang dijangka akan tamat pengajian masa tu. Aku kagum dengan beliau sebab sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama anaknya walaupun beliau begitu sibuk (dan aku pun sibuk nak tumpang bergambar). Beliau minta diberi peluang untuk mendendangkan 2 buah lagu malam tu.. kitorang ok je asal tak dikenakan sebarang bayaran. Kiranya malam tu beliau turut jadi pengacara majlis. Suara beliau memang sedap. Anugerah Allah. Apa yang aku ingat.. beliau kata semua ibu bapa patut hadir pada malam tu untuk bersama anak-anak mereka dan aku pun menjawab dalam hatiku saja.. "Ibu bapa patut datang time konvokesyen je, bukan malam pra graduan.. diorang ni belum pasti tamat belajar semester ni".. hehehe, jawab dalam hati je tau..

Khamis, 27 Januari 2011

Kenang-kenangan dari Kota Singa

Tempoh hari aku dapat satu souvenier yang sangat bermanfaat dari Ketua Jabatan aku. Dengarnya beliau menziarahi Singapura dan yang bestnya adalah ingatan untuk aku kan... Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak Boss. Kiranya kalau bawak pergi masjid bagus untuk tengok ada tak rambut terkeluar dari telekung.


Taraaaaa.... inilah barangan tu.... cantik kan? 



Cermin muka.. sesuai dibawa ke mana-mana.. best sangat.. tapi yang tak bestnya.........

Cik Tipah dah declare ini cermin dia yang punya... uwaaaaaa!!!

Rabu, 19 Januari 2011

Al-Fatihah buat Nor Ain

Akhirnya Nor Ain pergi mengadap Penciptanya pagi tadi. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua la kita kembali. Al-Fatihah buat Nor Ain. Mudahan Allah tempatkan beliau di samping roh orang-orang beriman, dipelihara dari azab kubur dan azab api neraka. Amin.

Selasa, 18 Januari 2011

Moga Cepat Sembuh - Nor Ain

Tengahari tadi aku dan rakan-rakan seopis melawat student kami yang dimasukkan ke ICU, Hospital Seberang Jaya. Sedihnya! Mudahan Allah sembuhkan penyakitnya dan dapat bersama-sama rakan menghabiskan pengajiannya yang kini sudah di semester akhir. Beliau dimasukkan ke hospital sejak 4Januari lagi dan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau dikesan menghidap TIBI.

Waktu kami di sana tadi, doktor yang merawat memberitahu yang beliau sudah di tahap kritikal tetapi doktor masih berusaha sehabis daya. Susu yang diberi sudah diberhentikan dan dimasukkan 4 jenis ubat ke jantungnya bagi melawan virus. Organ badan sudah tidak berfungsi. Bantuan oksigen dibekalkan sebagai penyambung hayat. Ya Allah! Luluh hati aku mendengarnya. Apatah lagi si ibu yang mengandungkannya. Student tu mempunyai 8 beradik dan baru kehilangan ayah setahun yang lepas. Moga si ibu tabah dengan dugaan ini.

Buat semua readers.. marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat student aku ni.. NOR AIN BT ABDUL MANAN.. mudahan Allah sembuhkan penyakitnya. Doa kita sebagai mukmin adalah senjata yang sangat ampuh dan penawar yang tidak ada tolok bandingnya. Amin. Terima kasih atas doa korang ya!


Khamis, 13 Januari 2011

Kenangan Terindah

Alhamdulillah.. kawan-kawan juga adalah anugerah dan amanah Allah kepada kita.. kita akan lebih rapat dan faham mereka selepas kita bermusafir bersama. Moga dapat berkumpul lagi seperti ini:


Dari kiri: Hajjah Danizah (sangat pemurah dengan ilmu dan tengah sambung belajar ke peringkat PhD.. tunggu giliran aku pula ya..), aku si tuan tanah dan Hajjah Azizah @ Achique (selalu menghulurkan bantuan dan ilmu).


Jumaat, 7 Januari 2011

KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Aku baru dapat surat dari pihak atasan yang minta kami di pihak bawahan memikirkan program untuk kebolehpasaran graduan untuk tahun 2011 ini. Masa mula-mula baca surat arahan tu, aku tertanya-tanya la kan, program ni nanti kita nak buat di politeknik atau di pasar? Hehehe.. saja berkata dengan diri sendiri je. pening gak kepala nak pikir tapi kita kena la ajak rakan taulan berbincang sekali kan.. so.. Alhamdulillah.. ada la program yang kami rancangkan yang kami rasa sangat sesuai untuk pelajar semester akhir (yang kami rasa.. yang pihak atasan rasa kami tak tahu.. kadang-kadang kita rasa ianya sudah sangat bagus tapi pihak atasan kata kurang bagus plak.. so sangat kurang bagus la nampaknya..)

Apa yang bermain-main di fikiranku ini.. kita terlalu sibuk memikirkan kebolehpasaran graduan ni tapi kita kurang ambil berat tentang kebolehmatian graduan tu.. maksudnya matlamat kita dihidupkan di dunia dan tanggungjawab sebagai khalifah.. berat sungguh bahu memikul ni.. Kalau kita baca keratan-keratan akhbar pasal graduan ni.. rata-rata mengatakan yang graduan kita tidak menunjukkan penampilan yang baik, kurang mahir berbahasa Inggeris, kurang bagus dari segi interpersonal dan intrapersonal dan macam-macam lagi yang mana lebih banyak menyentuh tentang sikap (attitude). Disebabkan perkara-perkara tersebut maka graduan kita tidak diambil bekerja atau dengan kata lain diri mereka tidak boleh dipasarkan (kadang-kadang sebenarnya graduan ni dah ada pasaran mereka sendiri..). Sehubungan dengan itu, kurikulum diubah supaya graduan tidak menganggur selepas tamat pengajian yang antaranya adalah dengan membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar, pembelajaran berpusatkan pelajar dan macam-macam lagi yang menggalakkan penglibatan pelajar.

Apa yang membuat aku terfikir.. kenapa kita tak mahu membudayakan Al-Quran dan sunnah dalam kurikulum kita? InsyaAllah banyak masalah boleh selesai. Percaya dan yakinlah.

Sambung lagi nanti..

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...