Apa yang bermain-main di fikiranku ini.. kita terlalu sibuk memikirkan kebolehpasaran graduan ni tapi kita kurang ambil berat tentang kebolehmatian graduan tu.. maksudnya matlamat kita dihidupkan di dunia dan tanggungjawab sebagai khalifah.. berat sungguh bahu memikul ni.. Kalau kita baca keratan-keratan akhbar pasal graduan ni.. rata-rata mengatakan yang graduan kita tidak menunjukkan penampilan yang baik, kurang mahir berbahasa Inggeris, kurang bagus dari segi interpersonal dan intrapersonal dan macam-macam lagi yang mana lebih banyak menyentuh tentang sikap (attitude). Disebabkan perkara-perkara tersebut maka graduan kita tidak diambil bekerja atau dengan kata lain diri mereka tidak boleh dipasarkan (kadang-kadang sebenarnya graduan ni dah ada pasaran mereka sendiri..). Sehubungan dengan itu, kurikulum diubah supaya graduan tidak menganggur selepas tamat pengajian yang antaranya adalah dengan membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar, pembelajaran berpusatkan pelajar dan macam-macam lagi yang menggalakkan penglibatan pelajar.
Apa yang membuat aku terfikir.. kenapa kita tak mahu membudayakan Al-Quran dan sunnah dalam kurikulum kita? InsyaAllah banyak masalah boleh selesai. Percaya dan yakinlah.
Sambung lagi nanti..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan