Singgah Jap

Ahad, 2 Januari 2011

Episod Baru Atif

Alhamdulillah.. tahun 2011 ni Atif melangkah ke Darjah 1. Dia relek je. Aku yang over suspen. Masa beli uniform sekolah dia aku rasa sebak. Masa aku sampulkan buku-buku sekolah dia aku rasa terharu. Besar dah Atif rupanya. Esok bermulalah episod baru Atif (dan aku juga!). Banyak perancangan perlu dibuat. Dah tak boleh cuti ikut suka kami. Kena korban lagi tinggi.

InsyaAllah Atif akan mula bersekolah di Madrasah Al-Aminiah di Permatang Nibong. Tahun 1 dah kena belajar banyak subjek antaranya Sirah Rasulullah S.A.W, Tajwid, Asas Ulum Syariah (Ibadat), Asas Ulum Syariah (Akidah), Kem Bestari Solat, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Akhlak Islamiah dan Asas Tilawah Al-Quran. Bila aku belek-belek buku-buku dia macam best je kalau aku dapat masukkan dalam blog ni. Buat kelas tutorial secara maya. Meh kita belajar bersama-sama Atif!


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails