Aku terpanggil nak menulis pasal minda kelas pertama ni apabila kebolehpasaran graduan menjadi agenda utama di tempat aku sekarang. Hmmmm.. sikap seseorang adalah melambangkan mindanya.. jadinya kalau kita nak memasarkan graduan.. minda mereka perlulah di kelas pertama.
Minda kelas pertama ni adalah merujuk kepada elemen-elemen positif yang merangkumi sikap terhadap diri sendiri, tugas yang diamanahkan, masyarakat sekitar dan lain-lain. Jadinya.. sikap positif adalah perkara utama. Minda kelas ketiga pula merujuk kepada elemen-elemen negatif.
Bila aku surf pasal minda kelas pertama ni.. aku sangat sokong bila ada cadangan bahawa pembentukan minda ni perlulah merujuk kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. kerana ia mempunyai segala formula terbaik untuk ummah. Setiap perbuatan perlu dimulakan dengan niat yang betul dan ikhlas. Tidak perlu menunjuk-nunjuk kerana Allah lebih tahu isi di dalam hati kita. Oleh itu, dalam pembentukan minda kelas pertama ianya perlu mendapat perhatian semua pihak terutama ibu bapa kerana ibu bapa yang banyak mempengaruhi pembentukan peribadi anak-anak.
Malangnya, masyarakat kita diajar untuk tidak menghargai dan mensyukuri apa yang ada pada diri sendiri. Contohnya: Iklan pemutih wajah. Orang lelaki tidak memandang kepada perempuan berkulit gelap dan akan terpesona dengan perempuan yang berkulit putih tanpa menilai hati budi mereka. Maka, orang perempuan akan berlumba-lumba untuk memutihkan kulit mereka dengan harapan akan menarik minat kaum lelaki tanpa menghiraukan kesan dan akibat dari pemutihan tersebut walaupun sudah banyak kes yang dilaporkan. (Dulu-dulu aku rasa macam nak saman je penerbit iklan tu.. hehe).
Cerita tahyul dan seram turut ditayangkan secara berleluasa hingga rakyat lebih takutkan hantu berbanding Allah. Kebanyakan cerita tahyul dan seram tersebut banyak yang boleh memesongkan akidah dan sangat tidak sesuai untuk tontonan anak-anak pelapis muda. Dialog yang diperdengarkan banyak menidakkan kekuasaan Allah yang mana seolah-olah makhluk lebih berkuasa dan tiada tuhan yang mengatur alam ini. Contoh: "Dengan kuasa yang ada pada beta, .........". Para pengusaha filem dan drama pun berpuas hati dengan sambutan yang diberikan yang mana memberi suntikan semangat untuk mereka menghasilkan lebih banyak karya berbentuk tahyul dan seram. Itukah agenda pembentukan minda pertama?
Anak-anak permata hati diasuh dan diajar meningkatkan keyakinan diri dan keberanian dengan mengadakan konsert besar-besaran. Inilah anak-anak pewaris bangsa dan penyelamat negara. Betul ke?
Banyak majlis penganugerahan berprestij (??) yang menampilkan pesertanya dengan pakaian yang menjolok dan mencucuk mata. Semuanya seperti sudah diterima sebagai kebiasaan dan tidak bersalahan. Kita tidak boleh bersuara untuk menentang kononnya kita kolot dan tidak moden. Adakah moden itu perlu walaupun masih tidak bertamadun (seperti di zaman batu)?
Kesimpulannya, kanak-kanak sekarang banyak didedahkan dengan sikap-sikap minda kelas ketiga tetapi diminta untuk berfikiran minda kelas pertama. Marilah sama-sama kita fikir risaukan dan berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin.
Dunia sudah sangat hampir ke penghujungnya. Tauke facebook pun dah surrender. Sudah tak hirau kekayaan yang ada kerana jiwanya tidak tenang. Apa pula tindakan kita? Yakinlah bahawa rezeki kita adalah dari Allah dan bukan dari makhluk.
Nota: Macam mana pula dengan minda kelas kedua?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
-
Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah) haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah dite...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan