Singgah Jap

Isnin, 31 Ogos 2009

Menganiaya atau Teraniaya?

Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah)

haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah diterangkan banyak kali pun masih "tak reti2 bahasa" lagi.. sbb tu kita kena banyak belajar dan bersabar.. mohon kefahaman dr Allah..

ok.. tak reti2 bahasa pun membawa pelbagai maksud gak.. antaranya.. 1. tak paham2 apa yg org lain maksudkan.. 2. memang tak paham apa makna perkataan tersebut.. 3. cari la maknanya kt kamus2 ya.. ada kamus pelajar.. ada kamus dewan edisi 3, 4 dll.. boley la rujuk dan cari lain2 perkataan yg korang tak paham..

baiklah.. sekarang kita teruskan pembelajaran kita..

tajuk entry kali ni adalah dipilih dr kata dasar "aniaya".. yg bermaksud :

"perbuatan yg dilakukan supaya org lain menderita - melarat, sakit dsb (Allah mengutuk sesiapa yg berbuat aniaya sesama makhluk)."

biler kita tambah pula imbuhan (pengapitan) di depan kata dasar seperti 'meng', 'ter', 'peng' dan ''peng - an'.. maka perimaknanya turut berubah:

1. menganiaya - melakukan sesuatu supaya org lain menderita, terseksa dgn tidak semena2.

2. teraniaya - diperlakukan dengan sengaja atau tidak sengaja sehingga menanggung derita.

3. penganiaya - orang yg menganiaya.

4. penganiayaan - perbuatan menganiaya atau penyeksaan.

Dahsyatkan kesan "aniaya" ni.. tp yg paling dahsyat adalah kerana penganiaya akan mendapat kutukan drp Allah akibat penganiayaannya.

Bgmana pulak kalau dilakukan dgn tidak sengaja? Maksudnya.. bukan niat nak "menganiaya" org lain? tp kesan dr kesilapan yg kita tidak sangkakan rupanya kwn kita rasa jd "teraniaya".. wpun kita dah berusaha menebus kesalahan dgn memperbetulkan apa yg silap - mengadap bos besar dan mengaku kesilapan serta meminta maaf.. adakah masih dianggap sebagai penganiaya? Mohon pandangan pembaca sekalian ya..

Saudara-saudaraku,
suka aku ingatkan diriku jua dirimu
usah jadikan setiap masalah sebagai penyakit
jadikanlah ia sebagai kematangan diri
setiap penyakit ada penawarnya (kecuali mati)
begitu juga masalah
aku bersyukur dipertemukan dgnmu
banyak yg aku pelajari dri persahabatan ini
terima kasih atas huluran pengorbanan dan usaha untuk mengindahkan sebuah ukhwah
aku sgt berharap agar ianya berkekalan
bukan hari ini maupun esok
apatah lg hati manusia sering berubah
semua itu terjawab pd diri masing2
hatimu merupakan raja dalam dirimu
ingatlah..
Allah menjadikan semua kejadian dgn sempurna
Allah Maha Adil
meskipun yg baik dan buruk itu juga drp Allah
mungkin ada kesilapan yg kita lakukan Allah beri petunjuk
ada hikmah di sebalik kejadian..
carilah hikmahnya..

Baiklah.. cukup pembelajaran kita kali ini.. InsyaAllah.. di lain entry kita belajar yg lain pulak ya.. Wassalam.. (tutup majlis dgn tasbih kifarah & Surah Al-Asr)

p/s: kata2 bertulisan biru saya cedok dr satu jurnal (utk tatapan dan renungan kita bersama saja).

2 ulasan:

AiPUNYACERITA berkata...

Sabaq Kak KP ku... ni ada sket ulasan dr aku n faiz (tgh buang masa baca blog w/pun tgh SIP hehehe)...

Aku rasa hang kena bw rakan yang 'rasa teraniaya' tu sekali masa hang ngadap bos besaq. Baru dia tau apa effort yg hang dah buat atas 'penganiayaan' (scr xsngaja).

Hang dah gitau lom kat rakan 'teraniaya' tu kata hang dah bersihkan nama dia n hang dah ngadap bos besaq? Apapun nilah dugaan bila jadi KP....welcome to the new world.....

ahliacikgukhairul berkata...

tq acik.. aku dah bgtau dia n mtk maap kt dia dr hr kejadian lg.. n aku sedih gak biler dia dok bising2 dlm fb.. x pe.. aku kena lebih careful lg.. mcm dia kata.. x boley percaya kt our superior n peers.. so aku pegang kata2 dia tu.. n lg.. aku reconfirm dgn jppkk.. betul ke akan kena black list? depa kata x da la.. kebetulan itu bos ada meeting lain kt penang so dia nak dtg psp.. apa2 pun markah akan dinilai oleh kj sendiri.. pd aku.. kita kena belajar menghargai apa yg org dah buat utk kita.. bukan menghentam lg.. anyway.. it's depends.. anyway! hehe.. sori la emo ckit.. wpun aku dah x nak pk benda ni lg..

Related Posts with Thumbnails