Singgah Jap

Sabtu, 15 Ogos 2009

Amalan Surah-surah Pilihan

Assalamualaikum..


Oleh kerana lama sgt berehat dr mengupdate blog ni.. so entry kali ni agak panjang sikit.. Bacalah dgn hatimu.. InsyaAllah..
Saja nak share sikit tentang fadhilat membaca surah-surah pilihan dr Al-Quran.. Semua surah ada fadhilatnya tp berikut adalah antara surah yg terpilih utk entry kali ini.. Layannnnn...


1. Al-Fatihah (Pembukaan) - 7 ayat

Di antara fadhilat membacanya menurut beberapa hadis Rasulullah SAW:
  • Mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.
  • Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam makna bacaannya.
  • Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT, baca 41 kali setiap hari, waktunya di antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh.
2. Al-Kahfi (Gua) - 110 ayat

Daripada Abi Said Al-Khudri berkata: " Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan (disinarkan) untuknya daripada cahaya antara dia dan bail Al Atiq."

Daripada Abi Hashim dengan isnadnya, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, jadilah cahaya untuknya di hari kiamat."

Pokok2 isinya:

1. Keimanan - Kekuasaan Allah SWT utk memberi daya hidup kpd manusia di luar hukum kebiasaan; dasar2 Tauhid serta keadilan Allah SWT tidak berubah utk selama2nya; kalimat2 Allah (ilmuNya) amat luas sekali, meliputi segala sesuatu, sehingga manusia tidak mampu utk menulisnya. Kepastian datangnya hari kebangkitan; Al-Quran adalah kitab suci yg isinya bersih dr kekacauan dan kepalsuan.

2. Hukum2 - Dasar hukum wakalah (berwakil); larangan membangun tempat ibadah di atas kubur; hukum membaca "InsyaAllah", perbuatan salah dilakukan kerana lupa adalah dimaafkan; kebolehan merosak suatu barang utk menghindarkan bahaya yg lebih besar.

3. Kisah2 - Cerita Asyhabul Kahfi (sahabat gua); cerita dua org lelaki yg seorg kafir dan yg lainnya mukmin; cerita Nabi Musa a.s dgn Nabi Khidhir; cerita Dzulqarnain dgn Ya'juj dan Ma'juj.

4. Dan lain2 - Beberapa pelajaran yg dpt diambil dr cerita2 dlm surat ini antara lain tentang kekuatan iman kpd Allah SWT serta ibadah yg ikhlas kpdNya; kesungguhan seseorg dlm mencari guru (ilmu); adab sopan antara murid dgn guru; beberapa contoh tentang cara memimpin dan memerintah rakyat serta perjuangan utk mencapai kebahagiaan rakyat dan negara.

3. As-Sajdah (Sujud) - 30 ayat

Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata: "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk."

Pokok2 isinya:

1. Keimanan - Menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW itu benar2 seorg rasul dan menjelaskan bahawa kpd musyrikin Mekah belum pernah diutus seorg rasul pun sebelumnya; menegaskan bahawa Allah Maha Esa, bahawa Dialah yg menguasai alam semesta dan Dialah yg mengaturnya dgn aturan yg paling sempurna; menyatakan bahawa hari berbangkit benar2 akan terjadi.

2. Hukum - Anjuran melakukan sembahyang malam (sembahyang tahajud dan sembahyang witir)

3. Dan lain2 - Keterangan mengenai kejadian manusia di dalam rahim dan fasa2 yg dilaluinya sampai ia menjadi manusia; penjelasan bagaimana keadaan org2 mukmin di dunia dan nikmat serta pahala2 yg disediakan Allah bg mereka di akhirat; kehinaan yg menimpa org2 kafir di akhirat dan mereka pd waktu itu meminta supaya dikembalikan saja ke dunia utk bertaubat dan berbuat kebaikan, tetapi keinginan itu ditolak; keingkaran kaum musyrikin terhadap hari berbangkit dan mereka menganggap bahawa hal itu adalah mustahil.

4. Yaasiin - 83 ayat

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda:"Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin" dan sesiapa membaca, maka Allah SWT tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali.

Pokok2 isinya:

1. Keimanan - Bukti2 adanya hari berbangkit; Al-Quran bukanlah syair tetapi ilmu, kekuasaan dan rahmat Allah; syurga dan sifat2nya yg disediakan bg org2 mukmin; mensucikan Allah dr sifat2 yg tidak layak bagiNya; anggota badan manusia menjadi saksi pd hari kiamat atas segala perbuatannya di dunia.

2. Kisah - Kisah utusan2 Nabi Isa a.s dengan penduduk Syam.

3. Dan lain2 - Tidak ada faedah peringatan bg org2 musyrik; Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan; semua bintang2 di cakrawala berjalan pd garis edar yg telah ditetapkan Allah; ajal dan hari kiamat datangnya secara tiba2; Allah menghibur hati Rasulullah SAW terhadap sikap kaum musyrikin yg menyakitkan hatinya.

5. Ad-Dukhaan (Kabut) - 59 ayat

Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Nabi SAW telah bersabda:"Sesiapa membaca surah "Haamim Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya."

Pokok2 isinya:

1. Keimanan - Dalil2 atas kenabian Muhammad SAW; huru-hara dan kehebatan hari kiamat; pada hari kiamat hanya amal2 seseorang yg dpt menolongnya; azab dan penderitaan yg ditemui org2 kafir di akhirat serta nikmat dan kesenangan yg diterima org2 mukmin.

2. Hukum2 - Kisah Musa a.s dgn Fri'aun dan kaumnya.

3. Dan lain2 - Permulaan turunnya Al-Quran pd malam Lailatul Qadar; org2 kafir hanya beriman kalau mrk ditimpa bahaya, kalau bahaya telah hilang mereka kafir kembali; dlm penciptaan langit dan bumi itu terdpt hikmat yg besar.

6. Al-Waaqi'ah (Hari Kiamat) - 96 ayat

Daripada Abi Dhibah berkata: "Telah sakit Abdullah yang boleh menyebabkan kematiannya. Maka diziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a beliau bertanya, apa yang kamu adukan? Beliau menjawab: Dosa-dosaku dan apa yang kamu mahu sekarang? Beliau menjawab: Rahmat Tuhanku. Perlukah saya panggil doktor? Beliau menjawab: Doktor lebih sakit daripada saya. Usman berkata: "Adakah kamu perlukan kepada wang?" Abdullah menjawab: "Saya tidak berhajat kepadanya." Usman berkata:" Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu." Beliau menjawab:" Adakah kamu takut anak-anak perempuan saya menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "Al-Waaqi'ah" tiap2 malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa membaca surah 'Al-Waaqi'ah' tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

Pokok2 isinya:

1. Keimanan - Huru hara di waktu terjadinya hari kiamat; manusia di waktu berhisab terbahagi ke atas tiga golongan iaitu golongan yg bersegera menjalankan kebaikan, golongan kanan dan golongan yg celaka serta balasan yg diperoleh oleh masing2 golongan; bantahan Allah terhadap keingkaran org yg mengingkari adanya Tuhan, hari berbangkit, dan adanya hisab: Al-Quran berasal dari Luth Mahfuuzh.

2. Dan lain2 - Gambaran tentang syurga dan neraka.

7. Al-Hasyar (Pengusiran) - 24 ayat

Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzzani r.a berkata: Nabi SAW telah bersabda:"Sesiapa membaca ketika bangkit subuh 'A'uuzubillahis-Sami'il-'alimi-Minas-Syaithonirrojim.' Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid..

Pokok2 isinya:

1. Keimanan - Apa yg berada di langit dan di bumi semuanya bertasbih memuji Allah: Allah pasti mengalahkan musuhNya dan musuh2 RasulNya; Allah mempunyai Al Asmaa-ul Husna; keagungan Al-Quran dan ketinggian martabatnya.

2. Hukum2 - Cara pembahagian harta fai-i; perintah bertaqwa dan menyiapkan diri utk kehidupan ukhrawi.

3. Dan lain2 - Beberapa sifat munafik dan org2 ahli kitab yg tercela; peringatan2 utk kaum muslimin.

8. Al-Mulk (Kerajaan) - 30 ayat

Daripada Abi Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk."

Dan Nabi SAW juga bersabda:"Saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku."

Pokok2 isinya - Hidup dan mati ujian bg manusia; Allah menciptakan langit berlapis2 dan semua ciptaanNya mempunyai keseimbangan; perintah Allah utk memperhatikan isi alam semesta; azab yg diancamkan kpd org2 kafir; dan janji Allah kpd org2 mukmin; Allah menjadikan bumi sedemikian rupa hingga mudah bg manusia utk mencari rezeki; peringatan Allah kpd manusia tentang sedikitnya mereka yg bersyukur kpd nikmat Allah.



p/s: Digalakkan kita membaca Al-Quran beserta tafsirannya agar kita lebih faham dan menghayati isi kandungannya. InsyaAllah.

Wallahu'alam..


6 ulasan:

Peluncur Islam berkata...

masyaAllah.. syukran atas perkongsian akak..

ahliacikgukhairul berkata...

Alhamdulillah.. tima kasey..

AiPUNYACERITA berkata...

Allo Kakak KP ku?Ko riso pasal apa, siap wat label riso lagik?

villakesyukuran berkata...

alhamdulillah... ada yg sudi berkgsi... Moga dpt manfaat bersama..

botolkicap berkata...

tima kasih ustajah...kena wuduk dulu...semoga kota memperolehi keberkatan dari Allah.Amin

ahliacikgukhairul berkata...

aipunyacerita: hehe.. kita kena risaukan diri dan ummah.. lemah iman ni.. huhu..

villakesyukuran: Alhamdulillah.. kita kongsi semampunya kiter.. InsyaAllah

botolkicap: sama2 la.. gelak2 gak.. hehe

Related Posts with Thumbnails