Memaparkan catatan dengan label cuti2 malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti2 malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 4 Mac 2013

Program hujung minggu di Kuala Nerang, Kedah

Hujung minggu baru ni, aku dan anak-anak ikut CK ke Kampung Semaliang di Kuala Nerang, Kedah. CK ada program komuniti dengan anak-anak muridnya untuk kursus Softskill. Sesekali bergotong-royong bersama orang kampung seronok jugak. Satu kepuasan bila kita dapat membantu orang. Tentatif program pada hari pertama adalah membaik-pulih surau dan dewan orang ramai di kampung tersebut dan mengadakan tahlil pada malamnya.

Kelihatan dalam gambar ialah CK bersama barisan pengurusan atasan Kampung Semaliang dan juga Ketua Program Siswa.. dan diinterframe oleh Atiqah bersama monyet birunya yang diletakkan di atas meja..   Antara ucapan yang aku tidak lupa dan melekat di ingatan.. "Program ini adalah atas daya usaha siswa semata-mata dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak." Maklum la.. sekarang ni bahang pilihanraya kan sangat terasa maka kata-kata haruslah dijaga agar tidak dipolitikkan. (Moga Allah pelihara warga Lahad Datu dan juga anggota keselamatan yang membantu.. Amin)

Acara gotong-royong pun bermula.. bumbung di bangunan dewan akan dibaiki..


Mengecat surau


Bilik Gerakan yang terletak di bawah surau


Pembantu-pembantu cilik.. cuma dibenarkan membantu dengan memegang plastik hitam saja..


Mengecat bahagian luar surau sambil dipantau oleh Atiqah


Acara gotong-royong siap pada pukul 6.30 petang. Makan minum disediakan oleh penduduk kampung. Memang sedap dan sangat-sangat diingati. Terima kasih daun keladi.

Cuba korang bayangkan menu yang telah disajikan kepada kami:

Sarapan pagi - Air kopi, pulut, kelapa, ikan masin
Makan tengahari - Nasi tomato, jelatah, ayam masak merah, dalca, air oren
Minum petang - Mee goreng, air teh, air mineral
Makan malam - Nasi putih, ikan goreng, kari ikan talang masin, sambal belacan, timun, air oren

Kiranya, tidak serik la untuk datang malah berhajat untuk datang lagi... he
(Gambar selepas program tak sempat nak ambil sebab aku balik ke homestay melayan pemegang plastik hitam tidur..)

Kat bawah ni homestay yang aku, Atifah dan Atiqah berserta 8 orang siswi tidur pada malam tu. Lokasi homestay adalah di tengah pekan Kuala Nerang. Bayaran RM200 semalam. CK, Atif dan siswa-siswa tidur di homestay lain yang berdekatan dengan Kampung Semaliang (rumah banglo 3 bilik, ruang tamu yang luas, ruang solat, 2 bilik air, ada mesin basuh, dapur, peti sejuk dan lain-lain. Harga satu hari penginapan ialah RM200 dan jika tetamu lebih dari 10 orang akan dicaj RM5 sekepala. Aku tak sempat nak ambil gambar tapi senang nak cari. In shaa Allah).


 Aktiviti hari kedua adalah menemubual pelancung asing di Padang Besar, Perlis. Maka, bergerak la kita dari Kuala Nerang, Kedah Darul Aman ke Negeri Perlis Indera Kayangan.

Perang bendera di mana-mana (bendera pun pandai berperang)
Lokasi : Bulatan di Ladang Tebu di Chuping, Perlis

 
Pelancung asing yang bakal ditemubual.. kalau korang faham bahasa beliau.. korang memang hebat.. nak kata German tak German.. Jawa tak Jawa.. hahahahaha..
"Cermin mata lebih besar dari muka saya.. jadi tak boleh nak letak atas hidung saya.. rambut pula saya gunting sendiri dengan bantuan kakak saya." ujar si pelancung cilik di bawah.


Padang Besar, Perlis.. kami lepak-lepas di wakaf luar.. hahaha.. tak de misi nak membeli kerana barang agak mahal..

Misi diteruskan ke Wang Kelian, Perlis (sempadan Perlis-Thailand)

Perlis map

Kat bawah ni adalah belacan. Bukan kek coklat tau! Boleh beli secara timbang.. 


Misi utama di Wang Kelian adalah membeli sotong gulung.. sedap..


Aiskrim Thailand


Pelancung asing kedua yang boleh ditemubual. Spek mata berharga RM5 sahaja. Malangnya hilang di dalam tandas awam. Tak de rezeki nak bergaya lagi.


Minum petang di Jitra.. capati, nasi pattaya, kuih muih dan lain-lain.




Alhamdulillah akhirnya kami pulang ke Pulau Pinang dengan selamat.




Rabu, 19 September 2012

Homestay di Pasir Gudang, Johor

Anda ingin menghadiri konvokesyen yang tersayang di Politeknik Ibrahim Sultan? Atau ingin melancong ke dalam negara sendiri seperti di Johor? Ingin penginapan yang berbaloi sebanding dengan ahli rombongan yang ramai? Boleh cuba di sini.. budget homestay.




Isnin, 28 Mac 2011

Langkawi kali ke doblas

Alhamdulillah.. kitorang selamat pergi dan balik dari Pulau Langkawi, Kedah. Berlepas dari Kuala Perlis. Kali ni naik feri yang 3 tingkat. Perghhhh... best. Sekejap je dah sampai ke destinasi. Kiranya tak sempat la nak "berperang" sambil menjaga kanak-kanak kecikku itu.. kebetulan hari pemergian sama tarikh dengan besday Atif yang ke 7 tahun.. kiranya ini adalah hadiah untuk harijadi Atif.. all in one..

Hmmm.. sebab apa all in one.. sebabnya CK kena jadi cikgu pengiring kepada pelajar-pelajarnya.. so kami pun tumpang memeriahkan la.. bagi motivasi kepada CK agar beliau tidak la berasa kesunyian.. eh? Ada kawan aku kata.. tu macam "CHOGM - cheap holiday on government money".. silap tu.. aku anak beranak temankan CK je.. tapi tambang feri dan penginapan dan pengangkutan semasa di Langkawi kitorang bayar sendiri.. weol tumpang naik bas PSP je.. daripada dibiarkan kosong.. weol tolong isikan.. see.. ada gak lagi niat nak menolong tu.. hahahaha..

Percutian kali ni adalah menyeronokkan kerana lebih sibuk melayan anak-anak daripada menyopping atau menikmati keindahan alam. Lagipun cam semua yang ada di pulau tu dah pernah dijenguk so misi kali ni  adalah untuk membeli "CORELLE". (Aku memang sangat teringin dengan benda alah tu tapi aku pendam je selagi tak pegi haji.. hehehe.. sian kan?)Atif dan Tipah dah pernah naik kereta kabel so kali ni weol cuma jalan-jalan cari makan sambil cuci mata tengok pinggan mangkuk. Nak tengok lebih-lebih pun adalah tidak berani kerana ditakuti terpaksa membayar barangan yang sudah pecah.. maklum la.. anak tengah lasak.. huhuhu.. cuma sempat menyervuy kat penjual yang guna plastik biru (IS), hijau (HIG) dan putih (LS). Akhirnya berjaya jugak misiku itu disempurnakan. Alhamdulillah.

Seperkara lagi, sebenarnya kesian gak kat Mahsuri sebab aku tak pegi pun menziarahi kubur arwah sebab aku confuse. Tahun 1995 aku pergi, makam Mahsuri tu adalah rupa kubur yang dah disimen. Tahun 2002 aku pergi plak, tinggal cam batu nesan sebatang je. Tahun 2004 dah rupa lain pulak. So harap arwah Mahsuri tak kecik ati la kami tak singgah ya. Aku sedekah Al-Fatihah dari jauh je.

Apa pun, kali ni aku berpuas hati dengan kemudahan surau dan tandas di Jeti Kuala Perlis. Sangat selesa. Rasanya kemudahan yang sama perlu diupgrade di Jeti Kuah untuk menampung jemaah yang ramai.

Ahad, 27 Februari 2011

Ular

Baru-baru ni aku berpeluang melawat Taman Ular di Perlis. Kagumnya dengan ciptaan Allah Yang Maha Esa. Ular dan biawak adalah keluarga reptilia. Spesies ular je ada bermacam-macam jenis yang tak tercapai dek akal kita. Mari kita sama-sama menyaksikannya.. lihatlah dengan mata hatimu..

biawak si penyambut tetamu..

















telur ular di dalam perut

rangka ular










Atiqah si pelawat ular..

Rabu, 2 Februari 2011

Sepagi di Thailand

Bulan Disember lepas kitorang ada berjalan ke Perlis sambil-sambil nak berkenalan merangkap meminang bakal adik ipar aku. Weol stay kat homestay yang disediakan seperti yang aku cerita sebelum ni. Selain dari motif yang tersebut di atas, agenda utama weol adalah hendak ke Wang Kelian (pasarnya hari Ahad je) selain Padang Besar. Kiranya berkenalan pada hari weol sampai dari Penang then besoknya adalah hari meronda Perlis. Best. Kiranya tercapai gak cita-cita nak keluar negara - Thailand, negara jiran kita.














2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...