Isnin, 4 Mac 2013

Program hujung minggu di Kuala Nerang, Kedah

Hujung minggu baru ni, aku dan anak-anak ikut CK ke Kampung Semaliang di Kuala Nerang, Kedah. CK ada program komuniti dengan anak-anak muridnya untuk kursus Softskill. Sesekali bergotong-royong bersama orang kampung seronok jugak. Satu kepuasan bila kita dapat membantu orang. Tentatif program pada hari pertama adalah membaik-pulih surau dan dewan orang ramai di kampung tersebut dan mengadakan tahlil pada malamnya.

Kelihatan dalam gambar ialah CK bersama barisan pengurusan atasan Kampung Semaliang dan juga Ketua Program Siswa.. dan diinterframe oleh Atiqah bersama monyet birunya yang diletakkan di atas meja..   Antara ucapan yang aku tidak lupa dan melekat di ingatan.. "Program ini adalah atas daya usaha siswa semata-mata dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak." Maklum la.. sekarang ni bahang pilihanraya kan sangat terasa maka kata-kata haruslah dijaga agar tidak dipolitikkan. (Moga Allah pelihara warga Lahad Datu dan juga anggota keselamatan yang membantu.. Amin)

Acara gotong-royong pun bermula.. bumbung di bangunan dewan akan dibaiki..


Mengecat surau


Bilik Gerakan yang terletak di bawah surau


Pembantu-pembantu cilik.. cuma dibenarkan membantu dengan memegang plastik hitam saja..


Mengecat bahagian luar surau sambil dipantau oleh Atiqah


Acara gotong-royong siap pada pukul 6.30 petang. Makan minum disediakan oleh penduduk kampung. Memang sedap dan sangat-sangat diingati. Terima kasih daun keladi.

Cuba korang bayangkan menu yang telah disajikan kepada kami:

Sarapan pagi - Air kopi, pulut, kelapa, ikan masin
Makan tengahari - Nasi tomato, jelatah, ayam masak merah, dalca, air oren
Minum petang - Mee goreng, air teh, air mineral
Makan malam - Nasi putih, ikan goreng, kari ikan talang masin, sambal belacan, timun, air oren

Kiranya, tidak serik la untuk datang malah berhajat untuk datang lagi... he
(Gambar selepas program tak sempat nak ambil sebab aku balik ke homestay melayan pemegang plastik hitam tidur..)

Kat bawah ni homestay yang aku, Atifah dan Atiqah berserta 8 orang siswi tidur pada malam tu. Lokasi homestay adalah di tengah pekan Kuala Nerang. Bayaran RM200 semalam. CK, Atif dan siswa-siswa tidur di homestay lain yang berdekatan dengan Kampung Semaliang (rumah banglo 3 bilik, ruang tamu yang luas, ruang solat, 2 bilik air, ada mesin basuh, dapur, peti sejuk dan lain-lain. Harga satu hari penginapan ialah RM200 dan jika tetamu lebih dari 10 orang akan dicaj RM5 sekepala. Aku tak sempat nak ambil gambar tapi senang nak cari. In shaa Allah).


 Aktiviti hari kedua adalah menemubual pelancung asing di Padang Besar, Perlis. Maka, bergerak la kita dari Kuala Nerang, Kedah Darul Aman ke Negeri Perlis Indera Kayangan.

Perang bendera di mana-mana (bendera pun pandai berperang)
Lokasi : Bulatan di Ladang Tebu di Chuping, Perlis

 
Pelancung asing yang bakal ditemubual.. kalau korang faham bahasa beliau.. korang memang hebat.. nak kata German tak German.. Jawa tak Jawa.. hahahahaha..
"Cermin mata lebih besar dari muka saya.. jadi tak boleh nak letak atas hidung saya.. rambut pula saya gunting sendiri dengan bantuan kakak saya." ujar si pelancung cilik di bawah.


Padang Besar, Perlis.. kami lepak-lepas di wakaf luar.. hahaha.. tak de misi nak membeli kerana barang agak mahal..

Misi diteruskan ke Wang Kelian, Perlis (sempadan Perlis-Thailand)

Perlis map

Kat bawah ni adalah belacan. Bukan kek coklat tau! Boleh beli secara timbang.. 


Misi utama di Wang Kelian adalah membeli sotong gulung.. sedap..


Aiskrim Thailand


Pelancung asing kedua yang boleh ditemubual. Spek mata berharga RM5 sahaja. Malangnya hilang di dalam tandas awam. Tak de rezeki nak bergaya lagi.


Minum petang di Jitra.. capati, nasi pattaya, kuih muih dan lain-lain.




Alhamdulillah akhirnya kami pulang ke Pulau Pinang dengan selamat.




1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...