Rabu, 14 Disember 2016

BERBAHAGIALAH BAGI ANDA YANG SELALU RAJIN SOLAT DHUHA


Pertama : 
Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. "Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”(HR. Turmudzi)

Kedua :
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah. "Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR. Hakim).

Ketiga : 
Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. "Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat.
dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di syurga untuknya.”(HR. At-Thabrani).

Keempat : 
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk syurga menerusi pintu khusus Dhuha yang disediakan oleh Allah. "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.” (HR. At-Thabrani).

Kelima : 
Allah mencukupkan rezekinya. "Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”(HR. Abu Darda`).

Keenam :
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. “Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Muslim).

Ya Allah mudahkanlah kami untuk selalu mengamalkan solat dhuha.

JOM KITA PAKAT2 SOLAT DHUHA

Moga Allah menerima solat dhuha & memaqbulkan doa kita serta istiqamah dalam beramal..
Aamiin.




Khamis, 1 Disember 2016

Contoh amal tanpa ilmu!


Assalamualaikum..

Hari ni tergodek-godek blog aku yang terbiar sepi.
Kemaskan sikit sawang yang ada.
Edit settings.
Baru ku tahu kenapa signature tak keluar hari tu.. hahahahaha.. itulah kesan bila ingin berblog tetapi kurang ilmu dalam teknologi.. dah tak bertanya.. maka sesat la ko di dalam hutan belantara. 

Ok.. sekarang sudah kembali ke pangkal jalan.. 
Hasil godekan berjaya.
Moralnya, bacalah apa yang telah dipaparkan di depan mata.
Bukan asyik klik 'ignore' je.
hahahahaha... padan muka aku.

Minggu ni dah bermula semester baru... 
Baru je habis semester, dah mula semester baru.
Mari kita berlapang dada.
Curahkan ilmu.
Sebabnya, dulu aku juga yang sibuk cari kerja.
Syukur banyak, Allah akan tambah lagi nikmat. InsyaAllah.


Calculator dah habis bateri. 
Hmmmm... nak beli bateri saja ke atau kita beli calculator yang baru?
 Ini contoh soalan kemahiran berfikir aras sederhana.
Sila buat pilihan anda beserta alasan.

Jumpa lagi!







Bahaya Vape





Selasa, 16 Ogos 2016

Lamanya...


Lama dah tak bukak blog (sekarang banyak bukak buku teks anak dan mak)
Lama dah tak baca blog (sibuk kengkonon baca artikel)
Lama dah tak menulis di blog (perasan sibuk)
Lama dah tak kopek ikan bilis (macam gambar di bawah - selalu beli yang dah siap bersiang ja)
Lama dah tak gunting lada (guna cili giling ja)
Maksudnya...
aku dah jadi orang yang makin lama (anak pun dah makin membesar)
dan tak lama dah nak tinggalkan dunia
Matlamat kita adalah akhirat..
Bersediakah kita?



gambar lama (2011) dan terkini (Julai 2016)


nota kaki : Lama dah juga blog ni beroperasi walaupun tenggelam timbul, signature pun tak boleh appear dah.. huhuhuhuhu


Asyhabul Kahfi


Rabu, 4 Mei 2016

Kisah rumah tangga





Hmmmmm... dulu aku pun sependapat dengan ayat-ayat kat atas tu..
Aku hairan dan berkata dalam hatiku; "Kenapa la mereka tak sempat kemas rumah?". "Kenapa la dia suruh suami dia basuh berak anak?"

Sekarang ni aku pulak hairan "Macam mana mereka boleh kemas rumah dengan anak yang ramai dan mereka juga bekerja". Persepsi aku turut berubah apabila kita sudah berada dalam kasut mereka.

Awal-awal kahwin aku memang rasa nak jadi isteri yang boleh settle semua kerja rumah tanpa bantuan suami dan juga pembantu rumah.. biar suami gembira dan bangga ada isteri macam aku... kikiki... itu dulu..

Sekarang rasa macam tak cukup kaki tangan nak settle kerja rumah (Astaghfirullahal'azim).. langsung tak rasa bersalah kalau CK tolong vakum rumah... hahahaha.... sangat berterima kasih dan bersyukur kerana memahami.. 

Kalau aku basuh dan jemur kain.. CK tolong angkat dari ampaian.. sebabnya aku pernah merengek mintak dryer tetapi telah ditolak 200%.. kalau musim hujan.. aku basuh baju kat rumah dan pergi 'dry' kat kedai dobi.. kurang stress.. balik boleh terus lipat dan tak nampak kain baju yang tak kering... tu baru bab kain baju..

Image result for rumah tangga

Bab anak-anak, CK tak berapa nak reti sangat. Aku ok je sebab banyak hal lain CK dah tolong. Bila anak dah besar sikit, CK berani la bawak jalan tanpa aku.. ronda-ronda naik motor. 

Tang sampah sarap plak.. CK akan tolong pungut sampah dari semua tong-tong sampah yang ada dan tolong buang ke tong sampah besar di hujung kampung.. dan aku tolong ganti plastik sampah dalam tong sampah..

Bab masak-memasak, CK memang lebih handal.. makanya urusan makan minum banyak yang CK tolong settle.. aku tolong kemas dapur.. CK yang akan ke pasar untuk beli barang dapur dan aku tolong siang dan simpan dalam peti ais. Aku mengaku memang tak pandai membeli barang dapur sebab mungkin telah dimanjakan oleh CK tapi............ aku pandai membeli di pasaraya... hihi.. itu kenyataan yang dibuat oleh CK.. pada aku ok la kan.. ada gak pandainya.. 

Tolak ansur tu penting. Saling mengimbangi dan melengkapi. InsyaAllah kita tidak rasa terbeban atau terbelenggu dengan perkahwinan. Orang lelaki kena sediakan juga telinga untuk dengar cerita isteri masing-masing. Dunia orang perempuan selepas berkahwin adalah banyak bertumpu kepada keluarga. 

Moral daripada kenyataan saudari di atas tu, kalau anda rasa ok dengan perjalanan rumah tangga anda, teruskan. Setiap pasangan berbeza perjalanannya. Yang penting anda dan pasangan bersetuju dengan kaedah yang digunakan dalam melayari rumahtangga. Oleh itu, tak perlu la hairan kenapa isterinya begitu, suaminya begini. (Peringatan untuk aku juga.)

Sekian, moga bahagia milik kalian hingga ke Jannah Allah. Aammiinn. 






Selasa, 3 Mei 2016

Mimpi

Di satu petang, ketika ibu dan anak-anak dalam perjalanan pulang ke rumah.

Tipah : Ibu, adik kata dia mimpi hantu! Hantu tak wujudkan, ibu?

Image result for mimpi

Tiqah : Haha.. Tiqah mimpi hantu macam spiderman..

Image result for spiderman

Ibu : Oooooooo...

Tipah : Adik! Kakak kan mimpi yang indah-indah je...

Ibu : Mimpi indah? Pasal apa tu?

Tipah : Tipah mimpi Tipah pandai bawak kereta pastu bawak sampai ke kampung Kelantan.

Image result for pandu kereta kartun
Ibu : Apa?

Tipah : Tipah bawak ke kampung Johor jugak..

Ibu : Hihihihi.. (pandai juga nak jaga hati ibu ya - ibu berkata dalam hati je.)





Khamis, 28 April 2016

Mari Belajar Bahasa Melayu!


Assalamu'alaikum semua... 

Banyaknya labah-labah ni (sambil sedut sawang dengan hampagas..)
Maaf ya labah-labah.. terpaksa musnahkan rumah kalian di blog aku ni...

Image result for labah-labah

Nampaknya sekarang dah di penghujung bulan yang keempat dalam tahun 2016..
cepatnya rasa masa berlalu.. banyak perubahan selari dengan masa yang pergi.. huhu

Banyak gak ilmu baru yang muncul.. pelbagai istilah telah diganti dengan yang baru.. contohnya seperti di bawah :




Contoh istilah yang kita jarang (aku pulak tak pernah!) gunakan :

1. pah palih :

makna -
 berkenaan sifat sesuatu benda, orang dan sebagainya) lebih sangat daripada yang biasa atau melampau

Contoh ayat :
 1)Pah palih besarnya rumah dia! 
2) Pah palih nakalnya budak ni! 

2. flamboyan

makna -
(berkenaan dengan seseorang) suka menarik perhatian orang lain dengan gaya, keyakinan dan semangat yang tinggi

Contoh ayat :
 Foto ini memperlihatkan gayanya yang flamboyan. 

3. parkiran

makna -
tempat menghentikan (menyimpan kereta)

Contoh ayat :
Ahmad berhenti di parkiran sebelum memasuki pasar raya itu.


Cukup dulu setakat ini.. nanti kita belajar lagi ya..
tata titi tutu..

p/s : Sumber rujukan - http://ekamus.dbp.gov.my




Jumaat, 8 Januari 2016

Tahun Baru 2016

Assalamu'alaikum semua..

Lamanya kita tak bertegur sapa.. hihi.. sampai beralih tahun dah.. anda ada azam sempena tahun baru Masehi ni? Jom kita azam untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ni tetapi bukannya merasa kita lebih baik dari orang lain.. niat tu kena betul.. hehe.. sebab apa? Sebab kita tak mo jadi macam syaitan yang merasakan dirinya lebih baik dari Adam.. itu akan mengundang kemurkaan Allah.. Na'uzubillah

Antara azam yang kita boleh buat untuk menjadikan kita lebih baik adalah dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Allah janjikan 100 pahala syahid sekiranya satu sunnah  dapat kita amalkan di zaman kerosakan ummat ini. Kita cuba amal sunnah di rumah kita - adab makan, adab tandas, adab bersafar dan adab tidur. InsyAllah, kesihatan pun akan terpelihara. Semua tu ada hikmah. Nanti kita belajar sama-sama supaya dapat kita amalkan dan sampaikan pada yang lain. 

InsyaAllah, Allah akan bagi 5 ganjaran jika kita dapat amalkan sunnah Rasullullah SAW:
1. Harmoni rumahtangga
2. Harta diberkati
3. Sifat malu kita menebal (aurat terpelihara)
4. Dapat pertolongan (nusrah) Allah
5. Malaikat kenal kita dengan gambaran ahli sunnah sewaktu dalam kubur

MasyaAllah.. hebatnya!
Moga ianya jadi amalan kita dan kita dapat sampaikan pada yang lain.

Ammiinn..  





2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...