Memaparkan catatan dengan label Tutorial - Akhlak Islamiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial - Akhlak Islamiah. Papar semua catatan

Ahad, 6 November 2011

Berakhlak Mulia

Abu Hurairah meriwayatkan Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya".
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Maksudnya:
Iman adalah percaya kepada Allah dan rasulnya. Apabila seseorang beriman, dia perlu taat pada perintah Allah dan Nabi Muhammad S.A.W. Dia menjaga hubungan dengan makhluk Allah yang lain. Akhlaknya baik. Apabila seseorang beriman dan akhlaknya baik, dia mempunyai iman yang sempurna. 

Kisah Teladan:
Pada suatu hari Nabi Muhammad S.A.W membantu seorang perempuan tua mengangkat barang sehingga ke rumahnya. Perempuan tua itu tertarik dengan akhlak beliau tetapi tidak mengenali beliau. Dia asyik bercerita dan mencemuh orang yang yang dikatakan membawa agama baru iaitu Nabi Muhammad S.A.W sendiri namun baginda hanya tersenyum. Apabila tiba di rumahnya, Nabi Muhammad S.A.W memperkenalkan diri baginda dan perempuan tua tersebut sungguh terperanjat. Tidak lama selepas itu, perempuan tua itu memeluk agama Islam kerana tertarik dengan akhlak Rasulullah S.A.W yang mulia.

Kata-kata Hikmah:
Apabila kejahatan dibalas kejahatan, itu dendam.
Apabila kebaikan dibalas kebaikan, itu perkara biasa.
Apabila kebaikan dibalas kezaliman, itu zalim.
Apabila kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Sumber dari : 101 Akhlak Rasulullah S.A.W oleh Rohayati Bakri, terbitan PTS ISLAMIKA SDN. BHD.



Jumaat, 20 Mei 2011

Adab Makan

Adab Sebelum Makan
1. Hendaklah berpakaian bersih.
2. Basuh tangan.
3. Duduk dengan tertib.
4. Membaca doa "Ya Allah! Berkatkanlah kepada kami rezeki yang engkau berikan kepada kami dan peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka".


Adab Semasa Makan
1. Gunakan tangan kanan.
2. Ambil makanan yang hampir.
3. Utamakan orang yang lebih tua.
4. Jangan gelojoh semasa makan.


Adab Selepas Makan
1. Basuh tangan dengan bersih.
2. Baca doa selepas makan "Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami dari kalangan orang-orang Islam".
3. Kemaskan tempat makan.
4. Buang sisa makanan ke dalam tong sampah.




Rabu, 18 Mei 2011

Adab Mandi

1. Membaca "Bismillah" dan berdoa "Ya Allah, aku memohon perlindungan daripada syaitan jantan dan betina". "Allahumma inni a'uzubika minalkhubusi walkhabaith".
2. Masuk ke tandas dengan kaki kiri.
3. Memakai kain basahan ketika mandi.
4. Mendahulukan air pada bahagian kanan badan.
5. Mandi di tempat yang tertutup.
6. Mengelap badan dengan tuala yang bersih.
7. Keluar tandas dengan kaki kanan dan berdoa "Segala puji bagiMu Ya Allah yang telah menghilangkan daripada aku kesakitan dan sihatkanku." "Alhamdulillahillazi azhaba 'annilaza wa'afani".





Rabu, 26 Januari 2011

Adab Bangun Tidur

1.  Membaca doa bangun tidur.
    "Alhamdulillahillazi  ahyanaa ba'damaa amaatanaa wailaihinnusyur"
     Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan  kami (tidur) dan kepadanyalah tempat kembali.
2.  Mengemas tempat tidur.
3.  Membersihkan diri.




Ahad, 23 Januari 2011

Adab Sebelum Tidur

1.  Menggosok gigi
2.  Membaca do'a sebelum tidur..
         "Bismikallah humma ahya wa amut" 
          (maknanya - Dengan nama Engkau Ya Allah aku hidup dan aku mati)
3.  Berwudhuk
4. Tidur di atas rusuk sebelah kanan.

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...