Ahad, 6 November 2011

Berakhlak Mulia

Abu Hurairah meriwayatkan Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya".
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Maksudnya:
Iman adalah percaya kepada Allah dan rasulnya. Apabila seseorang beriman, dia perlu taat pada perintah Allah dan Nabi Muhammad S.A.W. Dia menjaga hubungan dengan makhluk Allah yang lain. Akhlaknya baik. Apabila seseorang beriman dan akhlaknya baik, dia mempunyai iman yang sempurna. 

Kisah Teladan:
Pada suatu hari Nabi Muhammad S.A.W membantu seorang perempuan tua mengangkat barang sehingga ke rumahnya. Perempuan tua itu tertarik dengan akhlak beliau tetapi tidak mengenali beliau. Dia asyik bercerita dan mencemuh orang yang yang dikatakan membawa agama baru iaitu Nabi Muhammad S.A.W sendiri namun baginda hanya tersenyum. Apabila tiba di rumahnya, Nabi Muhammad S.A.W memperkenalkan diri baginda dan perempuan tua tersebut sungguh terperanjat. Tidak lama selepas itu, perempuan tua itu memeluk agama Islam kerana tertarik dengan akhlak Rasulullah S.A.W yang mulia.

Kata-kata Hikmah:
Apabila kejahatan dibalas kejahatan, itu dendam.
Apabila kebaikan dibalas kebaikan, itu perkara biasa.
Apabila kebaikan dibalas kezaliman, itu zalim.
Apabila kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Sumber dari : 101 Akhlak Rasulullah S.A.W oleh Rohayati Bakri, terbitan PTS ISLAMIKA SDN. BHD.



Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...