Maksudnya di sini, (pandangan aku ya), apabila hak sesuatu golongan itu dipertahankan maka golongan tersebut diiktiraf kewujudannya dan 'dihalalkan' segala perbuatannya?
Sebagai umat Islam, panduan kita adalah Al-Quran dan Sunnah. Di zaman pasak mungkar ini, Allah gandakan pahala kepada kita andai dapat mengikut sunnah Rasulullah. S.A.W.
Mari kita semak sikit.
1. Lesbian (hubungan seks perempuan dengan perempuan)
2. Gay (hubungan seks lelaki dengan lelaki)
3. Biosexual (boleh berhubungan seks dengan perempuan dan lelaki)
4. Transgender (mereka yang menukar jantina asal kepada jantina sebaliknya)
Objektif organisasi, menuntut hak sama rata.
Persoalan kajian, apa sumbangan mereka kepada agama dan ummah? Adakah hak masyarakat mereka tunaikan?
Kita cerita sikit masa zaman Rasulullah S.A.W.
Ada seorang anak muda minta keizinan berzina daripada Baginda. Baginda pun bertanya kepada anak muda tersebut, sanggupkah beliau andainya ibu dan saudara perempuannya dizinai oleh orang lain? Sekiranya tidak sanggup, janganlah berzina. Begitulah juga perasaan keluarga bakal pasangan zinanya.
Berzina juga adalah satu dosa besar. Hukum untuk seorang penzina juga berat. Sekiranya si pelaku masih bujang, denda sebatan 100 kali dan sekiranya si pelaku sudah berkahwin maka hukumannya direjam sampai mati.
"Aku mohon padaMu Ya Allah. Berilah hidayah kepada kami dan juga mereka. Jangan Kau pusingkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami dan mereka." Aaamiiin.
1 ulasan:
takutnye dengan situasi sekarang.bagaimana la anak2 kemudian hari membesar ye jika takde ajaran agama oleh ibu bapa..
Catat Ulasan