Ahad, 13 November 2011

Elakkan Pembaziran - Satu Transformasi

Petang Jumaat minggu lepas, aku membeli sebantal roti yang telah direncanakan untuk menjadi roti telur goreng sebagai sarapan di pagi Sabtu. Hanya beberapa keping saja digunakan manakala selebihnya terbiar begitu sahaja. Tarikh luput roti tu pada 11 November 2011 (Tarikh yang orang ramai dok sibuk nak pilih untuk berkahwin, beranak dan apa-apa peristiwa yang boleh jadi sejarah buat mereka). Sehingga 12 November 2011 nasib si roti masih lagi begitu. Tidak dihiraukan oleh sesiapa pun.

Aku rasa bersalah dan berdosa andai roti tersebut masih berkeadaan begitu. Aku pun bercadang untuk menamatkan riwayat roti tersebut dengan menukarkannya kepada "Puding Roti". Cari-cari resipi dalam buku resipi yang aku rasa patut dimiliki oleh mereka yang tak berapa nak pandai masak macam aku.. hi.

Harga: RM 39.90 / RM 42.90
ISBN-13: 978-967-5564-84-0
Tarikh Terbit: 26 Aug 2010
Jumlah Muka Surat : 396 

Kategori:
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Aku pun buka muka surat 346. Resipinya sangat ringkas dan mudah difahami. Lebih kurang macam di bawah ni tetapi aku terpaksa ubahsuai mengikut bahan yang ada di rumahku tika dan saat itu.

8 keping roti (lebih sikit pun tak pe - aku campurkan roti Gardenia + roti burger Gardenia)
2 cawan susu segar (oleh kerana susu segar aku cuma dapat secawan je maka aku campur dengan setin susu cair)
- hancurkan/koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 30 minit

2 sudu makan mentega
4 sudu makan gula
2 biji telur ayam (aku guna sebiji je sebab cuma ada sebiji dalam peti ais aku.. he.. jangan lupa basuh telur tu dulu)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung (aku guna tepung gandum sebab tak de tepung jagung)
- kacau dan gaul rata semua bahan (aku panaskan atas api)

beberapa biji kismis
- masukkan dalam loyang beserta semua bahan di atas
- bakar pada suhu 180C selama 30 minit
- siap dihidangkan (tak payah tunggu sejuk, semua dah tadah piring)

Kalau ikut buku resepi tu ada lagi la hiasannya, tapi tak sempat buat dah habis makan. Maksudnya roti tamat tempohku itu tadi telah diterima oleh tekak umum. Alhamdulillah. Lagipun hiasannya melibatkan setin susu cair. Susu cair tadi telah dipaksa menggantikan tempat susu segar. Kalau korang nak tau apa hiasannya, belilah buku tu. InsyaAllah. Satu hari satu resepi. Kalau korang buat satu hari 2, 3 resepi pun tak pe. Penulisnya tak marah. Sebabnya takkan la satu hari tu makan nasi beriyani tanpa lauk kan?  

Rupa paras puding roti aku lebih kurang macam kat bawah ni. Gambar ehsan dari Google - themummysya.com dan cikpelangisite.blogspot.com



Apa yang penting (selain dari kerjasama seperti yang dilaung-laungkan oleh kumpulan WonderPet) di sini ialah kita telah berjaya mengelakkan pembaziran dan kita tidaklah menjadi sahabat syaitan. He.


p/s: Tulisan berwarna ungu merupakan resepi asal di dalam buku tersebut di atas.
Harap maklum.

4 ulasan:

zarch berkata...

Terima-kasih atas perkongsian resepi ni, boleh juga saya selamatkan balance-balance roti saya dari kulat-kulat.

Ahliacikgukhairul berkata...

Alhamdulillah. sebelum nak expired tu masukkan dalam dalam peti ais supaya jangka hayat lebih lama. He

adarnadzmie berkata...

setuju x membazirkan makanan..hehe

Tanpa Nama berkata...

Teringin lak nak makan puding roti.. haha..

MHY

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...