Memaparkan catatan dengan label fikir risau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fikir risau. Papar semua catatan

Khamis, 2 November 2017

Cabaran

Assalamu'alaikum..

Dah masuk bulan November dah kita.
Maksudnya, dah nak habis pun tahun 2017.
Semakin dekat dah dengan tahun 2020.. apatah lagi dengan kematian 😓😓😓 

Dulu-dulu, rasa macam lama lagi je 2020 ni.. masa tu keluar soalan dalam subjek 'Public Sector Accounting' pasal Wawasan 2020.. aku kena hafal la kan 9 cabaran yang perlu dilaksanakan untuk mencapai wawasan tu.. kalau tak, tak lulus la aku subjek tu.. antara yang aku ingat adalah untuk menswastakan banyak syarikat milik kerajaan atas tujuan untuk mengurangkan tanggungan kerajaan.. lebih kurang begitulah maksudnya.. 

Namun sekarang usah ditanya lagi pasal cabaran-cabaran tu.. dan jangan sesekali mencabar aku untuk menghafalnya.. walaupun aku mungkin rasa tercabar namun aku biarkan sahaja cabaran itu berlalu begitu saja.. Semuanya atas faktor-faktor penuaan yang semakin ketara..  😎

Sebenarnya bukan apa.. sekarang ni aku sedang berhadapan dengan cabaran membesarkan anak-anak di zaman yang serba mencabar ini.. zaman pasak mungkar.. 
Cabaran ni bukan ada 9 saja.. banyak dan pelbagai.. disedari mahupun tidak.. juga berbeza mengikut anak..

Namun yang perlu kita ingat.. walaupun zaman kita dan anak kita sangat jauh berbeza cabarannya.. namun cara pendekatan dan penyelesaiannya tetap sama.. solat, Al-Quran & Sunnah. Kita kena banyakkan berdoa untuk keluarga & ummat. InsyaAllah. Doa itu juga akan berbalik pada kita. 

Mengaku sajalah kita adalah hamba Allah yang tiada daya upaya supaya kita dapat hindarkan diri dari sifat ujub, riak, takabbur, bongkak dan lain-lain sifat mazmumah. 

Peringatan untuk aku juga 😅





Rabu, 14 Disember 2016

BERBAHAGIALAH BAGI ANDA YANG SELALU RAJIN SOLAT DHUHA


Pertama : 
Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. "Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”(HR. Turmudzi)

Kedua :
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah. "Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR. Hakim).

Ketiga : 
Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. "Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat.
dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di syurga untuknya.”(HR. At-Thabrani).

Keempat : 
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk syurga menerusi pintu khusus Dhuha yang disediakan oleh Allah. "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.” (HR. At-Thabrani).

Kelima : 
Allah mencukupkan rezekinya. "Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”(HR. Abu Darda`).

Keenam :
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. “Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Muslim).

Ya Allah mudahkanlah kami untuk selalu mengamalkan solat dhuha.

JOM KITA PAKAT2 SOLAT DHUHA

Moga Allah menerima solat dhuha & memaqbulkan doa kita serta istiqamah dalam beramal..
Aamiin.




Jumaat, 8 Januari 2016

Tahun Baru 2016

Assalamu'alaikum semua..

Lamanya kita tak bertegur sapa.. hihi.. sampai beralih tahun dah.. anda ada azam sempena tahun baru Masehi ni? Jom kita azam untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ni tetapi bukannya merasa kita lebih baik dari orang lain.. niat tu kena betul.. hehe.. sebab apa? Sebab kita tak mo jadi macam syaitan yang merasakan dirinya lebih baik dari Adam.. itu akan mengundang kemurkaan Allah.. Na'uzubillah

Antara azam yang kita boleh buat untuk menjadikan kita lebih baik adalah dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Allah janjikan 100 pahala syahid sekiranya satu sunnah  dapat kita amalkan di zaman kerosakan ummat ini. Kita cuba amal sunnah di rumah kita - adab makan, adab tandas, adab bersafar dan adab tidur. InsyAllah, kesihatan pun akan terpelihara. Semua tu ada hikmah. Nanti kita belajar sama-sama supaya dapat kita amalkan dan sampaikan pada yang lain. 

InsyaAllah, Allah akan bagi 5 ganjaran jika kita dapat amalkan sunnah Rasullullah SAW:
1. Harmoni rumahtangga
2. Harta diberkati
3. Sifat malu kita menebal (aurat terpelihara)
4. Dapat pertolongan (nusrah) Allah
5. Malaikat kenal kita dengan gambaran ahli sunnah sewaktu dalam kubur

MasyaAllah.. hebatnya!
Moga ianya jadi amalan kita dan kita dapat sampaikan pada yang lain.

Ammiinn..  





Rabu, 29 Julai 2015

Selamat Hari Raya!

Image result for selamat hari raya wallpaper

Salam Aidil Fitri.. bagaimana dengan hari raya kalian? Moga baik-baik saja dan dapat menggembirakan banyak pihak selain diri sendiri.. hehehe...

Alhamdulillah.. untuk tahun ni, giliran aku beraya di Johor dulu dan raya ke3 kami bergerak ke Kelantan.. syukur sebab terselamat daripada kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Johor dan dari Johor ke Kelantan... namun kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang agak melampau semasa di Kelantan... huhuhuhu... perjalanan biasa hanya mengambil masa 20 minit telah berlanjutan ke 2 setengah jam.. namun tetap bersyukur kerana semuanya baik-baik saja.. 

Aku pun pelik.. kenapa keras kejung betul jari jemari aku sekarang ni walaupun dapat komputer baru.. idea macam mencurah-curah tapi terus membeku bila jari berada di atas papan kekunci.. tak boleh jadi 'pahlawan papan kekunci' le kalau macam ni.. hihi

Raya aku kali ni masih dikekalkan perkara yang sedia ada.. macam kabinet, langsir, perabut dan susun atur.. cuma buang habuk yang ada dan kemaskan mana yang patut.. pinggan mangkuk pun tiada pertambahan.. (deep ni!).. ye la.. cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga terutama buat warga Johor macam aku.. walau jauh merantau di Pulau Pinang.. masih tebal dengan bahasa ibundanya.. hihi.. kabinet tu kadang-kadang kami panggil 'gobok'... hmmmmmm... 

Raya kali ni aku berpeluang berkumpul bersama sanak-saudara kedua-dua belah pihak.. anak-anak la yang paling gembira sebab dapat jumpa sepupu sepapat.. cam aku dapat jumpa mak dan pak sedara.. sepupu sepapat dah susah nak jumpa.. masing-masing bergilir beraya di rumah mertua.. rindunya zaman kanak-kanak kan.. rindu atuk dan yayi.. rindu semua.. rindu.. rindu.. itu maknanya aku dah semakin tua.. 

Bila dah berkumpul tu.. kami pun saling bertanya khabar masing-masing.. tanya khabar semua ahli keluarga ikut kumpulan masing-masing.. baru dapat tahu ada yang sakit - patah kaki, mengandung luar rahim, ada serpihan tulang dalam daging.. oh! macam-macam ujian yang Allah datangkan.. tabahlah semua.. dan moga segera sembuh..

Ketika bersembang, banyak adab yang kita kena jaga sebenarnya termasuk la topik perbualan. Politik memang kami tak sentuh langsung sebab tak mau bermasam muka.. nak jumpa bukan senang.. oleh itu jangan rosakkan suasana aman..  

Moral dari cerita aku, balik la ke kampung jika berkemampuan.. terutama bila ibu bapa masih ada.. gembirakan mereka.. tak semestinya pada hari raya saja. Aku tengok mak bapak kita seronok bila tengok anak-anak berkumpul, saling bertanya khabar dan sepakat. Itulah nikmat sebenarnya yang memang tak boleh diganti dengan wang ringgit. 

Penutup bicara, pemerhatian aku pada hari raya kali ni, rasa belas kasihan pada ibu bapa semakin menipis di kalangan anak-anak.  Renung-renungkan. 





Jumaat, 24 April 2015

PRK Permatang Pauh datang lagi dan lagi dan lagi dan lagi..

Permatang Pauh akan mengadakan pilihan raya kecil pada 7 Mei 2015 ni... (rasanya Permatang Pauh yang paling kerap buat pilihan raya, sampai kawan aku pun naik cemuih nak kuar mengundi.. hihi)

Secara peribadinya.. aku bosan dengan situasi mainan politik mereka.. tak kira la parti mana pun.. dari mata kasarku ini, kebanyakan dari mereka mempunyai kepentingan peribadi... (hujan tengah lebat membasahi bumi Permatang Pauh ketika ini... Ya Allah! Jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat buat kami). Sebab apa aku cakap macam ni? Bila ada perkara yang membawa kebaikan kepada pihak mereka, boleh pulak bersepakat tu... 

Image result for geram

Macam-macam janji yang ditabur dan selepas pilihanraya semuanya berterabur. 

Moral yang  didapati: 
Jangan percaya dengan janji manusia kerana mereka berjanji bulan dan bintang 


apabila mereka berkehendakkan sesuatu atau mereka sedang sangat bahagia.

 Yakin hanya dengan janji Allah yang sangat benar. Apa pun yang kita sedang buat tika dan saat ini, semuanya adalah menuju ke  akhirat.

Selamat bertanding kepada para calon dan selamat memilih kepada mereka yang berhak untuk mengundi.
Aku? Bukan pengundi di kawasan panas ni walaupun sedang hujan lebat.. hihi
Aku doakan yang terbaik buat ummah.







Khamis, 23 April 2015

Rejab 1436 sudah tiba


Tibanya bulan Rejab, persediaan untuk kita ke Ramadhan.. In shaa Allah... moga Allah izinkan kita ke bulan Ramadhan pula.. Aminnn...






Isnin, 16 Februari 2015

Pulangnya Seorang Murabbi


Aku percaya ramai yang masih bersedih dengan pemergian abadi Tuan Guru Nik Aziz.. namun Allah lebih menyayangi beliau.. moga Allah menempatkan beliau di kalangan orang-orang beriman.  

Aku kagum dengan cara beliau menjalani kehidupan. Tidak terkesan dengan pangkat dan kedudukan. Moga ianya menjadi ikutan kita. Pengakhiran beliau dalam khusnul khotimah, bagaimana pula dengan kita?

Bila kita telah mengucapkan dua kalimah syahadah :

Image result for maksud kalimah syahadah dalam bahasa melayu

yang bermaksud :
Aku bersaksi sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah
dan Aku bersaksi sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

itu menunjukkan kita hendaklah membuang kebesaran makhluk dalam hati dan memasukkan hanya kebesaran Allah dalam hati kita. Hanya Allah yang berkuasa, makhluk tiada upaya. Kita juga hendaklah menjadikan cara kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagai cara kehidupan kita kerana sesungguhnya cara kehidupan Rasululullah  yang membawa kejayaan dunia akhirat.

Moga akhir kalam kita nanti juga adalah dua kalimah syahadah.
Macam maner? Jom usaha ke arah itu.. 





Ahad, 31 Ogos 2014

Tips berhenti merokok

Salam Merdeka yang ke 57 semua.. Di sini lahirnya sebuah cinta..

Meh bersihkan sikit sawang kat sini.. guna penyapu pendek sudah.. hehe.. selalu rindu dengan blog sendiri.. banyak idea nak tulis tapi cam tak berapa nak keluar.. dok diam depan komputer.. pastu terus berjalan dari blog ke blog.. sudahnya blog sendiri terabai.. itu lumrah kehidupan aku..
Oleh itu, kali ni aku nak kongsi beberapa tips bagaimana untuk menggalakkan diri korang berhenti merokok.. sekali lagi.. menggalakkan berhenti merokok.. bukan menggalakkan merokok..

Yang pertama sekali... berdoa dan jangan berhenti berdoa.. InsyaAllah lambat atau cepat Allah akan makbulkan.. tanam azam dalam diri korang yang korang hendak berhenti merokok.. 99% adalah dari diri korang sendiri.. bukan pasangan korang maupun ibu bapa.. DIRI SENDIRI.. macam tu jugak kita semua.. sebenarnya musuh utama kita adalah diri kita sendiri.. nafsu dalam diri kita yang perlu kita perangi.. bukannya pergi berperang menghunus senjata ya.. 

doa dan tanam azam tak nak merokok (ada kawan aku kata, rupa rokok dah kena penyek macam ni memang semua orang tak nak.. hehehe..)
Yang kedua.. kalau korang seorang perokok tegar.. selalu hisap Dunhill ka, Malboro ke, 555 ke, dan semua jenis rokok yang aku percaya kerajaan dah bagi amaran kat kotak tu.. Merokok adalah merbahaya untuk kesihatan.. dan ada gak gambar kesan dari merokok tu cam leher berlubang, kanser mulut, anak mati dalam perut dan semua gambar yang mengerikan.. aku ngeri la tengok tapi bila aku tanya dengan perokok.. diorang kata tengok isi dalam kotak, jangan tengok luar kotak... nampak tak? ada je jawapan diorang.. aishhh.. ok.. tips kedua.. korang beralih dulu kepada rokok daun yang mana setiap kali korang nak merokok korang perlu menggulungnya sendiri.. lama-lama letih sendiri dan buat korang terfikir betapa sia-sianya kerja korang selama ini..

tengok isi dalam kotak.. 
marlboro marlboro 100 s marlboro red marlboro red soft pack marlboro ...

jangan tengok gambar kat luar kotak yang mengerikan..

Imej Kotak Rokok Bakal Lebih Ngeri Untuk Mengingatkan Perokok?

beralih ke rokok daun ..

rokok daun

Tips ketiga.. korang pergi la menyerah diri ke Klinik Berhenti Merokok kat Klinik-klinik Kesihatan Kerajaan.. percuma je..nanti mereka bagi kaunseling kepada  korang dan juga ubat untuk mengurangkan ketagihan korang merokok.. ubat tu tak de jual kat farmasi tau.. InsyaAllah kalau korang memang betul nak berhenti merokok.. 2 bulan biasanya korang dah boleh berhenti merokok.. InsyaAllah

... yang menyediakan perkhidmatan klinik berhenti merokok... klik SINI

Tak nak dengar atau tak nak terima tips yang aku bagi? Tak pe la.. korang tunggu la bila korang tiba-tiba perlu menjalani pembedahan yang mana korang perlu dibius penuh. Pakar bius akan bagitau kat korang antara risiko yang akan dialami oleh perokok ialah paru-paru korang tak boleh mengembang dengan baik bila guna alat pernafasan tu sebab ada gelembung di paru-paru. Pastu bila dah tak boleh mengembang, maka paru-paru korang akan meletop! Poommmm!! Rasanya korang pun tau la kesudahan ceritanya kan.. hehe.. tak tipu ya.. ini kisah benar..

ini contoh gelembung dalam paru-paru yang dah tak berapa sihat

... sendiri adalah gelembung gelembung yang terdapat dalam paru paru

Sebenarnya kan.. aku tak nampak satu pun kebaikan maupun kelebihan menghisap rokok ni.. mungkin satu la kelebihannya iaitu mengayakan si pengusaha/pengilang rokok tu.. tapi tu pun bukannya kebaikan pada aku.. sebab bila diorang dah kaya diorang akan mengeluarkan lebih banyak rokok dengan pelbagai rasa dan jenama.. dan akan lebih ramai orang yang merokok maka semakin tercemar la udara kita.. 

Dari pemerhatian aku yang daif ni, perokok biasanya sangat mementingkan diri sendiri. Biasanya mereka merokok di tempat awam dan asapnya akan dihidu oleh semua yang ada di sekitar mereka. Pulak tu, biasanya mereka akan membuang puntung rokok merata.. tenyeh dengan kasut pastu jalan dengan selamba.. oh! aku memang rasa cam nak belasah je diorang.. ok.. jangan ikut apa yang aku rasa..

Biasanya perokok ni terdiri dari orang lelaki sebab mereka memang orang kaya dan pemurah. Membazir duit tanpa belas kasihan.. hehehe.. tapi ada jugak orang perempuan yang hisap rokok..

Orang lelaki hairan kenapa orang perempuan degil tak nak tutup aurat dengan sempurna.. pakai tudung tapi berlengan pendek.. bertudung dengan kain yang jarang dan lain-lain.. yang orang perempuan pulak hairan kenapa orang lelaki degil tak mau berhenti merokok.. masing-masing dengan degil masing-masing.. masing-masing heran dengan masing-masing.. cam tu la manusia.. tak de yang sempurna.. 

Oleh itu.. doa la hidayah untuk semua yang mana termasuk diri kita dan keluarga.. 

Sempena hari merdeka ni..
mari la kita merdekakan diri kita dan negara dari asap rokok.. Jom!!

Wallahu'alam




Rabu, 23 Julai 2014

Ingatan dari Toyota

 Terima kasih Toyota atas kad dan sampul duit.. first time nih.. hehehe.. walaupun dah lebih 6 tahun aku jadi pelanggan diorang.. 




and don't forget to keep on praying for Gaza! 
Allahu Akbar!!






Isnin, 21 Julai 2014

Akhir-akhir Ramadhan


Assalamualaikum

Hari ni dah masuk puasa ke 23.. Alhamdulillah.. Kita dapat berpuasa dengan aman. Dapat menikmati juadah berbuka dengan sempurna. Namun demikian, tetap terasa akan keperitan saudara kita di Gaza dan lain-lain tempat. Musibah Allah dalam pelbagai bentuk. Namun cara kita menanganinya adalah sama - dengan sabar dan solat.

Tahun ni aku tak rasa excited sangat nak sediakan persiapan raya. Beli sikit-sikit je yang perlu untuk anak-anak dan ibu bapa. Sendiri rasa sedih dan malu mengenangkan saudara kita di Gaza yang sedang diserang. Tambahan pula bila umur dah semakin bertambah ni, yang paling utama adalah dapat menziarahi keluarga di kampung. Fizikal dan mental kena siap siaga. Prinsip aku, korbankan la masa kita menziarahi dan melayani ibu bapa selagi mereka ada dan kita berdaya. Bila uruskan anak-anak sendiri, aku selalu terfikir akan kesusahan ibu bapa aku menguruskan aku dulu. Begitu juga dengan ibu bapa CK. Aku kahwin dengan CK bila beliau dah dewasa dan berdikari. So, kena fikirkan sama perasaan ibu bapa CK. Apa yang kita buat akan dicontohi oleh anak-anak. Banyak dah aku tengok. Balasan derhaka pada ibu bapa biasanya Allah bagi tunai di dunia lagi. Moga Allah ampunkan dosa aku dan korang juga.

Raya tahun ni giliran Kelantan dulu.. InsyaAllah raya ke2 boleh gerak ke Johor. Mak aku kata dia dah beli 15 ekor ayam, seguni bawang, seguni kentang. Amik ko... Pastu aku pun kata la kat mak aku.. mak jangan risau.. menantu-menantu mak mesti boleh masak punya.. diorang mesti berebut nak memenangi hati mak mentua.. hahaha.. 

Apapun, puasa sudah hampir ke penghujungnya.. rebut la pahala berganda yang hanya terdapat di bulan Ramadhan sementara masih berkesempatan.. 







Jumaat, 18 Julai 2014

Dugaan Ramadhan


Doa ketika kita mendengar sesuatu musibah :


"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali" 


Takziah buat keluarga semua penumpang dan anak kapal MH17 serta seluruh ummah yang kapal terbang mereka telah ditembak jatuh di ruang udara Ukraine. Moga mereka semua tabah dengan ujian Allah ini. Allah Maha Mengetahui hikmah kejadian.

Kita yang masih hidup, masih dapat menikmati oksigen Allah, teruskan berdoa dan mempersiapkan diri untuk bertemu Allah. Itulah orang yang bijak sebenarnya.



dan jangan lupa teruskan doa kita untuk Gaza.. jangan berhenti berdoa.. keselesaan kita jangan sampai mengalpakan kita untuk merenung kesengsaraan saudara kita di Gaza.. Allahu Akbar!








2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...