Rabu, 29 Julai 2015

Selamat Hari Raya!

Image result for selamat hari raya wallpaper

Salam Aidil Fitri.. bagaimana dengan hari raya kalian? Moga baik-baik saja dan dapat menggembirakan banyak pihak selain diri sendiri.. hehehe...

Alhamdulillah.. untuk tahun ni, giliran aku beraya di Johor dulu dan raya ke3 kami bergerak ke Kelantan.. syukur sebab terselamat daripada kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Johor dan dari Johor ke Kelantan... namun kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang agak melampau semasa di Kelantan... huhuhuhu... perjalanan biasa hanya mengambil masa 20 minit telah berlanjutan ke 2 setengah jam.. namun tetap bersyukur kerana semuanya baik-baik saja.. 

Aku pun pelik.. kenapa keras kejung betul jari jemari aku sekarang ni walaupun dapat komputer baru.. idea macam mencurah-curah tapi terus membeku bila jari berada di atas papan kekunci.. tak boleh jadi 'pahlawan papan kekunci' le kalau macam ni.. hihi

Raya aku kali ni masih dikekalkan perkara yang sedia ada.. macam kabinet, langsir, perabut dan susun atur.. cuma buang habuk yang ada dan kemaskan mana yang patut.. pinggan mangkuk pun tiada pertambahan.. (deep ni!).. ye la.. cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga terutama buat warga Johor macam aku.. walau jauh merantau di Pulau Pinang.. masih tebal dengan bahasa ibundanya.. hihi.. kabinet tu kadang-kadang kami panggil 'gobok'... hmmmmmm... 

Raya kali ni aku berpeluang berkumpul bersama sanak-saudara kedua-dua belah pihak.. anak-anak la yang paling gembira sebab dapat jumpa sepupu sepapat.. cam aku dapat jumpa mak dan pak sedara.. sepupu sepapat dah susah nak jumpa.. masing-masing bergilir beraya di rumah mertua.. rindunya zaman kanak-kanak kan.. rindu atuk dan yayi.. rindu semua.. rindu.. rindu.. itu maknanya aku dah semakin tua.. 

Bila dah berkumpul tu.. kami pun saling bertanya khabar masing-masing.. tanya khabar semua ahli keluarga ikut kumpulan masing-masing.. baru dapat tahu ada yang sakit - patah kaki, mengandung luar rahim, ada serpihan tulang dalam daging.. oh! macam-macam ujian yang Allah datangkan.. tabahlah semua.. dan moga segera sembuh..

Ketika bersembang, banyak adab yang kita kena jaga sebenarnya termasuk la topik perbualan. Politik memang kami tak sentuh langsung sebab tak mau bermasam muka.. nak jumpa bukan senang.. oleh itu jangan rosakkan suasana aman..  

Moral dari cerita aku, balik la ke kampung jika berkemampuan.. terutama bila ibu bapa masih ada.. gembirakan mereka.. tak semestinya pada hari raya saja. Aku tengok mak bapak kita seronok bila tengok anak-anak berkumpul, saling bertanya khabar dan sepakat. Itulah nikmat sebenarnya yang memang tak boleh diganti dengan wang ringgit. 

Penutup bicara, pemerhatian aku pada hari raya kali ni, rasa belas kasihan pada ibu bapa semakin menipis di kalangan anak-anak.  Renung-renungkan. 





Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...