Memaparkan catatan dengan label Tutorial - Ibadat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial - Ibadat. Papar semua catatan

Khamis, 24 April 2014

Pergerakan Solat untuk Wanita

Alhamdulillah.. selesai sudah semua kertas peperiksaan diduduki untuk semester ini.. Lega suku.. yang tiga suku lagi tu nak menyemak skrip jawapan, moderasi dan seterusnya memproses markah.. tapi jangan lupa.. semester pendek sedang menunggu.. kerja.. kerja.. kerja.. memang tak habis la.. itulah pilihan kitakan.. teringat kat kata-kata ayah kawan aku..
 "Dulu hang yang pergi cari kerjakan?".. betul lakan?
hehehe.. tidak syak lagi..

Ok.. nak kongsi sikit ilmu dengan korang sekalian.. moga bermanfaat.. baru ni CK kata dia terdengar dekat bayan.. seorang maulana berkata..
"Semua masalah boleh selesai dengan solat, dan kalau solat kita tak dapat selesaikan masalah kita.. bagaimana solat kita nak selamatkan kita di akhirat nanti?"
Oh! 

Apa pandangan korang? 
Jom kita audit solat kita.. usahakan untuk solat di awal waktu.. kita orang perempuan ni ada 3 perkara yang boleh menghalang kita dari bersolat.. 
1. Mati
2. Darah Haid
3. Darah Nifas
contoh kata jika masuk waktu Zohor pukul 1.30 petang, kita mati /keluar darah haid/ keluar darah nifas pada pukul 1.45 petang dan kita belum bersolat Zohor.. makanya kita sudah terhutang satu waktu solat.. terus nama kita naik di pintu neraka.. Na'uzubillah.. aku pesan untuk diri sendiri dan anak-anak juga..

Selain dari solat awal waktu, jom kita tengok ketertiban solat kita.. ikut SOP tak?

Kat bawah ni adalah lakaran untuk pergerakan dan perbuatan dalam solat bagi wanita.. kredit kepada si pelukis (bukan aku.. moga Allah merahmati beliau.. Amin)




Jom kita!




Isnin, 19 November 2012

Sujud Tilawah

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka."

Huraian Hadith:

1. Tilawah ertinya bacaan. Maka sujud tilawah ertinya adalah sujud bacaan. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat iaitu apabila dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud. Ayat inilah disebut ayat sajdah dan sujudnya disebut sujud tilawah.

2. Sujud tilawah disunatkan tidak hanya pada waktu solat tetapi juga di luar solat. Namun dalam solat berjamaah, sekiranya imam tidak melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud kerana makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam.

3. Sujud tilawah juga boleh ditangguhkan. Misalnya ketika sedang di jalanan tiba-tiba kedengaran seseorang membaca ayat sajdah. Maka tidak diharuskan sujud seketika itu juga kerana untuk melakukannya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di tempat yang suci, sama seperti mahu mengerjakan solat.

4. Ayat-ayat sajdah itu ialah di surah:
    a.  as-Sajdah:15,

    b.  al-A'raaf: 206,

    c.  ar-Ra'd: 15,

    d.  an-Nahl:50,

    e.  al-Israa': 107,

    f.   Maryam: 58,

    g.  al-Haj: 18,

    h.  al-Furqaan: 60,

    i.   an-Naml: 26,

    j.   Fussilat: 38,

    k.  al-'Alaq:19,


    l.   an-Najm: 62,


    m. Insyiqaaq: 21,

    n.  Shaad: 24.



5. Cara melakukan sujud sajdah di luar solat menurut mazhab Syafi'e ialah dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan membaca sepotong ayat ketika sujud


Kemudian kembali duduk dan memberi salam.

6. Manakala ketika di dalam solat pula cara melakukan sujud sajdah ialah sebaik sahaja membaca ayat sajdah, hendaklah terus bersujud dan membaca bacaan seperti di atas (di dalam sujud). Setelah itu berdiri semula meneruskan bacaan seterusnya.

Moga ada manfaatnya. InsyaAllah.




Isnin, 3 Oktober 2011

Pendidikan Solat

Agama kita menganjurkan supaya anak-anak dididik mengerjakan solat atau sembahyang sejak berusia tujuh tahun lagi. Anjuran ini terkandung dalam sepotong hadis Nabi SAW:

"Suruhlah kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidak solat)".

Suruhan dan latihan melaksanakan solat serta ibadah-ibadah lain seperti berpuasa, akan membiasakan anak-anak untuk mudah mentaati titah perintah Allah SWT.

Kebiasaan mereka mematuhi suruhan Allah SWT dan Rasulullah SAW akan dapat mempersiapkan individu kanak-kanak tersebut menghadapi alam kedewasaan dengan penuh yakin dan bersemangat.

"Anak-anak yang mendapat didikan beribadat di peringkat asas ini akan memiliki kesihatan jasmani, kemuliaan akhlak dan berperwatakan yang disukai ramai".

Sumber dari buku "Indahnya Hidup Bersyariat" susunan Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid


Buku ini merupakan modul fardhu ain untuk diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Boleh didapati di semua kedai buku. Jom!

Ahad, 2 Januari 2011

IBADAT

Pengertian Ibadat
1.  Ibadat dari segi bahasa ialah merendahkan diri, tunduk, patuh dan taat. Menurut syarak, ibadat bermaksud taat, patuh dan merendahkan diri kepada Allah S.W.T.

2.  Kepatuhan kepada Allah S.W.T hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat.

Mengapakah manusia dijadikan?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan agar mereka menyembahKu."
(Surah Al-Zuriat, Ayat 56)

Pembahagian Ibadat
Dalil di atas jelas membuktikan bahawa tujuan utama Allah S.W.T mencipta manusia adalah untuk beribadat kepadanya.
Ibadat terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1.  Ibadat khusus
2.  Ibadat umum

Ibadat Khusus
Ibadat khusus ialah ibadat yang disyariatkan untuk mengerjakannya iaitu solat, puasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji.

Ibadat Umum
Ibadat umum pula ialah melakukan perkara yang baik atas kerelaan kita sendiri. Contohnya membantu membersihkan surau, membuang kayu di tengah jalan, membantu orang buta melintas jalan, memberi kucing makan dan sebagainya.

Syarat-syarat Ibadat
1. Amalan yang dilakukan hendaklah sesuai dengan kehendak syarak.
2. Amalan yang dilakukan hendaklah bertujuan baik.
3. Ketika melakukan kerja, hendaklah sentiasa mengikut hukum syarak dan tidak menzalimi orang lain.
4. Hendaklah tidak lalai daripada ibadat yang wajib.

Syarat-syarat Penerimaan Ibadat
1.  Beriman kepada Allah S.W.T - ibadat orang kafir tidak diterima Allah
2.  Ikhlas kerana Allah Taala - segala ibadat yang kita lakukan hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T dan bukan untuk dipuji-puji oleh orang lain.
3.  'Ittaba'u - iaitu mencontohi Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik manusia untuk kita contohi.


2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...