Isnin, 19 November 2012

Sujud Tilawah

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka."

Huraian Hadith:

1. Tilawah ertinya bacaan. Maka sujud tilawah ertinya adalah sujud bacaan. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat iaitu apabila dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud. Ayat inilah disebut ayat sajdah dan sujudnya disebut sujud tilawah.

2. Sujud tilawah disunatkan tidak hanya pada waktu solat tetapi juga di luar solat. Namun dalam solat berjamaah, sekiranya imam tidak melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud kerana makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam.

3. Sujud tilawah juga boleh ditangguhkan. Misalnya ketika sedang di jalanan tiba-tiba kedengaran seseorang membaca ayat sajdah. Maka tidak diharuskan sujud seketika itu juga kerana untuk melakukannya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di tempat yang suci, sama seperti mahu mengerjakan solat.

4. Ayat-ayat sajdah itu ialah di surah:
    a.  as-Sajdah:15,

    b.  al-A'raaf: 206,

    c.  ar-Ra'd: 15,

    d.  an-Nahl:50,

    e.  al-Israa': 107,

    f.   Maryam: 58,

    g.  al-Haj: 18,

    h.  al-Furqaan: 60,

    i.   an-Naml: 26,

    j.   Fussilat: 38,

    k.  al-'Alaq:19,


    l.   an-Najm: 62,


    m. Insyiqaaq: 21,

    n.  Shaad: 24.



5. Cara melakukan sujud sajdah di luar solat menurut mazhab Syafi'e ialah dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan membaca sepotong ayat ketika sujud


Kemudian kembali duduk dan memberi salam.

6. Manakala ketika di dalam solat pula cara melakukan sujud sajdah ialah sebaik sahaja membaca ayat sajdah, hendaklah terus bersujud dan membaca bacaan seperti di atas (di dalam sujud). Setelah itu berdiri semula meneruskan bacaan seterusnya.

Moga ada manfaatnya. InsyaAllah.




2 ulasan:

Unknown berkata...

Makna ayat sajdah tu kurang lengkap...
جزاك الله خيرا

Unknown berkata...

"Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...