Ahad, 4 November 2012

Pemanggang Ajaib



Nama komersial adalah Ikan Pemanggang Ajaib. Walaupun ajaib, tapi korang kena masak juga tau. Bukannya korang sebut "Ayam Panggang Madu"!, terus jadi dalam pemanggang tu. Oh! Bukan macam tu ya. Aku rasa la.. setiap rumah sudah ada sekurang-kurangnya satu sebab apa.. masa aku balik raya haji ke kampung CK di Kelantan, mak mertua aku, adik ipar aku, mak mertua adik ipar aku, sepupu CK yang duduk kat rumah depan tu pun semua dah ada. (He.. termasuk la aku..)



Nak kongsi dengan korang tentang keajaiban pemanggang ni. Sebenarnya ia banyak memudahkan kerja kita dalam penyediaan memasak. Contoh macam nak buat Ayam Panggang Madu tadi tu kan.. kita dah tak payah bakar arang.. then curah minyak.. kipas-kipas plak bagi api sentiasa marak... berejam gak la kalau nak makan ayam panggang tu.. tapi.. bila guna pemanggang ni kita dah boleh pintas beberapa proses kerja. Lepas ayam diperap, boleh la kita masukkan terus ke dalam pemanggang tu.. tak yah dah kipas-kipas.. boleh pergi jemur kain plak. Resepi korang boleh cari kat abang google ke, kakak yahoo ke dan lain-lain. Macam-macam ada.

Setakat ni, aku dah guna untuk memanggang ikan (freshly keras dari freezer terus basuh-basuh, sapu sikit dengan sambal tumis kemudian balut dengan daun kunyit.. guna api perlahan). Alhamdulillah, sedap dimakan dan cepat dimasak. Yang bestnya tak perlu guna minyak dan bekasnya mudah dibasuh. Guna span lembut je. Jangan guna berus kawat tau..

Aku dah cuba juga panaskan roti canai segera.. tak payah bubuh minyak.. hehe.. kalau lama sikit dia jadi 'crispy'. Sedap dimakan bersama gula. Panaskan lauk-lauk kering pun sangat ok. Contoh:
1. Ayam goreng yang digoreng pada waktu pagi tetapi ingin dimakan pada waktu petang.
2. Sate yang kita beli semalam tak habis dimakan. Boleh panaskan untuk sarapan pagi pulak.(Lepas ni dah boleh buat sate sendiri je.. InsyaAllah)
3. Apa-apa lauk yang korang tak abis makan dan telah dimasukkan dalam freezer.


Baiklah. Sebenarnya ia tidak terhad kepada makanan kering sahaja, makanan berkuah pun boleh, Carilah resepi. Aku nak kongsi pun tak tau sangat sebab tak buat lagi. Haha.. Yang bestnya jugak.. pemanggang ni boleh berfungsi sebagai ketuhar (oven). Nak buat kek atau puding roti pun sangat ok. Jimat masa dan tenaga serta perasaan jadi riang. Kurang stress maka makanan pun dimasak dengan kasih sayang. Sedap untuk dinikmati semua.

Ok. Aku cuma nak berkongsi maklumat dengan korang. Aku tak jual pun malah aku pun beli dari kawan yang tolong membeli. Moga informasi aku kali ini dapat menceriakan hidup kalian.

Tata titi tutu..

p/s: entri kali ni guna bahasa santai saja, atif pun tanya, ibu bercakap dengan sapa tu? aisshhhh.. kena guna bahasa buku jugak la nampaknya..




Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...