Selasa, 23 Disember 2014

Aktiviti di kala hujan renyai @ Bubblelab


Alhamdulillah.. cuaca kat Penang masih dalam keadaan yang tidak membahayakan. Moga hujan yang turun memberi manfaat kepada semua makhluk.. Sentiasa kita amalkan doa ini dan moga saudara kita di Kelantan, Terengganu dan Pahang dipelihara dari musibah banjir. yang berterusan.



Penang masih sentiasa disimbahi dengan hujan renyai yang tak berhenti.. oleh itu.. matahari pun cam segan nak keluar.. baju di ampaian sudah dua hari tak kering.. moh le kita pegi keringkan.. tiga hari berturut aku jadi pelanggan Bubblelab ni.. self-service laundry.. 24hours operation.. 

Inilah aktiviti dalaman kami di kala hujan :


mak budak ni dok terbongkok-bongkok lipat kain kat hujung sudut tu sementara tunggu satu batch kain dalam dryer.. yang si anak kecil berlari sana-sini atas arahan kakaknya.. dah macam playground la plak..

Soalan penutup.. apa cara anda dalam menangani masalah kain baju yang tak kering ni?
Jawapan penutup... kalau dah hari-hari pergi keringkan kain kat kedai dobi, cam dah boleh beli mesin pengering untuk kegunaan di rumah.. (sendiri tanya sendiri jawab)

p/s: rajin plak aku update blog time hujan-hujan ni.. pasni boleh citer pasal Bubblelab..




Isnin, 22 Disember 2014

Nasi Briyani Kambing


Seperti yang dijanjikan.. aku nak kongsi cara mudah masak Nasi Briyani Kambing.. 

Bahan-bahannya :

1. 500 gram kambing perap Hatinie's Kitchen - korang boleh beli dengan ejen yang berdekatan.. perapan dia memang sedap dan produk keluaran Muslim.. tak pun korang perap la ikut resepi yang korang suka yang mana kambing perap tu pun sesuai untuk dibakar. Rupanya macam kat bawah.. aku amik dari blog hatiniekitchenledangmuar.blogspot.com. Ada macam-macam produk lagi. Korang boleh cuba usha. Kalau korang kat Penang boleh order dengan kawan aku. Kitorang shopping barang basah pun dalam opis je sekarang.. cepat, mudah, sedap. 





siap ada sos lada hitam.. yang tu aku guna kalau nak buat kambing bakar.. memang sedap tau.. banyak kegunaan sos tu.. nanti-nanti la citer..

hatinie's kitchen



2. 1 peket Rempah Nasi Briyani cap Iman (senang dapat kat Agro Bazar - produk keluaran muslim gak ni)



ini lah perencah Nasi Briyani Iman ... harga pn ada lg...keh keh keh 

3. 3 pot kecik beras yang dah dibasuh dan ditoskan
4. Dua sudu minyak sapi (tak de pun tak pe)
5. Segenggam kismis
6. 4 pot kecik air
7. Periuk Noxxa
8. Tenaga elektrik.. hehe


Cara nak masak :

1. Masukkan kambing perap dan tekan fungsi "High Pressure" selama 6 minit.
2. Pastu.. bukak periuk dan masukkan minyak sapi.. Guna fungsi "Stir Fry" plak.. Daging tadi masih belum empuk sangat tapi dah kuar airnya.
3. Masukkan rempah briyani Iman (perlu dicampur kedua-dua peket kecik rempah dalam peket tu dan kacau dengan sedikit air sebelum ditumis). 
4. Masukkan beras yang dah dibasuh tadi. Kacau rata.
5. Masukkan kismis. Kacau rata.
6. Masukkan 4 pot kecik air (sama saiz pot beras tadi tu). Kacau rata.
7. Tutup periuk dan tekan fungsi "High Pressure" untuk tempoh 8 minit.
8. Boleh la buat kerja lain pulak.. buat jelantah ke.. jangan kacau.. hehe
9. Cukup masa.. tunggu sampai periuk boleh dibuka.. kemudian boleh la dikacau semula
10. Siap dihidang

Rupa paras lebih kurang macam ni.. ni pun gambar ehsan pakcik google.. sila percaya dan selamat mencuba!

nasi briyani daging 300x225 RESEP MASAKAN NASI BERIANI(ACEH)

p/s : boleh gak kalau korang tumis dulu rempah tu dengan minyak sapi.. guna fungsi 'Stir Fry'.. masukkan kambing perap.. beras.. air.. kismis.. kacau.. kemudian tutup dan tekan fungsi "high pressure" 12 minit.. pun jadi jugak..
boleh cuba kedua-dua kaedah.. tapi aku lebih suka kaedah yang pertama selepas aku cuba kaedah yang kedua.. 
kenapa?
hanya pengalamian yang boleh beri jawapan.. hehe




Sabtu, 20 Disember 2014

Periuk Bertekanan Tinggi - Noxxa

Salam semua.. sekarang ni Malaysia tengah bertarung dengan pasukan Thailand.. aku tunggu keputusan je la nanti.. kalah menang adat pertandingan.. semua kena terima dengan hati terbuka.. kena 'sporting'.. sapa tak nak menang kan? dan sapa yang nak kalah kan? tapi salah satu pasukan mesti mengalaminya.. sama ada kalah atau menang.. doa aku moga kita semua diberi hidayah Allah.. dapat masuk syurga tanpa hisab.. tak mo berkecik-kecik hati pasal bola.. jom citer pasal periuk lagi best.. hehe..

Nak kongsi dengan korang satu benda yang dah lama di pasaran.. kena beli kat Amway tapi brand Noxxa.. nak cerita pasal periuk bertekanan tinggi.. high pressure cooker..

Sebenarnya aku dah pakai hampir setahun dan Alhamdulillah banyak memudahkan kerja harian aku dalam menyediakan hidangan untuk seisi keluarga dan tetamu.. baru berani nak kongsi kat sini lepas dah buat macam-macam masakan.

Aku memang ingin sangat memiliki satu periuk tekanan tinggi.. sebabnya nak bagi cepat sikit masak sup tulang.. kalu korang ada terbaca entri aku sebelum ni pasal masak sup tulang mesti korang pun bersetuju dengan keputusan aku membeli sebuah periuk tekanan tinggi. 

Antara ciri utama yang aku beratkan haruslah :
1. Bertekanan tinggi
2. Menggunakan elektrik sebab senang nak bawak berjalan (cewah!)
3. Aku senang nak kendalikan sebab aku ni penakut
4. Senang nak bersihkan

Pastu aku pun survey periuk yang ikut keperluan (bukan kehendak ok)  aku tu kat Langkawi.. yang ikut ciri pertama memang banyak tapi tak satu pun ikut ciri kedua. Maka semuanya ditolak. 
Pencarian masih diteruskan sehinggalah kawan aku buat demo pasal periuk ni.. Aku terpikat kerana dia memenuhi kesemua ciri yang aku perlukan dan ada ciri bonus lagi.. Apa lagi.. terus la beli secara ansuran selama 3 bulan.. hehehe..

Ni la rupa paras periuk tekanan tinggi Noxxa tu.. ehsan dari pakcik google..

noxxa pressure cooker noxxa pressure cooker s guarantee card

Ciri bonus yang ada kat periuk ni..
1. Steam (kukus)
2. Stir fry (goreng)
3. Reheat/Warm (panaskan semula)
4. Slow cook 
5. Low Pressure
6. High Pressure - ciri utama yang aku cari

Alhamdulillah.. Allah kabulkan doa aku..

Langkah seterusnya.. aku cuba masak nasi.. 8 pot kecik.. cuma 8 minit saja.. hehe.. syukur.. tetamu nak tambah nasi pun tak terputus suap.. selain dari masak sup tulang yang mengambil masa 45minit berbanding 1jam setengah sebelum ni, aku dah cuba masak Nasi Beriyani Kambing.. mak aku tengok aku masak guna periuk tu terus terletus ayat dia "hmmmm... kalau gaya macam ni.. orang buta pun boleh masak.." 

Apa pendapat korang dari ayat mak aku tu? Kih kih kih..

Entri selepas ni.. cara memasak Nasi Beriyani Kambing dalam tempoh setengah jam saja..
Tungguuu!!!




Jumaat, 19 Disember 2014

Allah Sebaik-baik Perencana

Salam Jumaat
Hari ni dah 19Disember.. 2014 hampir ke penghujungnya..
Minggu depan students cuti seminggu.. sejak Rabu lagi diorang cam dah tak de mood nak belajar.. Aishhh... pastu berjangkit kat aku plak.. konklusi minggu ini..

 "Setiap kejadian ada alasan. Bukan kebetulan. Allah sebaik-baik perencana. Cepat atau lambat akan dapat dirasa hikmahnya. Sabar dan solat serta yakin pada Pencipta. InsyaAllah."





Isnin, 1 Disember 2014

Pengurusan Asma 2

Salam Safar 1435 semua.. Moga anda semua di bawah rahmat Allah sentiasa.. In shaa Allah..

Lama tak bersiaran kan.. sebelum mula menulis rasa banyak idea.. tengok semua benda cam ada idea nak tulis.. tapi bila dah di depan komputer.. idea terbeku la pulak.. huhu

Sebenarnya aku nak sambung sikit pasal pengurusan asma sebelum ni.. sekarang aku amalkan juga minum susu kambing.. bancuh yang serbuk.. beli terus dari kilang.. sekilogram RM60.. kalau korang berhajat nak membelinya.. aku boleh tolong belikan dan pos pada korang.. harga kat atas tu belum masuk harga pos.. biasanya untuk sekg dalam RM9 la.. jumlah RM69 je..
hantar emel ke noorulmdsalih@yahoo.com

Yang bagusnya.. ianya boleh diminum oleh semua peringkat.. bayi aku tak pasti la.. tapi aku seisi keluarga minum susu ni.. Atiqah yang dah umur 4 tahun pun minum juga.. Ianya mengenyangkan.

Cuba bancuh dengan air suam sebelum tidur. In shaa Allah dapat tidur yang berkualiti dan mudah bangun. Korang tidur dalam pukul 11 malam, in shaa Allah boleh bangun pukul 5 pagi.. Selepas beberapa hari diamalkan, rasa nak makan tu kurang sebab kenyang. Maknanya kita akan makan dalam kuantiti yang sedikit. Bila dah makan sikit, makanya berat badan pun boleh turun. Itu faedah yang kedua. Hehehe.

Ada banyak faedah lagi sebenarnya.. Susu kambing juga susu kedua terbaik selepas susu ibu. Pengidap asma macam aku ni alah pada laktos namun aku perlukan kalsium dalam badan.. Alternatifnya ada pada susu kambing.

Kesimpulan di sini, aku sekeluarga adalah penggemar susu kambing dan dagingnya juga. Nanti aku kongsi satu resepi untuk daging kambing dengan anda semua yang menjadi kegemaran kami sekeluarga dan rakan sekerja. Hehe





Ahad, 9 November 2014

Pengurusan Asma @ Lelah

Salam Muharam semua.. dah masuk tahun hijrah yang baru.. maknanya umur kita semakin bertambah dan masa hidup kita semakin pendek.. tanda semakin hampir kita dengan akhirat.. Oh! Apa persiapan kita untuk diaudit nanti? Sebelum akhirat, tempat persinggahan adalah alam kubur.. Bila bayangkan kita bakal keseorangan dalam kubur, tinggalkan semua yang ada kecuali amalan kita, takutnya.. Moga Allah beri kita kekuatan untuk terus beramal dan menyebarkan ilmu yang ada.. Amin

Tajuk aku kali ni agak serius sikit. Nak berkongsi ilmu dengan kawan-kawan melalui blog picisan aku ni. Aku pun sebenarnya penghidap asma tegar (sebelum ini). Alhamdulillah, dengan izin Allah, asma aku dapat diuruskan dengan baik.

Asma ni penyakit yang mengganggu pernafasan. Kira guna bahasa orang kebanyakan la eh. Kat utara, asma ni diorang panggil 'penat'. Kalau orang Johor, penat tu bermaksud letih dan asma kami panggil 'semput'. Hahaha.. moralnya.. asma = semput = lelah = penat.

Ok.. bila asma menyerang, kita rasa dada kita ketat, nafas jadi pendek. Sebelum tu mungkin kita batuk atau selsema atau alah dengan habuk atau alah dengan cuaca panas atau sejuk. Sebenarnya saluran pernafasan bengkak dan jadi sempit. Kita susah bernafas, nak baring pun tak boleh. Oh! Orang yang mengalaminya je yang tau. Biasa kalau pegi klinik, doktor terus bagi cuti sakit dua hari. 

Alhamdulillah, asma aku tak diwariskan kepada anak-anak. Kira bukan harta pusaka la.. Aku kena asma sejak kecil, bila masuk sekolah asma aku hilang. Datang semula lepas aku bersalin anak pertama. Konon-konon nak makan jamu lepas bersalin tapi air masak kurang diminum, maka batuk mula menyerang kerana badan terasa panas dan berpeluh. Seterusnya, asma pun datang menjengah.

Sejak tu, kerap gak asma aku datang ziarah. Cuaca sejuk dia datang, cuaca panas pun dia datang. Ais dah tak boleh minum. Hilang nikmat makan masa tu. Masa tu kalau asma datang, aku bawak pegi klinik supaya dia balik. Hehehe.. Kira asyik makan steroid je la.

Serangan asma aku agak kronik masa aku mengandung anak kedua, asma yang datang tak mau balik-balik. Nak makan ubat steroid tak boleh sebab mengandung. Doktor bagi serpihan kristal. Masukkan dalam air panas, kemudiannya wapnya disedut untuk membuka rongga pernafasan. Namun masih tiada keizinan dari Allah. Aku cuba berurut. Alhamdulillah. Makcik urut jumpa urat bersimpul aku dan dileraikannya. Asma pun tak jengah untuk tempoh yang lama.

Namun asma masih tak lupakan aku. Datang lagi dan aku cuba gunakan alat penyembur pelega (reliever inhaler). Setiap kali kena serang, aku sedut dua kali. Sampai satu tahap, tak lega pun. Seram dah. Doktor bagi pulak aku guna alat penyembur pencegah (preventer inhaler). Guna setiap pagi dan petang. Alhamdulillah. Sepanjang aku gunakannya, asma tak datang.


alat sembur pelega.. guna bila perlu (bila diserang asma)

yang ni pulak alat sembur pencegah.. guna setiap pagi dan petang

Walaubagaimanapun, aku hanyalah manusia biasa. Culas juga dengan disiplin. Hehehe.. Bila mengandung anak ketiga, asma datang kembali, Pastu, nak bersalin secara pembedahan pulak. Cuak berganda di situ. Doktor bius datang terangkan risiko yang mungkin dihadapi oleh pesakit asma macam aku semasa pembedahan sedang dijalankan. Sudah semestinya, mati la kan. Masa tengah operasi tu, doktor bagi aku bantuan pernafasan sebab takut aku kalah dengan ubat bius. Alhamdulillah. Selamat dan mudah semuanya.

Lepas bersalin, aku cuba makan habbatussauda hingga kini. Alhamdulillah,. Asma aku tak datang jengah dah hingga kini. Habbatussauda tu ada dalam dua jenis. Dalam bentuk perahan minyak dan serbuk. Dua-dua pun ok. Cuba korang amalkan. InsyaAllah. Banyak penyakit hilang. 



aku makan yang ni.. ada 24kapsul. Makan sebiji nak tidur dan sebiji lepas bangun tidur. Dos 450mg. Dalam bentuk perahan minyak. Ada cap pharmaniaga. Harga lebih kurang RM12. (yang ni gambar dari google)




kadang-kadang aku makan yang ni.. dari syarikat yang sama cuma tak da cap parmaniaga. Murah sikit. RM10. Sama dan serupa dari segi jumlah kapsul dan dos (450mg). Sesuai untuk umur 12 tahun ke atas.


aku mula makan habbatussauda yang diproses oleh Syarikat Jaafar Rawas, Kelantan. Yang ni serbuk dalam kapsul. Murah sikit. Isi 60 kapsul. Harga RM25.


 

yang ni boleh titik dalam mulut baby. RM20 sebotol.  Mudahan untuk hilangkan lendir dan kahak. Bagus untuk hilangkan radang kulit (ekzema). Aku beli kat Syarikat Jaafar Rawas di Kelantan. Bagus amalkan pada anak-anak. Sistem imun jadi kuat. InsyaAllah.


 aku sekeluarga amalkan gak makan madu setiap pagi. RM10 je sebotol kecil.


antara madu pilihan kami sekeluarga. RM75 untuk botol besar. 


aku amalkan juga minyak zaitun 2 biji setiap pagi. Isinya 20 kapsul = RM10. Alhamdulillah, bagus untuk lutut, kawal kolesterol jahat dan darah tinggi.



yang ni losyen minyak zaiton. RM18. Aku spray kat rambut aku sekeluarga. Boleh jadi ubat pencegah kutu. Hehehe.. sebab kutu tak boleh bergayut kat rambut yang licin. Sapu juga di muka dan
 tangan untuk cegah radang kulit. InsyaAllah.


minyak zaitun dalam botol besar pulak (RM25)  aku guna untuk tumis-tumis sayur dan  renjis kat daging burger. Katanya boleh hilangkan lemak tepu dalam burger tu.

Korang cuba la. Niatkan pemakanan sunnah. InsyaAllah. Di zaman kerosakan umat ni, kalau kita amalkan sunnah (dari sekecil-kecil ke sebesar-besar sunnah), Allah beri ganjaran 100 pahala mati syahid. Jom kita!

Wallahu'alam.



Khamis, 16 Oktober 2014

Baik vs Jahat

Tipah : Ibu, betulkan kalau kita buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat?
Ibu : Betulll...
Tipah : Maknanya, kalau orang buat baik kat kita, kita kena buat baik dengan orangkan?
Ibu : Ya..
Tipah : Jadi, orang buat jahat kat kita, kita pun balas jahat jugak ke?
Ibu : Yang tu tak betul..
Tipah : Kenapa? Tadi ibu kata betul!
Ibu : Ya la.. yang tadi tu peringatan untuk semua.. kalau kita buat baik, kita akan dibalas dengan yang baik-baik jugak.. tapi kalau kita buat jahat.. kita akan dibalas dengan yang jahat-jahat jugak.. Kan ibu dah pesan, kalau kita tak suka orang buat sesuatu pada kita, contoh macam ejek-ejek orang.. makanya kita janganlah ejek-ejek orang. Faham kan?
Tipah : Paham.. hehehe





Isnin, 8 September 2014

Doa agar dimudahkan urusan dan ucapan

Salam semua..
Maaf ya.. entri sebelum ni macam garang sikit walaupun aku memang garang..hehe.. kebetulan pulak lepas aku up entri tu.. harga rokok pun naik.. sekotak jadi RM13.. memang merokok ni lambang kekayaan la.. hahaha..

Masa taip entri sebelum ni.. Atif ada kat sebelah.. boleh dia selamba je sound.. "Ibu ni ye ke nak belasah orang tapi Atif tengok dengan katak pun ibu takut..".. Oh! Sentap kejap tapi memang itu la kenyataannya.. Yang Atiqah pulak kata, "Ibu, kenapa takut katak? Kan kita kena takut Allah Ta'ala je.".. Aku terkena lagi.. Muhasabah diri jap.. 

Apa aktiviti korang hujung minggu baru ni? Sabtu baru ni aku melawat anak rakan yang dilanggar motor.. teruk jugak keadaannya.. patah kaki dan pendarahan di kepala.. dibedah dan dikomakan (direhatkan) sebab otak masih bengkak dan sakit.. Mohon doa sahabat sekalian.. moga anak itu cepat sembuh.. sebelah katil anak kawan aku tu ada sorang baby yang masih belum diberi nama.. jantung bermasalah.. kedudukan lain dari biasa.. Moga Allah beri kesembuhan pada mereka semua.. memang hospital adalah antara tempat terbaik untuk kita muhasabah diri.. betapa sihat itu adalah nikmat yang tak boleh kita dustakan.. Allahurabbi..

Ahad pulak untuk aku buat 'spring cleaning'.. settle semua urusan kain baju (hari-hari sebenarnya tapi hari Ahad kerjanya lebih sikit).. masak pun ringkas je.. mee goreng + nasi putih + ikan goreng + kicap.. kenyang untuk tengahari dan malam.. syukur..

Malam Isnin tu sementara teman anak-anak susun jadual.. aku pun selak-selak jugak la buku untuk kelas hari Isnin.. ada 2 subjek = 5 jam.. dalam hati doa moga anak-anak murid faham apa yang aku nak sampaikan.. biasanya aku akan baca doa ni banyak-banyak sepanjang aku berjalan ke kelas.. bagus juga kita amalkan 21kali lepas solat subuh.. mudahan Allah tajamkan fikiran kita dan mudahkan urusan kita.. Amin

 

Doa ni pun elok dibaca sebelum kita memulakan ucapan.. moga apa yang kita sampaikan akan difahami oleh mereka yang mendengar dan bermanfaat.

Wallahu'alam




2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...