Ahad, 2 Januari 2011

IBADAT

Pengertian Ibadat
1.  Ibadat dari segi bahasa ialah merendahkan diri, tunduk, patuh dan taat. Menurut syarak, ibadat bermaksud taat, patuh dan merendahkan diri kepada Allah S.W.T.

2.  Kepatuhan kepada Allah S.W.T hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat.

Mengapakah manusia dijadikan?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan agar mereka menyembahKu."
(Surah Al-Zuriat, Ayat 56)

Pembahagian Ibadat
Dalil di atas jelas membuktikan bahawa tujuan utama Allah S.W.T mencipta manusia adalah untuk beribadat kepadanya.
Ibadat terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1.  Ibadat khusus
2.  Ibadat umum

Ibadat Khusus
Ibadat khusus ialah ibadat yang disyariatkan untuk mengerjakannya iaitu solat, puasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji.

Ibadat Umum
Ibadat umum pula ialah melakukan perkara yang baik atas kerelaan kita sendiri. Contohnya membantu membersihkan surau, membuang kayu di tengah jalan, membantu orang buta melintas jalan, memberi kucing makan dan sebagainya.

Syarat-syarat Ibadat
1. Amalan yang dilakukan hendaklah sesuai dengan kehendak syarak.
2. Amalan yang dilakukan hendaklah bertujuan baik.
3. Ketika melakukan kerja, hendaklah sentiasa mengikut hukum syarak dan tidak menzalimi orang lain.
4. Hendaklah tidak lalai daripada ibadat yang wajib.

Syarat-syarat Penerimaan Ibadat
1.  Beriman kepada Allah S.W.T - ibadat orang kafir tidak diterima Allah
2.  Ikhlas kerana Allah Taala - segala ibadat yang kita lakukan hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T dan bukan untuk dipuji-puji oleh orang lain.
3.  'Ittaba'u - iaitu mencontohi Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik manusia untuk kita contohi.


Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...