Isnin, 24 Januari 2011

Sejarah Kembali Berulang

CK tak de lagi minggu ni. So harus la ku pikirkan hendak ke mana kami empat beranak membawa diri. Hahahaha.. Tanya kat Atif dan Tipah jawapannya haruslah jasko. Aku pun orait je sebab dekat, senang parking, macam-macam ada dan yang paling penting senang nak handle kanak-kanak bertiga ni. Kami pun bersiap-siap sekadarnya dan bertolak ke jasko around kul 6 petang. Atiqah dok dalam bakul baby kat seat belakang dengan Atif. Tipah dok depan sebelah aku. Pada awalnya keadaaan terkawal tetapi bila sampai kat traffic light Masjid Perda, Atiqah mula menangis dengan kuatnya. Aku pun try control perasaan nervous sambil memandu.

Atif: Ibu, kita parking kat atas je la. Dekat sikit. Adik nangis ni.
Ibu: Ok. Atif cakap-cakap la dengan adik. Dah nak sampai ni.
Atif: Parking atas tau. Kalau parking bawah nanti takut sesat plak kita nak balik. (Bertuah ko! memperlekehkan ibu ya..)

Sampai la kami ke jasko. Aku pun terus la angkat Atiqah dan dia pun senyum-senyum gembira. Hmmm.. ko ni buat suspen ibu je. Rupanya dah tak mau baring lama-lama. Kitorang pegi round-round dalam jasko sambil cuci-cuci mata. Cam biasa keadaannya.. Tipah dok dalam troli, Atiqah dalam beg sangkut dan Atif tolong sorong troli. Setelah selesai semua urusan, kitorang pun nak balik ke kereta.

Atif: Ibu, dah gelap la. Dah maghrib ni. Kita belum sembahyang maghrib. (Hehehe.. ibu cuti..)
Ibu: Kita sembahyang kat rumah jom.
Atif: La.. kereta kita kat maner ni? Takkan parking kat atas pun sesat jugak.
Ibu: Nanti ibu tekan alarm ni. (Tot tot tot.. dekat dah tapi tak sure kat maner.. hehehe.. teruknya aku)
Atif: Alhamdulillah.. Allah bagi kita dengar bunyi kereta kita. Tapi kat maner kereta kita?
Ibu: Tu la.. ibu tak suka sangat parking kat atas ni. Dah la tak boleh bawak troli pas tu gelap je. Ni kita kena bawak barang lagi. Ok. Ibu try tekan alarm lagi. (tot tot tot). Haaaa!! Tu kereta kita.
Atif: Alhamdulillah. Lain kali kalau ayah tak de kita pegi KAFU je la. Tak payah pegi jasko. Asyik sesat je.
Ibu: (Cisssssssss!!!!!!)


2 ulasan:

Munir Kangsari berkata...

pandai ko Atif memperkotak-katikkan ibu ko yer...erhmmmm

Ahliacikgukhairul berkata...

haha.. budak zaman sekarang.. kena doa lebih lagi utk Atif ni..

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...