Jumaat, 28 Januari 2011

Besday Cik Tipah

InsyaAllah Selasa depan besday Cik Tipah yang ke 4 tahun.. biasanya aku order kek dengan kawan seopis dan hantar ke nursery dia je.. tak de hadiah.. setakat tu.. jangan tak sambut langsung kata orang.. yang lain-lain tu aku bagi doa sepanjang masa.. dan lagi aku tak berapa suka tiup-tiup lilin ni sebab takut air liur jatuh atas kek tu.. hehehe..

Kek kat bawah ni ditempah untuk Atif share dengan kengkawan senursery dia tahun lepas.. aku antara pelanggan pertama yang mintak khidmat kawan seopis ni.. sekarang ni Alhamdulillah dah banyak tempahan yang beliau dapat dan decoration juga sudah sangat cantik dan pelbagai pilihan yang ditawarkan.. boleh la terjah blog kawan ni dan place your order to her.. dia cover area Bertam dan Permatang Pauh sekarang ni..


kek dan muffin kat bawah ni untuk my beloved CK tahun lepas gak.. surprise untuk beliau hari tu.. aku hantar kat opis CK untuk dishare bersama kawan opis.. CK kata nasib baik aku tak letak umur dia atas kek tu.. hahaha.. orang lelaki pun segan gak ke?


muffin ni ada dua perisa.. blueberry dan strawberry.. (nak bagi hadiah blackberry tak mampu.. kira berry berry gak la kan..)


Kita kena bagi sokongan padu pada kawan seopis aku tu.. hehehe.. ini adalah jawapan standard aku kalau korang tanya kenapa tak maw buat sendiri. Dah.. dah.. jangan buat ulasan sendiri.. aku nak tolong promote blog kawan aku.. hehe

Moral : Bertambah umur maknanya semakin mendekat waktu untuk kita mengadap Allah. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah!


Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...