Singgah Jap

Selasa, 25 Januari 2011

Al-Fatihah

Semalam aku sempat menziarahi arwah ayah kawan sekerja aku. Asbab meninggal adalah sakit tua. Aku berpeluang melihat wajah arwah sebelum ditutup sepenuhnya. Tenang seperti sedang tidur. Tiada lagi hembusan dan helaan nafas. Tamat sudah kegiatan di dunia. Mayat dikapan dan dipakaikan serban. Wajah arwah kulihat seperti ulama-ulama terdahulu. Aman pemergiannya. Mudahan Allah pelihara beliau dari seksaan kubur dan api neraka. Amin.

Apa yang hendak aku kongsikan sebenarnya.. bila sampai masa kita meninggalkan dunia ini.. tinggal la semua yang ada di dunia. Anak, suami, isteri, harta dan segalanya. Kita dimandikan, dikapankan (pakaian kita hanyalah kain putih dan kapas saja.. tak de warna warni dah..), disembahyangkan dan dikebumikan. Kenderaan kita hanyalah keranda kayu. No more Porshe or BMW (hehehe.. dua-dua aku tak de). Hanya diharapkan doa sedekah anak-anak, jariah yang kita buat dan ilmu bermanfaat yang kita sebarkan.

Betullah.. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails