Isnin, 21 Julai 2014

Akhir-akhir Ramadhan


Assalamualaikum

Hari ni dah masuk puasa ke 23.. Alhamdulillah.. Kita dapat berpuasa dengan aman. Dapat menikmati juadah berbuka dengan sempurna. Namun demikian, tetap terasa akan keperitan saudara kita di Gaza dan lain-lain tempat. Musibah Allah dalam pelbagai bentuk. Namun cara kita menanganinya adalah sama - dengan sabar dan solat.

Tahun ni aku tak rasa excited sangat nak sediakan persiapan raya. Beli sikit-sikit je yang perlu untuk anak-anak dan ibu bapa. Sendiri rasa sedih dan malu mengenangkan saudara kita di Gaza yang sedang diserang. Tambahan pula bila umur dah semakin bertambah ni, yang paling utama adalah dapat menziarahi keluarga di kampung. Fizikal dan mental kena siap siaga. Prinsip aku, korbankan la masa kita menziarahi dan melayani ibu bapa selagi mereka ada dan kita berdaya. Bila uruskan anak-anak sendiri, aku selalu terfikir akan kesusahan ibu bapa aku menguruskan aku dulu. Begitu juga dengan ibu bapa CK. Aku kahwin dengan CK bila beliau dah dewasa dan berdikari. So, kena fikirkan sama perasaan ibu bapa CK. Apa yang kita buat akan dicontohi oleh anak-anak. Banyak dah aku tengok. Balasan derhaka pada ibu bapa biasanya Allah bagi tunai di dunia lagi. Moga Allah ampunkan dosa aku dan korang juga.

Raya tahun ni giliran Kelantan dulu.. InsyaAllah raya ke2 boleh gerak ke Johor. Mak aku kata dia dah beli 15 ekor ayam, seguni bawang, seguni kentang. Amik ko... Pastu aku pun kata la kat mak aku.. mak jangan risau.. menantu-menantu mak mesti boleh masak punya.. diorang mesti berebut nak memenangi hati mak mentua.. hahaha.. 

Apapun, puasa sudah hampir ke penghujungnya.. rebut la pahala berganda yang hanya terdapat di bulan Ramadhan sementara masih berkesempatan.. 







Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...