Selasa, 19 Februari 2013

Undi

Perang bendera sudah bermula. Jiran aku pun dah menaikkan bendera pilihan parti mereka. Aku senyum je sebabnya aku bukan pengundi untuk negeri Pulau Pinang. Pilihan di tangan masing-masing. Kalau tengok tv dan baca surat khabar arus perdana, haruslah sudah tahu parti mana yang patut dipilih oleh rakyat kerana parti lain tidak mampu untuk menepati janji kepada rakyat. Itu menurut tv dan surat khabar. Cerita di sebaliknya kita tak tahu. In shaa Allah aku akan balik ke Johor untuk mengundi dan nampaknya CK terpaksa la mengorbankan undinya di Kelantan (aku suka mengundi ikut calon bukan ikut parti.. tapi.. parti yang menang yang akan menerajui negara.. macam maner tu? Kalau undi 'parti tupperware' ok tak?) . Apa pun, aku doakan agar Kelantan terus kekal diterajui oleh PAS. Kenapa? Sebabnya aku rasa seronok bila berada di Kelantan. Kebanyakan perniagaan diusahakan dan dimiliki oleh orang Melayu. Bengkel servis kereta pun banyak milik orang Melayu tetapi kalau di Pulau Pinang seperti "kau jangan mimpilah di siang maupun malam hari".

Maaf ya.. itu pandangan peribadi aku. Aku tengok rakyat Kelantan pun gembira dengan apa yang mereka ada. Kalau kat rumah pak mentua aku tak perlu bayar bil air sebab air mereka diperolehi daripada perigi. Cuma bayar bil elektrik untuk guna pam air. Haha. Bila elektrik terputus baru tak de air paip sebab tak boleh pam air. Itupun sangat jarang berlaku. Airnya pun bersih je.. tak la kotor seperti digembar gemburkan. Alhamdulillah.

Satu lagi.. bila tiba musim perayaan atau cuti yang agak panjang.. Kelantan akan sesak kerana diserbu oleh rakyatnya yang ingin pulang ke kampung halaman dan juga warga luar yang teruja membeli-belah di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur, Wakaf Che Yeh dan lain-lain lagi (termasuk la aku... hahahaha.. kadang-kadang saja nak berjalan walaupun tak de misi nak membeli barang pun.. beli beras pulut pun ok.). Makanan di Kelantan pun banyak yang unik dan sedap. Kira boleh jadi igauan la. Kiranya kalau aku balik kampung CK, tak payah kalut nak buat sarapan pagi sebab kami akan beli nasi berlauk, nasi kerabu, laksa, laksam dan macam-macam lagi. So, tak perlu pening nak pikir nak buat sarapan apa ya.. (tu yang bestnya kawin dengan orang Kelantan.. makanya kepada si gadis yang pernah kata orang Kelantan macam pelik dan mohon dijauhkan jodohnya dengan orang Kelantan.. sila la tarik balik kata-kata anda. Rugi woo!)

Ok la.. cakap banyak pun tak guna.. Undi anda rahsia.




1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...