Isnin, 4 Februari 2013

Aurat


Assalamu'alaikum sahabat..

Aku rasa terpanggil untuk menulis kali ini apabila seorang rakan mempertikaikan pemakaian purdah yang katanya seperti 'ninja' dan bertanya adakah ia menjadi kesalahan dalam etika berpakaian ke kuliah. Oh! Pada aku yang lemah iman ni, pemakaian purdah itu adalah satu mujahadah. Apa dia mujahadah?

"Mujahadah bererti bersungguh hati melaksanakan ibadah dan teguh dengan amal sholeh, sesuai dengan apa yang telah diperintahkan Allah SWT yang sekaligus menjadi amanat serta tujuan diciptakannya manusia. Mujahadah juga menunjukkan ketaatan seorang hamba kepada Allah, sebagai wujud keimanan dan ketaqwaan kepadaNya".

Sebenarnya apa yang patut lebih kita risaukan adalah sahabat kita yang masih belum menutup aurat ataupun masih belum menutupnya dengan sempurna. Allah hu Akbar! Moga Allah beri hidayah pada kita semua hambaNya.

Baru-baru ni aku terbaca satu kolum dalam sebuah akhbar arus perdana yang mana si penulis memegang kata-kata dari seorang ustaz "Bertudung itu tidak wajib tetapi yang wajib adalah menutup aurat". Beliau juga marah kepada mereka yang bertudung tetapi masih 'bermulut longkang'. Mengaku diri beliau tidak pandai dalam agama tetapi tidak pula jahil. Menganggap berbaju kurung itu sebagai sudah beragama Islam.

Hmmmm.. macam mana perempuan hendak menutup aurat tanpa memakai tudung/hijab? Makanan pun perlukan tudung saji untuk mengelakkan daripada dihinggapi lalat. Apatah lagi kita manusia yang telah diperintahkan supaya taat kepada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T :


Surah An-Nur, Ayat 31.

Maksudnya :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Asbabun Nuzul ayat 31 (sebab ayat ini diturunkan) : Hadrhrami meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang wanita yang mengenakan dua buah gelang kaki. Ketika berjalan di depan sekelompok orang, ia menhentakkan kakinya dengan maksud agar dua gelang kakinya berbunyi. (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

Moga kita sama-sama dapat mengajak semua ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran iaitu ammar makruf nahi mungkar dan bukannya ammar makruf ammar mungkar atau nahi maaruf nahi mungkar.

Wallahu'alam.







Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...