Kali ni aku nak berkongsi satu sketsa yang berlaku kepada aku baru-baru ni. Sama-sama kita hayati.
Soalan:
"Kak, kenapa saya kena ajar lagi subjek Company Law tu? Saya rasa sangat tensi la sebab saya kurang mahir subjek tu dan tak tau nak pelbagaikan pedagogi. Bukan ke saya dah bagitau pihak jadual waktu supaya jangan beri saya subjek tu..keee.. diorang memang saja nak pedajal saya? Yang saya pelik tu.. diorang kata.. pensyarah lebih berbanding dengan subjek yang ditawarkan.. Bila saya kata lagi mintak tukar dengan subjek lain.. diorang kata.. Awak cari la pensyarah ganti untuk Company Law tu.. Pulakkkk.. siapa saya yang nak cari ganti? Tak boleh ke buat 'team-teaching'? Kurang-kurang boleh la berkongsi tensi tu.. Apa pandangan akak?"
Cadangan Penyelesaian:
"Adik, tak bagus bersangka buruk. Berdosa kita tau. Diorang tu menjalankan tugas diorang. Cuba kalau kita yang berada di tempat diorang tu, tak tau macam mana pulak yang kita buat. Cuba berfikiran positif dan jangan berfikiran negatif. Kita anggap orang nak pedajal kita tetapi sebenarnya musuh kita adalah diri kita sendiri. Adik lapangkan dada. Terima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah. Mengadu pada Allah. Allah akan bagi ilham. Kadang-kadang apa yang kita tak suka itulah yang baik bagi kita. Mana tau lepas ni adik nak bukak syarikat, adik dah tau undang-undangnya. Anggap je tu semua sebagai ilmu baru untuk kita dan moga dapat dimanfaatkan oleh kita dan juga pelajar kita."
Itulah soalan dan jawapan yang berlegar-legar dalam diri aku sendiri. Moga Allah mengampuni dosa-dosaku dan mereka juga. Amin.
Oleh itu, mari kita baca Surah Alam Nasyrah. Moga Allah beri kemudahan kepada kita. InsyaAllah.
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu?
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
dan kami tinggikan sebutan namamu
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu uruusan),
kerjakanlah dengan sunguh-sungguh urusan yang lain
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan