Ahad, 17 Jun 2012

Perkongsian Ilmu

Hmmm.. apa kita nak cerita hari ni? Resolusi (azam) masa nak terjun ke dunia blog ni nak buat entri yang bermanfaat untuk semua di samping mengasah bakat menulis. Ada juga rasa macam nak jadikan blog sebagai diari peribadi tapi tak la jadi peribadi bila ianya dapat dibaca oleh semua. He.

Sambung semula.. tadi Atiqah terbangun dari tidurnya dan aku telah menidurkannya semula. (Itu antara cabaran dalam berblog.) Alhamdulillah. Bila dibaca ayat-ayat suci Al-Quran di kepalanya, maka terus la terlena semula. Bak kata Hamka Kereta Mayat, kita kena memanilupasikan syaitan. Macam maner? Buatlah perkara yang syaitan tak suka. Contoh mudah, bila kita tak boleh tidur malam, kita bacalah Al-Quran atau kitab "Fadhilat Amal", "Fadhilat Sedekah" ke atau bacaan yang boleh meningkatkan iman kita. Jadinya bila syaitan tak suka tengok kita buat perkara baik, maka syaitan akan mencelakkan mata kita supaya kita mengantuk. Lebih kurang macam tu la maksudnya. (Aku dah habis baca buku Saudara Hamka - Permata Yang Hilang Kini Dijumpai. Memang bagus untuk santapan umum. Cara penyampaian juga santai walaupun kadang-kadang bahasanya sedikit kasar tapi aku rasa lebih mudah sampai mesej yang tersirat. Anda boleh beli secara online dan lepas 2-3 hari insyaAllah akan sampai la ke tangan anda tanpa perlu ke kedai buku - tapi mungkin kena pergi ke pejabat pos andai waktu serahan anda tidak berada di alamat yang diberi. He.)


Azam nak kongsi ilmu bermanfaatkan? Terutama yang boleh meningkatkan iman. InsyaAllah. Jom kita baca sikit hadis buat panduan kita.

Diriwayatkan daripada Hazrat Mu'az bin Jabal Radiallahuanhu katanya,
"Rasulullah S.A.W telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara:
1. Jangan menyekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu apa pun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar.
2. Jangan kamu menderhakai kedua ibu bapa kamu, meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-harta kamu.
3. Janganlah kamu meninggalkan solat fardhu dengan sengaja kerana sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia terlepas daripada tanggungjawab Allah S.W.T.
4. Jangan sekali-kali minum arak kerana perbuatan ini adalah punca maksiat.
5. Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat, kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T.
6. Jangan lari dari medan pertempuran, walaupun semua rakan kamu telah terbunuh.
7. Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya.
8. Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu.
9. Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik dan
10. Takutkan anak-anak kamu kepada Allah S.W.T."
(Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tabrani)

Maksud "Jangan kamu mengelak daripada merotani..." adalah jika anak-anak tidak dirotan, mereka akan melakukan sesuatu mengikut sesuka hati mereka tanpa mengetahui mana yang elok dan mana yang buruk. Rotan sekadar yang dibenarkan - di bawah tapak kaki. Rasulullah S.A.W. juga menyarankan ibu bapa supaya menyuruh anak-anak yang berumur 7 tahun mendirikan solat dan merotani anak-anak yang berumur sepuluh tahun jika masih tidak mahu solat. Kiranya latihan solat dan tahu waktu solat diberi selama 3 tahun. Selepas itu, insyaAllah ianya akan jadi kebiasaan kepada anak-anak. Ibu bapa harus jadi model kepada anak-anak iaitu turut menjaga solat. :)

Anda boleh rujuk buku "Fadhilat Amal" yang disusun oleh Raisul Muhaddithin Allama Muhammad Zakariyya Rahmatullahi'alaih, dan diterjemah dan diterbitkan oleh pihak Era Ilmu Sdn. Bhd. (Cuba cari di kedai-kedai buku Islamik..)


Bagus sebenarnya baca buku-buku macam ini. InsyaAllah ianya dapat meningkatkan keghairahan kita untuk beramal. Juga bagus kita pergi ke majlis taklim. Banyak persoalan di jiwa kita akan terjawab waktu tu (he.. macam terkena batang hidung sendiri je).

Selamat membaca dan apabila sudah ada ilmu maka kita amalkan dan sebarkan. InsyaAllah. 




Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  😂 entri terakhir pasal...