Kali ni kita jalan-jalan cari makan ye dan jangan cari pasal. He. Sesiapa yang teringin @ penggemar daging kambing dalam pelbagai persembahan, boleh cuba di
sini. InsyaAllah tidak mengecewakan. Harga pun berpatutan dengan suasana, servis dan makanan yang dihidangkan. Daging kambing beku pun ada dijual. Ramai orang Penang sampai dah kat sini. Aku plak baru pertama kali walaupun dekat je dengan rumah aku. Tu yang nak share dengan anda sekalian. Boleh la dimasukkan sebagai tempat lawatan andai anda ke Pulau Pinang. Lokasi adalah di Kampung Pelet, Bukit Mertajam.
pintu masuk..
menu.. macam-macam ada.. nak seekor kambing panggang pun ada tau..
suami mithali a.k.a penggemar daging kambing.. sambil order sambil pangku anak..
air epal aku.. yang lain tak sempat amik gambar sebab sibuk menghayati pemandangan sekeliling dan apabila makanan sampai je kami terus makan.. time tu kelaparan adalah di tahap maharaja.. Alhamdulillah makanannya marvellous..
fakta mengenai daging kambing.. jangan lupa baca fakta mengenai haiwan yang di hujung kanan sekali.. apa komen anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan