Singgah Jap

Ahad, 22 Ogos 2010

Menu Sempoi Berbuka Puasa

Alhamdulillah.. hari ni dah hari ke 12 berpuasa.. sekejap je masa berjalan dan kalau kita tahu fadhilat bulan Ramadhan kita akan mintak ianya berlaku sepanjang tahun.. MasyaAllah..

Di kesempatan ini, aku nak mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran sama ada perkataan, tulisan maupun perbuatan yang disengajakan (ha? sengaja?) atau tidak. Mudahan amal ibadat kita Allah terima sepenuhnya.

Sebelum kita bercerita pasal kelebihan Ramadhan (InsyaAllah next entry).. nak share menu berbuka puasa tempoh hari (sesekali je masak.. hehehe.. kadang-kadang beli kat PARAM [pasar ramadhan].. senang dan santai..)..

Jom tengok apa yg ada.. semuanya masih di atas dapur ya..


sup tulang on da way.. ni adalah salah satu cara bagi menggantikan 'pressure cooker'.. kalau tudung periuk tu rata.. boleh la letak lesung batu kt atasnya.. lagi power tekanannya.. (sesuai utk mereka yg tidak memiliki periuk tekanan ya.. jgn jadikan alasan lagi.. hahaha)

rupa paras sup tulang sebelum dihias dengan bawang goreng (sedap kalau goreng sendiri berbanding yang segera) dan daun sup.. pastikan daging sudah empuk baru boleh hidang..

ikan pari dan ikan selar yang jadi mangsa kebakaran pada hari kejadian


air asam buat peneman kepada ikan-ikan bakar di atas



2 ulasan:

ziarah76 berkata...

meleleh air liur....


kami pun slalu buat mcm pressure cooker tu

tapi letak batu tumbuk kat atas

Fakeh berkata...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

Related Posts with Thumbnails