Hari ni dah 23 Ramadhan.. cepatnya masa berlalu.. umur semakin meningkat.. kematian semakin mendekat.. apakah bentuk transformasi yang kita dah buat?
Wah! Nampak cam serius je kan set induksi kali nih.. tajuk pun banyak hari pikir tau.. naik migrain.. haha.. macam-macam yang nak distorikan + dikongsikan.. kali ni nak buat kupasan sikit pasal transformasi.. sebabnya 1Malaysia Menjana Transformasi.. jadi sebagai rakyat Malaysia kita kena faham dulu apa maksud transformasi tu sendiri sebelum kita nak janakannya. Maknanya kita kena jadi 'transformer". Sehubungan dengan itu, tajuk entri ni adalah sempena cerita "TRANSFORMER" (versi Bahasa Melayu) yang maner setiap kali robot-robot tu nak tukar jadi kereta atau lori atau apa-apa aje diorang akan jerit "BERTUKAR".. (faham dah kan kaitan tajuk ngan entri? Maklum la kan.. ada gaya cam tengah mengajar sebab dok teringat-ingat kena cerap hari tu.. dah la aku tengah di alam percutian tiba-tiba disuruh mengajar.. tak ke terlompat terperanjat tuh.. Alhamdulillah ramai kengkawan yang baik budi sudi menolong aku menyiapkan segala bagai.. Allah je yang membalas jasa korang semua!)
Sambung lagi.. Transformasi tu maknanya dalam bahasa yang mudah difahami adalah merubah sesuatu kepada yang lebih baik. Hmmmmmm.... lebih baik macam maner eh? Pada aku.. transformasi untuk umat Islam adalah menjadikan Islam sebagai cara hidup dan bukan kepercayaan semata-mata.
Kebanyakan kita percaya akan Allah tapi belum cukup yakin sebenarnya.. aku bercakap dari pandangan aku yang lemah iman ni. Jadinya.. apa kata kalau kita buat transformasi dengan menanam keyakinan yang tinggi pada Allah. Allah yang memberi kita rezeki dalam apa juga bentuk (oleh itu jangan percaya sangat dengan iklan skim cepat kaya ataupun iklan yang dok kata.. sehari boleh dapat RM500.. seminggu RM5,000.. tu semua nak menipu kita dan mengugat keyakinan kita pada Allah yang mana seolah-olah kalau tak de duit habis la kita). Setiap usaha yang kita buat hendaklah mengikut landasan Islam yang sebenar kerana Islam tidak menghalalkan cara walaupun mempunyai niat yang suci. Contoh.. kita buat konsert amal untuk mengutip derma bagi membantu rakyat Palestin. Konsert yang mana bercampur lelaki dan perempuan dan 9 bulan selepas konsert tersebut diadakan negara digemparkan dengan kes pembuangan bayi pulak. Hehe.. rentetan daripada "usaha murni" yang asal tadi.
Satu lagi.. kita marah orang kafir menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka.. tapi kita guna juga nama tuhan mereka. Contoh... Oh! My God.. atau ringkasnya OMG.. meh kita buat tranformasi dengan mengagungkan nama Allah dan tak guna pakai langsung perkataan "GOD". ALLAHU AKBAR!
Masyarakat sekarang kata "Jangan jaga tepi kain orang".. tapi aku tengok kebanyakannya jaga dalam kain bukannya tepi kain.. sedangkan dalam Islam kita perlu menjaga tepi kain orang yang bermaksud berpesan-pesan dan saling ingat mengingati.. manusiakan mudah lupa (bukan melayu je yang selalu lupa). Sebab tulah kita kena sentiasa melihat kepada mereka yang kekurangan supaya kita dapat menginsafi diri serta mensyukuri nikmat Allah. Rasulullah masa nak wafat pun masih risaukan ummatnya sedangkan kita tak hirau pun dekat saudara kita masa kita masih hidup dan segar bugar nih. so.. apa bentuk transformasi untuk mengatasi permasalahan ni? Tidak sempurna iman seseorang melainkan beliau mengasihi saudaranya sebagaimana beliau mengasihi dirinya sendiri.. Renungkan.. renungkan.. renungkan... hehehe.. jangan sampai terlelap tau!..
Khamis, 2 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
-
Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah) haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah dite...
2 ulasan:
Kak, aku kalau renung selalu tidor terus...hehehehe...dah segak dah blog hang. Dah makin terer akak aku sorang ni
achique: hehe.. sebenonya aku pun nak terlelap time taip n3 tu.. ala.. missdieba yg tolong make-over kan.. sendiri belum gheti.. haha
Catat Ulasan