Sori ah.. rupanya ada lagi beberapa benda yg aku lupa nak bgtau... ni pun CK yg tolong ingatkan.. penting gak nih..
36. Jarum, benang, safety pin, jarum peniti
- yg ni memang kena bawak.. lgpun ikut sunnah bawak jarum benang biler berkelana
37. Lampu picit
- boleh guna masa kt Arafah.. taun lepas lampu lambat dipasang sbb hujan.. so better standby.. boleh guna utk baca Al-Quran @ cari barang time gelap
- guna kt Muzdalifah utk kutip 7 anak batu
38. Gunting kecik/lipat untuk bertahallul
- yg ni pun antara brg yg penting.. guna utk gunting sedikit rambut masa bertahallul.. bawak yg kecik @ boleh lipat dan masukkan dlm luggage.. jgn bawak tangan.. nti tak lepas masuk kapal terbang..
39. Garam halus
- tp kitorg beli kt saner je sbb tak tau (kt sana 5riyal tp kat Mesia 50sen je).. sebabnya makanan kt sana kena letak garam sendiri.. kebanyakkannya tawar dan aku rasa diorg tak letak garam langsung kot.. sbbnya kalau kt kedai makan org turki.. sebotol garam dia letak atas meja.. garam dlm bahasa Arab.. Sasa (tak silap aku la.. hehe)
40. International adaptor
- yg ni ada jual kt saner.. tp kalau sampai sana terus nak cas henset.. better bawak la dr Mesia.. (kt sana 5riyal - satu plug je .. kt sini RM40.. tp yg kt Mesia punya mahal pun berbaloi sebab semua jenis plug boleh masuk)
Seperkara lagi.. bg pengamal pil perancang keluarga tu dinasihatkan makan macam biasa.. abis satu pek berhenti dan biarkan haid dtg macam biasa.. then pas beberapa hari br sambung pek baru.. ikut dose yg ditetapkan.. jgn makan tanpa henti dgn niat supaya haid tak datang.. ditakuti dapat penyakit lain plak.. contohnya.. darah tinggi dll.. ni nasihat doktor petugas TH.. dan bagi mereka yg tidak mengamalkannya tp baru nak menerai2 time haji dgn tujuan menghalang haid.. yg ni pun tak digalakkan.. biar la ianya dtg secara semulajadi.. kena doa banyak mudahan dpt selesaikan aktiviti haji dgn sempurna dan selesa.. Allah Maha Pemberi..
Ok kot ni.. apapun aku doakan moga Allah mudahkan urusan kita hambaNya yang bersedia untuk menghambakan diri kita hanya pada Allah.. InsyaAllah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
-
Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah) haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah dite...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan