Isnin, 27 September 2010

Barang Keperluan Haji - Siri 3

Oh ya.. jangan bawak mi segera pegi ke tanah suci sebabnya kat sana pun banyak melambak.. tak larat nak makan.. silap2 boleh bawak balik Mesia pulak.. tapi kalu nak makan mi segera cap Maggie, Mamee dan lain2 tu kena bawak. Yang diorg dok bagi percuma masa kt Arafah dan Mina tu cap Indomie.. tahun ni tak pasti plak cap apa..

Sambung sikit lagi ya. Sebelum tu aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada yang aku terlupa.. sambil taip ni sambil bayangkan suasana di sana.. seronoknya.. InsyaAllah kengkawan sekalian pun akan mengalaminya bila balik ke tanah air.. rindu dendam yg tak terpadam..

Barangan seterusnya:

26. Cermin kecik
- utk org pompuan belek2 muka b4 solat sbb nak check ada tak rambut terkuar-kuar..
- one thing eh.. biler tengok semua org bertelekung putih.. nampak cam muda je..

27. Tuala kecik
- utk lap2 muka yg peluh2

28. Sejadah - mula2 sampai terus beli kt sana
- kalau kt Masjidil Haram, musim haji dah tak de karpet so kena la bawak sejadah sendiri. Time sembahyang subuh kalau kita sembahyang kat tingkat atas yg tak berbumbung.. lantainya sejuk hingga 'menangkap' punggung dan dahi.. bayangkan macam maner sejuknya walaupun waktu siang panas terik..

29. Sejadah kecik - beli kt sana gak
- sejadah kecik ni utk kita bawak time ziarah masjid2..

30. Al-Quran - mula2 sampai terus beli
- kita dilarang membawa Al-Quran dari Mesia.. so bila jejak je kaki kt tanah suci (Madinah @ Mekah) terus la beli Al-Quran kt kedai buku berdekatan sebabnya kita nak kena baca n khatamkan masa kt sana.. 100,000 x ganda pahala yg nak kita rebut..

31. Buku nota kecik + pen
- utk kita catit apa2 dan bawa sentiasa dlm beg sandang.. kot berjumpa dgn jemaah dr negara lain.. boleh la amik alamat emel diorg..

32. Buku rekod kesihatan
- buku ni kena sentiasa dibawa dalam beg sandang gak.. supaya kalau ada apa2 kecemasan org tau permasalahan kita.. InsyaAllah

33. Beg Sandang - akan diberi pada masa kita nak berlepas
- biasanya TM yg dok sponsor beg ni
- kena sentiasa bawa ke mana saja semasa berada di tanah suci
- bawa sekali dgn -
a. buku rekod kesihatan
b. cermin kecik
c. buku nota kecik
d. buku doa kecik yg TH bagi
e. ubat utk hari tu
f. tag nama
g. botol spray kecik
h. tasbih
i. apa2 yg korang nak bawak la.. tp jgn la semua nak isi dlm beg tu.. senget kang bahu memikul

34. Baju sejuk - sweater (ada gak jual kt Kompleks Tabung Haji time nak berlepas tu)
- yg ni kena bawak gak.. sebabnya malam2 sejuk wpun siang panas.. kalau nak ronda2 kedai waktu malam pas isyak tu cuaca cam sejuk gak la..

35. Alat2 mandian - sabun, shampoo, berus gigi, ubat gigi (biasanya Colgate sponsor)
- nyaris terlupa nak bg tau.. asyik sibuk sabun basuh baju sampai terlupa plak sabun basuh badan..

Rasanya cam semua aku dah bgtau.. nanti2 la kalau teringat lg.. haaaa.. kalau lebih selesa berbaju kurung berbanding jubah.. bawak la baju kurung.. ikut suka korang.. org TH tak marah punya..

Saiz beg yg lepas utk naik kapalterbang adalah 28inci.. lebih daripada tu tak boleh naik begnya..

Injection semua dah amikkan? kena amik 3 jap.. meningitis, influenza dan pheumonia..

Haaaaaaa... seperkara lg.. tak yah bawak duit tunai di tangan banyak2.. bawak la 300riyal dalam note yg kecik (1 riyal @ 5 riyal @ 10 riyal).. sebabnya maksimum duit di tangan yg boleh dibawa adalah 1,000riyal. So.. biar je duit dalam akaun tabung haji dan boleh kuarkan masa kt tanah suci nanti.. tunjukkan je tag nama kita dan bgtau brp banyak yg kita nak kuarkan.. settle..

Duit yg perlu ada dlm akaun:
1. 330riyal utk bayaran dam haji tamattuk
2. 450riyal untuk buat korban
3. belanja makan utk sarapan pagi n minum petang n supper (muassasah cuma sedia makan utk tengahari dan malam.. dan set minum pagi - uncang teh, gula & krimer untuk 40hr)
4. untuk shopping barang yg nak dibawa ke tanah air (ye la.. takkan tengok je.. tp kena utamakan yg no 1 -3 tu dulu)

Kalau korang nak tanya apa2.. boleh la tinggalkan komen.. no harm ok..

Tiada ulasan:

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...