Isnin, 27 September 2010

Barang Keperluan Haji - Siri 2

Sambung semula.. kena abiskan cepat entry ni sbb first flight berlepas ke Madinah adalah pd 8Oktober2010 ni.. seronokkan biler dengar orang dpt pg haji.. rasa nak ikut je.. Allah mewajibkan sekali seumur hidup je pegi tunai haji dan ianya rukun Islam ke5.. sesapa yang berkuasa/mampu usahalah untuk ke sana.. InsyaAllah kalau kita dah azam dan usaha.. Allah akan bantu dan terima jadi tetamuNya.. lagipun umur kita tak dapat nak jangka.. lagipun inilah jihad untuk orang pompuan.. jom!

Barang keperluan seterusnya..

11. Berus basuh baju
- ye la kan.. dah beli sabun + baldi @ plastik.. tak puas la basuh baju tak guna berus.. bawak yg kecik sudah..

12. Penyepit baju
- bawak gak la.. supaya baju kita tak terbang2 ditiup angin time dijemur tu.. dan dalam bilik pun kita nak guna gak

13. Mug bertutup
- yg ni aku bawak cap 'Tupperware'.. yg ada tutup.. senang sikit plastik yg tak beracun kan.. CK satu dan aku satu.. so tak gaduh.. sgt perlu utk kita amik air panas time makan kt Madinah dan kita nak bawak naik ke lif.. pihak TH sediakan cawan kertas.. kalau nak bawak masuk lif mau tertumpah air panas tu kt orang nanti.. nehi.. nehi.. kt Mekah diorg bg air mineral setiap kali waktu makan.. dan utk breakfast diorg bg set teh, gula dan krimer utk 40hari.. aku bawak gak extra gula yg dah packed kecik2 dan milo 3in1

14. Bantal angin
- aku beli bantal angin ni kt kedai seorang karkun.. diorg kan rajin keluar khuruj so tu salah satu barang keperluan diorg gak la.. bantal ni nak guna masa kt Arafah n Mina.. time nak guna baru tiupkan anginnya.. dalam bilik ada gak bantal kepala tp tak boleh la nak bawak kuar kan..

15. Sunglass
- perlu ada ni sbb skrg cuaca panas.. takut silau teramat.. kalau nak bawak topi yg boleh lipat2 pun ok gak..

16. Lip balm
- kes biasa jemaah haji mengalami masalah kekeringan.. tak kira la.. tapak kaki, bibir @ lidah.. tp lip balm buat sapu di bibir je

17. Losyen kaki
- biasa org lelaki yg kena kaki diorg kering merekah dan luka dan pedih.. sebabnya masa dlm ihram mana boleh pakai kasut bertutup/bersarungkan.. time tawaf diorg berkaki ayam je biasanya.. tu yg kaki jadi luka skit.. skit je..

18. Kasut - tulis nama & KT
- orang pompuan dinasihatkan pakai kasut bertutup yg rata (flat).. mudah utk berjalan kaki bg perjalanan yg jauh esp masa melontar.. hari tu aku beli kt Bata.. RM40.. aku guna sentiasa masa di Madinah n Mekah.. dan Alhamdulillah tak hilang dan ada lagi aku pakai sampai saat ini..

19. Selipar jepun - tulis nama & KT
- nama je selipar jepun tapi banyak didapati di Mesia.. penting gak ni utk kita pg bilik air masa kt Arafah n Mina
- taun lepas Bank Islam bg selipar so dah jimat tak payah beli

20. Beg/Uncang Kasut - tulis nama & KT
- ni pun penting nih.. kasut/selipar kena masukkan dlm uncang kasut dan ikat la kt pintu2 masuk masjid (kena kenal pintu mana kita masuk supaya kita dpt amik semula kasut kita tu). Sebabnya masa tawaf takkan la kita nak bawak sekali kasut kita tu kan.. dan pihak masjid biasanya dia akan buang kasut2 yang tak dimasukkan dalam uncang.. ni aku tgk dgn mata kapla aku sendiri..
- tahun lepas aku dpt dua uncang kasut ni dr Bank Islam dan TM

21. Panty liner - tak yah tulis nama
- keperluan org pompuan nih.. bawak lebih sikit.. kadang2 ada gak biler terbatuk kite terkencing.. kena sentiasa pakai dan kerap tukar..

22. Disposable panties
- bawak la dlm 10 helai utk digunakan di Arafah dan Mina. Time tu tak yah basuh2 baju sbb bilik air sgt la terhad dan perlu berkongsi dengan ribuan manusia.. tp make sure buang dlm tong sampah dan jgn buang merata2.. aku tgk ramai gak yg buang merata kt dlm toilet.. geli org lain nak masuk toilet tu.. Islamkan sukakan kebersihan.. lgpun malu kt org lelaki tgk benda2 macam tu..

23. Bilik air di Arafah/Mina - yg ni ada kt Mina/Arafah (tak payah bawak)
- kita perlu berkongsi dgn rakan2 seasia tenggara so masa penggunaan tu sgt terhad.. bawak baju bersih dlm beg plastik n tukar kt dlm bilik air sesegera yg mungkin.. kalu nak buang air kecik/besar kena selesaikan segera.. kesian kt org yg menunggu kt luar tu.. kalau nak mandi pun dah malam2 dlm kul 9 lebih ke atas.. time tu bilik air baru lengang.. pukul 2pg dah stat ramai semula..

24. Mask/Topeng muka
- bawak gak la stok mask ni sbb kt saner agak berdebu.. aku pakai gak mask dan kdg2 pakai purdah.. pakai masa berulang-alik masjid dan mudahan sebagai pencegahan dr terkena batuk.. dalam ihram org pompuan tak boleh tutup muka.. nanti kena dam..

25. Makanan tambahan
- aku bawak gak ikan kering yg dah siap goreng, sambal kacang pedas, serunding daging, ikan bilis goreng, kicap (balut2 dgn baju dlm beg).. pek kecik2 (kecuali kicap aku bawak dgn botol2 sekali).. ikut saiz sekali makan.. time makan tu kita bukak dan ada gak kengkawan lain yg bukak makanan diorg kita boleh tumpang.. wakaka.. dan makanan dlm pek yg cuma tinggal nak panaskan je.. contoh cap Brahim tu.. aku bawak ayam masak merah, ayam masak kari, sambal kacang dll.
- tu yg baju tak payah bawak banyak2 sbbnya makanan pun penting gak
- biskut kering pun bawak la..
- ada sorang makcik tu siap bawak belacan goreng.. pas2 musim haji weol buat garam belacan.. pehhhh.. sedap dimakan bersama buah2an..
- ada sorang makcik yg lain bawak kuih raya.. aku tak bawak.. tp tolong makankan kuih makcik tu masa pg raya haji b4 pg melontar tu..
- barang makan ni make sure boleh dimakan terus tau bukannya kena masak2 lagi..

26. Telekung
- aku bawak dalam 4 helai.. pihak TH kata bawak 2 helai.. ikut korang la.. 3 helai pun ok..

rehat jap..

2019 dah?

Assalamu'alaikum semua!! dah 2019  dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku  ðŸ˜‚ entri terakhir pasal...