Kali ni aku nak share dgn kengkawan yang bakal menunaikan fardhu haji tahun ni pasal barang keperluan haji (yang fizikal). Ini adalah berdasarkan pengalaman aku tempoh hari.. boleh la ambik kira tp ikut kesesuaian/keperluan diri masing2.. dan tanpa membuang masa lagi.. cekidaut!!
1. Beg Plastik
- utk rendam baju malam2 then pas breakfast boleh basuh.. kalu kt Mekah boleh gak beli baldi (tp musim haji harga mencanak ke 10riyal) sbb kita dok lama kt Mekah compared to Madinah (yg ni terpulang). Masa kt Madinah aku pakai beg plastik utk rendam baju tp kt Mekah aku beli gak baldi.. nak balik Mesia aku bg kt adik2 petugas kt hotel tu
2. Serbuk pencuci baju (pencuci pinggan tak payah)
- aku bawak dr Mesia sbb awal2 kan mana kita nak biasa dgn keadaan kt sana.. so bawak siap2.. aku beli yg pack RM1 - Fab/Breeze.. bawak la 4/5 bungkus.. sabun Mekah/Madinah tak wangi n tak de buih.. biler abis stok yg kita bawak baru aku beli kt sana.
3. Penyangkut baju a.k.a Hanger
- bawak la dalam 6 - 7 batang utk gantung baju tdo, towel n apa2 kt sana.. hanger bulat yg kecik utk gantung stokin/pakaian dalam/lingerie pun perlu gak.. sebab kita nak gantung semua tu dalam bilik @ bilik air pas kita basuh
4. Tali untuk jemur kain (bawak yg tebal sikit - so lasak sikit)
- yg ni sgt berguna utk kita jemur kain sama ada kt atas bumbung hotel @ dlm bilik.. cam aku hr tu dok kt Tingkat 14 n tempat jemuran ada kt Tingkat 15.. so kena rentang tali sendiri (aku kongsi dgn CK).. sesuai untuk kita jemur baju ala-ala kt umah kalau tak pakai hanger.. lg cepat kering..
5. Penyangkut berpelekat (standby je)
- bawak je la.. wpun dlm bilik ada gak penyangkut kt dinding tapi mungkin tak cukup sbb kita kena kongsi ramai2.. n kot2 dlm bilik tu tak disediakan penyangkut dinding sbb bilik aku duduk dulu belum tentu sama dgn yg korang bakal duduk..
6. Jubah
- aku bawak yg kaler2 (mostly hitam) dari Mesia 4 helai je n 2 helai jubah putih (untuk pakai masa ihram).. pakai sehari suntuk then basuh la hari2.. tak yah bawak baju banyak2.. ulang2 baju yg sama.. tak de nya org kisah.. lgpun buat berat beg je.. byk lg yg perlu
- jubah2 tu pulak make sure ada kocek tepi yg dalam (berzip) supaya mudah utk kita bawak cermin mata, duit, sapu tangan, handphone dll. Kalau kt Masjid Nabawi - org pompuan tak boleh bawak masuk handphone berkamera @ kamera sbb ada petugas yg akan check badan kita kt semua pintu masuk masjid.. hr tu aku bawak masuk hp berkamera dgn simpan dlm kocek baju bahagian depan.. kalau kt MasjidilHaram tak de org check kita kt pintu masuk..
7. Stokin
- bawak yg tebal sikit (tak nampak kulit) n warna gelap. Kt sana kita selesa sembahyang pakai stokin drp pakai kain sembahyang dan senang untuk kita bertawaf. Aku bawak gak sarung kaki (boleh beli kt sana - 3 pasang 10Riyal).. bila masuk masjid aku pakai sarung kaki tu then bile nak sembahyang aku bukak.. tinggal stokin je.. camtu gak masa tawaf.. time nak tawaf aku pakai sarung kaki supaya stokin kita tak kotor.. gitu..
8. Ubat batuk
- utk ubat batuk ni.. kita bawak la yg kita biasa guna masa kt Mesia.. n aku bawak gak asam jawa (bukan asam keping @ asam gelugur) utk ubat sakit tekak.. tak yah bawak strepsils, fisherman n sewaktu dgnnya sbb aku dgr tu cam tak brp halal je.. asam jawa tu pun boleh diguna utk buat air asam sbg salah satu lauk tambahan (lada+bawang+limau kasturi.. semua ada jual kt sana).. bukan apa.. ubat kt sana mahal dan walaupun disediakan klinik n ubat2 percuma kita cuba kurangkan kerja doktor petugas.. kesian diorg.. ada gak satu masa biler dah ramai sgt yg batuk sampai stok ubat pun abis.. kurang2 kalu kita ada bawak sendiri.. boleh la kita bantu kengkawan yg memerlukan.. sekarang ni (masa aku taip entry ni) suhu kt Mekah 42darjah Celcius..
9. Ubat-ubatan
- jgn lupa bawak ubat2 yg memang kita sentiasa kena amik cam ubat darah tinggi/kencing manis/jantung.. kalau boleh bawak utk dose 55hari.. standby.. cam kalau biasa kena asma..bawak la inhaler siap2.. dan ubat yang lain gak.. cirit birit.. angin.. gatal.. air garam (serbuk).. panadol..
- kt sana kena minum air putih dlm kuantiti yg banyak sbb kita guna banyak tenaga utk berulang-alik ke masjid dan buat aktiviti haji selain dari cuaca kt sana yg panas kering.. elakkan dari makan buah oren @ air oren.. tapi air mangga tak pe.. boleh minum cuma jangan minum hari2.. takut pulak sgt lawas buang air n terhidrasi.. kalau demam panas.. cuba minum laban (susu masam) dicampur dgn madu utk turunkan suhu badan.. ni semua usaha kita tp atas izin Allah jua
10. Botol spray kecik
- hari tu pihak TM sponsor beg sandang, botol spray kecik, tikar (guna masa kt Arafah, Muzdalifah n Mina n time makan dgn CK kt luar bilik.. hehe) dan kad i-Talk RM5..
- Botol spray ni aku sentiasa isi dgn air zam-zam.. selain dr aku buat amik wudhuk (nanti pihak TH akan ajar cara2 amik wudhuk guna botol spray ni), aku spray kt lidah gak spy tak kering n spray2 mata kalu mengantuk.. hehehe.. maklum la kan.. tdo tak berapa cukup.. dan air zam-zam sentiasa ada di mana2 di tanah suci.. ambik la peluang minum puas2..
Sambung lg nanti.. nak tidokan Atiqah dan diri sendiri..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2019 dah?
Assalamu'alaikum semua!! dah 2019 dah raya pun kita satu entri pun tak da jem teruk idea aku 😂 entri terakhir pasal...
-
Dalam Bahasa Arab perkataan sirah datang dari perkataan " sara" yang bermaksud mengembara atau dalam sebuah perjalanan. Ia ada...
-
Assalamualaikum.. (mulakan majlis dgn Surah Al-Fatihah) haha.. meh kita blajar sikit pasal bahasa kali ni.. kekadang kita baca dan dah dite...
1 ulasan:
terima kasih banyak2...
boleh saya panduan..
parent saya nak gi nanti...
thinking of few things to buy for them
Catat Ulasan